Malaysia ialah sebuah negara berdaulat yang terletak di rantau Asia Tenggara. Dengan komponen 11 buah negeri dan 2 buah wilayah (Sarawak dan Sabah) dan 3 buah wilayah persekutuan, mewakili keseluruhan Persekutuan Malaysia.
11 buah ibu negeri, 2 buah ibu wilayah dan 3 Wilayah Persekutuan terletak di Malaysia, dengan sebagai berikut:
Johor Bahru (Johor), Ipoh (Negeri Perak) Bandaraya Melaka (Negeri Melaka), Seremban (Negeri Sembilan), Georgetown (Pulau Pinang), Kota Kinabalu (Sabah), Alor Setar (Kedah), Shah Alam (Selangor), Kangar (Perlis), Kuching (Sarawak), Kuantan (Pahang), Kuala Terengganu (Terengganu), Kota Bharu (Kelantan), Kuala Lumpur, Bandar Victoria (Labuan) dan Putrajaya.
Am
Negeri-negeri di Semenanjung, Wilayah-wilayah di Borneo dan Wilayah Persekutuan adalah bahagian pentadbiran utama di Malaysia & Malaysia ialah negara persekutuan yang memiliki 11 Negeri Semenanjung, 2 Wilayah Borneo dan 3 Wilayah Persekutuan dengan sebagai berikut: Johor, Kelantan, Sabah, Perak, Kedah, Melaka, Putrajaya, Pahang, Perlis, Labuan, Negeri Sembilan, Sarawak, Pulau Pinang, Selangor, Terengganu & Kuala Lumpur.
Maklumat lebih lanjut
11 negeri dan 2 wilayah persekutuan terletak di Semenanjung Tanah Melayu, secara kolektif disebut Semenanjung Malaysia atau Malaysia Barat. 2 wilayah dan 1 wilayah persekutuan terletak di Pulau Borneo, secara kolektif disebut Malaysia Borneo atau Malaysia Timur.
Pada 11 negeri, 2 wilayah dan 3 wilayah persekutuan di Malaysia, sebanyak 9 negeri adalah monarki dengan kesemua 7 negeri dipimpin oleh "Sultan", sementara itu Perlis dipimpin oleh "Raja" dan Negeri Sembilan dipimpin oleh "Yang di-Pertuan Besar", lalu 2 negeri & 2 wilayah iaitu Pulau Pinang, Melaka, Sabah & Sarawak dipimpin oleh "Yang di-Pertua Negeri" dan 3 wilayah persekutuan dipimpin oleh "Datuk Bandar".
Tarikh kenegaraan dan penubuhan wilayah persekutuan
Persekutuan Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963 di bawah Perjanjian Malaysia
- Tarikh Negeri-negeri di Semenanjung Malaysia yang menyertai Persekutuan Tanah Melayu (semasa kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu):
Nama Negeri |
Tarikh |
---|---|
Johor Darul Takzim | 31 Ogos 1957 |
Kedah Darul Aman | 31 Ogos 1957 |
Kelantan Darul Naim | 31 Ogos 1957 |
Melaka Negeri Bersejarah | 31 Ogos 1957 |
Negeri Sembilan Darul Khusus | 31 Ogos 1957 |
Pahang Darul Makmur | 31 Ogos 1957 |
Perak Darul Ridzuan | 31 Ogos 1957 |
Perlis Indera Kayangan | 31 Ogos 1957 |
Pulau Pinang Pulau Mutiara | 31 Ogos 1957 |
Selangor Darul Ehsan | 31 Ogos 1957 |
Terengganu Darul Iman | 31 Ogos 1957 |
- Tarikh Wilayah-wilayah di Borneo Malaysia yang Menyertai kesatuan semasa pembentukan Malaysia:
Nama Wilayah |
Tarikh |
Tarikh Penting bagi Wilayah |
---|---|---|
Sabah Negeri Di Bawah Bayu | 16 September 1963 | 31 Ogos 1963 |
Sarawak Bumi Kenyalang | 16 September 1963 | 22 Julai 1963 |
