Seberang Perai Tengah

From Wikipedia, the free encyclopedia

Seberang Perai Tengahmap

Seberang Perai Tengah ialah salah satu daripada lima daerah pentadbiran di tanah besar Pulau Pinang, Malaysia. Pusat pentadbiran daerah ini terletak di Bukit Mertajam. Daerah ini merupakan salah satu daripada tiga daerah pentadbiran di Seberang Perai, kawasan tanah besar di Pulau Pinang.

Fakta Segera Daerah Seberang Perai Tengah, Transkripsi Lain ...
Daerah Seberang Perai Tengah
Transkripsi Lain
  Cina威中县 (Ringkas)
威中縣 (Tradisional)
  Tamilமத்திய செபாராங் பிறை
Thumb
Lokasi Daerah Seberang Perai Tengah in Pulau Pinang
Thumb
Daerah Seberang Perai Tengah
Lokasi Daerah Seberang Perai Tengah di Malaysia
Koordinat: 5°21′N 100°28′E
Negara Malaysia
Negeri Pulau Pinang
PusatBukit Mertajam
Pihak Berkuasa TempatanMajlis Bandaraya Seberang Perai
Pentadbiran
  Pegawai DaerahZulkifli Long[1]
Keluasan
  Jumlah238 km2 (92 batu persegi)
Penduduk
 (2020)[3]
  Jumlah422,990
  Kepadatan1,800/km2 (4,600/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
  Musim panas (DST)UTC+8 (Tidak diamalkan)
Poskod
13500-14100
Kod panggilan+6-043 to +6-045
Nombor plat kenderaanP
Tutup

Pentadbiran

Daerah Seberang Perai Tengah ditadbir Majlis Bandaraya Seberang Perai dan berpusat di Bukit Mertajam. Antara bandar dan pekan yang terletak dalam daerah ini termasuklah Juru, Alma, Permatang Pauh, Machang Bubok, Permatang Tinggi dan Bukit Minyak. Daerah ini juga dibahagikan kepada 21 buah mukim.[4]

Thumb
Peta daerah Seberang Perai Tengah*(Mukim 5-18 dan Mukim 20 masuk ke dalam bandar Bukit Mertajam
  1. Mukim 1
  2. Mukim 2
  3. Mukim 3
  4. Mukim 4
  5. Mukim 5
  6. Mukim 6
  7. Mukim 7
  8. Mukim 8
  9. Mukim 9
  10. Mukim 10
  11. Mukim 11
  12. Mukim 12
  13. Mukim 13
  14. Mukim 14
  15. Mukim 15
  16. Mukim 16
  17. Mukim 17
  18. Mukim 18
  19. Mukim 19
  20. Mukim 20
  21. Mukim 21

Geografi

Daerah Seberang Perai Tengah bersempadan dengan;

Ketinggian purata daratan di daerah Seberang Perai Tengah ialah 20 meter atas aras laut manakala ketinggian tertinggi mencecah 534 meter. Titik tertinggi ini merupakan puncak Bukit To'kun di Hutan Lipur Bukit Mertajam.[5]

Demografi

Maklumat lanjut Tahun, Pend. ...
Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
1991236,270    
2000294,051+24.5%
2010362,820+23.4%
2020422,990+16.6%
Sumber: [3]
Tutup

Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di Daerah Seberang Perai Tengah ialah seramai 422,990 orang dengan kepadatan penduduk 1,779 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk padat. Majoriti penduduk di daerah Seberang Perai Tengah merupakan Bumiputera, dengan peratusan 49.5 peratus daripada jumlah penduduk.[6]

Maklumat lanjut Status, Bangsa ...
Bilangan penduduk mengikut bangsa pada tahun 2020.[6]
Status Bangsa Jumlah
Warganegara Bumiputera 186,729
Cina 150,640
India 37,984
Lain-lain 2,241
Bukan warganegara - 45,396
Jumlah 422,990
Tutup

Agama

Di daerah Seberang Perai Utara, agama Islam merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan 49 peratus diikuti agama Buddha sebanyak 34 peratus, agama Hindu sebanyak 9.2 peratus, agama Kristian sebanyak tiga peratus dan lain-lain agama sebanyak 1.7 peratus. Penduduk tidak beragama pula sebanyak 0.2 peratus dan hampir tiga peratus penduduk tidak diketahui agamanya.[6]

Kemudahan

Terdapat pelbagai kemudahan yang dibina di seluruh daerah Barat Daya. Terdapat sebanyak 87 buah sekolah di daerah ini;[7]

Maklumat lanjut Jenis sekolah, Bilangan ...
Jenis sekolah Bilangan
Sekolah Kebangsaan 32
Sekolah Jenis Kebangsaan 22
Sek. Keb. Pendidikan Khas 1
Sekolah Rendah Agama 1
Sekolah Menengah Kebangsaan 23
Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan 1
Sekolah Menengah Agama 5
Sekolah Berasrama Penuh 1
Kolej Vokasional 1
Tutup

Daerah Barat Daya juga mempunyai 11 buah balai polis, empat balai bomba, dua hospital daerah, klinik kesihatan dan klinik desa di sekitar daerah.

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.