- Tarikh Penubuhan Wilayah Persekutuan:
Nama Wilayah Persekutuan |
Tarikh |
---|---|
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur | 1 Februari 1974 |
Wilayah Persekutuan Labuan | 16 April 1984 |
Wilayah Persekutuan Putrajaya | 1 Februari 2001 |
Yang di-Pertuan Agong/Raja negeri-negeri Melayu
Nama |
Ibu negeri |
Bandar diraja |
Jumlah penduduk[1] |
Keluasan (km²)[2] |
Kepadatan penduduk[3] |
Awalan nombor plat |
Kod kawasan telefon |
Kotaraya terbesar |
Singkatan |
ISO |
FIPS |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Johor Darul Takzim | Johor Bahru | Bandar Maharani | 3,233,434 | 19,210 | 168 | J | 07 06 (Muar & Tangkak) |
Johor Bahru | JHR | MY-01 | MY01 |
Kedah Darul Aman | Alor Setar | Anak Bukit | 1,890,098 | 9,500 | 199 | K | 04 | Sungai Petani | KDH | MY-02 | MY02 |
Kelantan Darul Naim | Kota Bharu | Kubang Kerian | 1,459,994 | 15,099 | 97 | D | 09 | Kota Bharu | KTN | MY-03 | MY03 |
Negeri Sembilan Darul Khusus | Seremban | Seri Menanti | 997,071 | 6,686 | 149 | N | 06 | Seremban | NSN | MY-05 | MY05 |
Pahang Darul Makmur | Kuantan | Pekan | 1,443,365 | 36,137 | 40 | C | 09 03 (Genting) 05 (Cameron) |
Kuantan | PHG | MY-06 | MY06 |
Perak Darul Ridzuan | Ipoh | Kuala Kangsar | 2,258,428 | 21,035 | 107 | A | 05 | Ipoh | PRK | MY-08 | MY07 |
Perlis Indera Kayangan | Kangar | Arau | 227,025 | 821 | 277 | R | 04 | Kangar | PLS | MY-09 | MY08 |
Selangor Darul Ehsan | Shah Alam | Klang | 5,411,324 | 8,104 | 668 | B | 03 | Shah Alam | SGR | MY-10 | MY12 |
Terengganu Darul Iman | Kuala Terengganu | Kuala Terengganu | 1,015,776 | 13,035 | 78 | T | 09 | Kuala Terengganu | TRG | MY-11 | MY13 |
Wilayah Persekutuan
Nama |
Bandar Wilayah Persekutuan |
Jumlah penduduk[4] |
Keluasan (km²)[5] |
Kepadatan penduduk[6] |
Awalan nombor plat |
Kod kawasan telefon |
Kotaraya terbesar |
Singkatan |
ISO |
FIPS |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur | Kuala Lumpur | 1,627,172 | 243 | 6696 | W (Dahulu)
V (Kini) |
03 | Lembah Klang | KUL | MY-14 | |
Wilayah Persekutuan Labuan | Victoria | 85,272 | 91 | 937 | L | 087 | Victoria | LBN | MY-15 | MY15 |
Wilayah Persekutuan Putrajaya | Putrajaya | 67,964 | 49 | 1387 | Putrajaya (Dahulu)
F (Kini) |
03 | – | PJY | MY-16 |
Yang di-Pertua Negeri
Nama |
Ibu negeri dan Ibu Wilayah |
Jumlah penduduk[7] |
Keluasan (km²)[8] |
Kepadatan penduduk[9] |
Awalan nombor plat |
Kod kawasan telefon |
Kotaraya terbesar |
Singkatan |
ISO |
FIPS |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Melaka Negeri Bersejarah | Bandaraya Melaka | 788,706 | 1,664 | 474 | M | 06 | Bandar Melaka | MLK | MY-04 | MY04 |
Pulau Pinang Pulau Mutiara | George Town | 1,520,143 | 1,048 | 1451 | P | 04 | Georgetown | PNG | MY-07 | MY09 |
Sabah Negeri Di Bawah Bayu | Kota Kinabalu | 3,120,040 | 73,631 | 42 | S | 087-089 | Kota Kinabalu | SBH | MY-12 | MY16 |
Sarawak Bumi Kenyalang | Kuching | 2,420,009 | 124,450 | 19 | Q | 081-086 | Kuching | SWK | MY-13 | MY11 |
Negeri dan Wilayah (Versi Lain)
Wilayah Persekutuan (Versi Lain)
Bendera wilayah persekutuan | Jata wilayah persekutuan | Nama Wilayah Persekutuan | Bandar Wilayah Persekutuan | Penduduk[15] | Saiz Kawasan Keseluruhan (km2)[16] | Awalan plat nombor | Kod kawasan telefon | Singkatan | ISO | FIPS | HDI[17] | Wilayah | Ketua Wilayah Persekutuan | Ketua Kerajaan |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur | Kuala Lumpur | 1,778,400 | 243 | W / V | 03 | KUL | MY-14 | 0.860 | Semenanjung Malaysia (Malaysia Barat) | Yang di-Pertuan Agong | Datuk Bandar | |||
Wilayah Persekutuan Labuan | Bandar Victoria | 99,400 | 91 | L | 087 | LBN | MY-15 | MY15 | 0.778 | Malaysia Timur (Malaysia Borneo) | Yang di-Pertuan Agong | Perbadanan | ||
Wilayah Persekutuan Putrajaya | Putrajaya | 105,400 | 49 | F | 03 | PJY | MY-16 | 0.877 | Semenanjung Malaysia (Malaysia Barat) | Yang di-Pertuan Agong | Perbadanan |
Mengikut MA63
Saiz Kawasan dan Tarikh Penting
Negara
- Tarikh Penubuhan Malaysia:
Bendera Negara | Jata Negara |
Nama Negara |
Saiz Negara |
Tarikh Penubuhan Malaysia |
Tarikh Penting Lainnya bagi Negara |
---|---|---|---|---|---|
Malaysia * Arab: ماليزيا * Cina: 马来西亚 * Tamil: மலேசியா Persekutuan Malaysia |
331,497.95 km² [20] / 330,803 km² [21] / 329,847 km² |
16 September 1963 (Malaya / Tanah Melayu + Sarawak dan Borneo Utara (kini Sabah) Bergabung dan Membentuk Persekutuan Malaysia [22][23][24][25][26]) |
|
Negeri, Wilayah dan Wilayah Persekutuan
- Tarikh Negeri Persekutuan Tanah Melayu di Semenanjung Malaysia / Malaysia Barat, Wilayah Sabah dan Sarawak di Borneo Malaysia / Malaysia Timur, yang Menyertai Penubuhan Malaysia dan Penubuhan Wilayah Persekutuan:
[39]untuk Sabah dan Sarawak selain awamnya disebut sebagai Negeri, juga boleh disebut sebagai Wilayah-wilayah [38]
- Sabah :
[42]untuk Sabah selain awamnya disebut sebagai Negeri, Sabah Juga boleh disebut Sebagai Wilayah [40][41]
- Sarawak :
[45]untuk Sarawak selain awamnya disebut sebagai Negeri, Sarawak Juga boleh disebut Sebagai Wilayah [43][44]
Bendera | Jata |
Nama Negeri, Wilayah dan Wilayah Persekutuan |
Saiz Negeri, Wilayah dan Wilayah Persekutuan |
Tarikh Menyertai Penubuhan Malaysia + Tarikh Penubuhan Wilayah Persekutuan |
Tarikh Penting bagi Negeri, Wilayah dan Wilayah Persekutuan |
---|---|---|---|---|---|
Johor * Arab: جوهور * Cina: 柔佛 * Tamil: ஜோகூர் Johor Darul Takzim |
19,984 km² | 16 September 1963 (Bersekutu sebagai sebahagian daripada Malaysia [46][47][48][49][50]) |
| ||
Kedah * Arab: قدح * Cina: 吉打 * Tamil: கெடா Kedah Darul Aman |
9,447 km² | 16 September 1963 (Bersekutu sebagai sebahagian daripada Malaysia [54][55][56][57][58]) | |||
Kelantan * Arab: كيلانتان * Cina: 吉兰丹 * Tamil: கெளந்தன் Kelantan Darul Naim |
15,100 km² | 16 September 1963 (Bersekutu sebagai sebahagian daripada Malaysia [62][63][64][65][66]) |
| ||
Melaka * Arab: ملقا * Cina: 马六甲 * Tamil: மலாக்கா Melaka Negeri Bersejarah |
1,650 km² | 16 September 1963 (Bersekutu sebagai sebahagian daripada Malaysia [73][74][75][76][77]) |
| ||
Negeri Sembilan * Arab: نيجري سمبيلان * Cina: 森美兰州 * Tamil: நெகிரி செம்பிலன் Negeri Sembilan Darul Khusus |
6,686 km² | 16 September 1963 (Bersekutu sebagai sebahagian daripada Malaysia [89][90][91][92][93]) | |||
Pahang * Arab: باهانج * Cina: 彭亨 * Tamil: பஹாங் Pahang Darul Makmur |
35,964 km² | 16 September 1963 (Bersekutu sebagai sebahagian daripada Malaysia [97][98][99][100][101]) | |||
Negeri Perak * Arab: ولاية بيراك * Cina: 霹雳州 * Tamil: பேராக் மாநிலம் Perak Darul Ridzuan |
21,006 km² | 16 September 1963 (Bersekutu sebagai sebahagian daripada Malaysia [105][106][107][108][109]) | |||
Perlis * Arab: بيرليس * Cina: 玻璃市 * Tamil: பெர்லிஸ் |
810 km² | 16 September 1963 (Bersekutu sebagai sebahagian daripada Malaysia [113][114][115][116][117]) |
| ||
Pulau Pinang * Arab: بينانج * Cina: 槟城 * Tamil: பினாங்கு Pulau Pinang Pulau Mutiara |
1,046.3 km² | 16 September 1963 (Bersekutu sebagai sebahagian daripada Malaysia [123][124][125][126][127]) |
| ||
Sabah * Arab: صباح * Cina: 沙巴 * Tamil: சபா Sabah Negeri Di Bawah Bayu |
73,904 km² | 16 September 1963 (Bersekutu sebagai sebahagian daripada Malaysia [131][132][133][134][135][136][137][138]) | |||
Sarawak * Arab: ساراواك * Cina: 砂拉越 * Tamil: சரவாக் Sarawak Bumi Kenyalang |
124,450 km² | 16 September 1963 (Bersekutu sebagai sebahagian daripada Malaysia [143][144][145][146][147][148][149][150]) | |||
Selangor * Arab: سيلانجور * Cina: 雪兰莪 * Tamil: சிலாங்கூர் Selangor Darul Ehsan |
8,104 km² | 16 September 1963 (Bersekutu sebagai sebahagian daripada Malaysia [155][156][157][158][159]) | |||
Terengganu * Arab: تيرينجانو * Cina: 登嘉楼 * Tamil: தெரெங்கானு Terengganu Darul Iman |
12,955 km² | 16 September 1963 (Bersekutu sebagai sebahagian daripada Malaysia [163][164][165][166][167]) | |||
Kuala Lumpur * Arab: كوالا لمبور * Cina: 吉隆坡 * Tamil: கோலா லம்பூர் Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur |
243.65 km² | 1 Februari 1974 (Dipindahkan dari Selangor ke bidang kuasa persekutuan) |
| ||
Labuan * Arab: لابوان * Cina: 纳闽 * Tamil: லாபுவான் Wilayah Persekutuan Labuan |
91 km² | 16 April 1984 (Dipindahkan dari Sabah ke bidang kuasa persekutuan) |
| ||
Putrajaya * Arab: بوتراجايا * Cina: 布城 * Tamil: புத்ராஜெய Wilayah Persekutuan Putrajaya |
49 km² | 1 Februari 2001 (Dipindahkan dari Selangor ke bidang kuasa persekutuan) |
|
Pemulihan status Sabah dan Sarawak
2019
Bersempena dengan perayaan Hari Malaysia pada tahun 2018 di bawah pemerintahan Pakatan Harapan (PH) yang baharu, Perdana Menteri Mahathir Mohamad telah berjanji untuk memulihkan status Sabah dan Sarawak di Persekutuan Malaysia yang sesuai dengan Perjanjian Malaysia, dengan mengubah "status mereka dari hanya sebuah negeri menjadi rakan setara negeri-negeri Tanah Melayu".[172][173] Walaupun status kedua-dua entiti tersebut ditentukan dengan jelas dalam Artikel I, Perjanjian Malaysia 1963 sebagai 'negeri' yang akan disatukan dengan negeri-negeri yang ada di Persekutuan Tanah Melayu.[174] Namun, melalui proses pindaan, rang undang-undang tersebut gagal disahkan berikutan kegagalan untuk mendapatkan sokongan majoriti dua pertiga (148 undi) di Parlimen dengan hanya 138 yang setuju dengan langkah tersebut sementara 59 menolak dari pengundian.[175][176][177] Walaupun begitu, kerajaan persekutuan Malaysia bersetuju untuk mengkaji semula perjanjian tahun 1963 untuk memperbaiki pelanggaran perjanjian dengan "Jawatankuasa Kabinet Khas Untuk Mengkaji Perjanjian Malaysia" dan mengarahkan Pasukan Petugas Khas (Taskforce MA63) untuk menyiapkan laporan akhir mengenai perjanjian 1963 sebelum Tarikh 31 Ogos 2019.[178][179]
2021
Majlis Khas Mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63) telah bersetuju dengan cadangan pindaan membabitkan Perkara 1(2) serta Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan yang akan mengembalikan status Sabah dan Sarawak sebagai rakan sekutu Semenanjung.[180][181]
2023
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah bekerja sama dalam menyelesaikan sebahagian besar perkara yang ada dalam Perjanjian Malaysia 1963, seperti pada memberikan tempat untuk Sarawak dan juga Sabah dalam Lembaga Hasil Dalam Negeri dan beliau juga Berkata
Abang Johari berkata keputusan Anwar untuk bersetuju dengan wakil Sarawak dalam Lembaga Hasil Dalam Negeri adalah contoh hak Sarawak diperoleh semula.
[182][183][184], dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, juga bekerja sama dengan Anwar Ibrahim, dalam menyelesaikan sebahagian besar perkara yang ada dalam Perjanjian Malaysia 1963, seperti pada Dewan undangan negeri meluluskan dua rang undang-undang - Rang Undang-undang Negeri untuk bekalan gas, dan Suruhanjaya Tenaga Sabah, yang dimana beliau ada berkata
Beliau berkata kelulusan rang undang-undang ini akan membantu Sabah menjana lebih banyak hasil dan merupakan usaha untuk menuntut semula hak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
[185][186], Sarawak dan juga Sabah, juga percaya, bahawa Kerajaan Persekutuan, memiliki kemahuan dan hasrat, untuk menyelesaikan perkara perkara yang ada di dalam MA63 [187][188], dan juga adanya peningkatan Gerak Khas Tahunan kepada Sarawak dan Sabah [189].
2024
Pengembalian 40% hasil Sabah kepada Wilayah Sabah
kerajaan Wilayah Sabah tetap kekal menuntut hasil Sabah, untuk dikembalikan sebanyak 40 peratus, walaupun sudah menerima pemberian khas sebesar RM125.6 juta, pada tahun 2023 lepas, dengan disuarakan menerusi rundingan tuntutan hak Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) [190].
dalam perundingan jawatankuasa teknikal MA63, antara Kerajaan Persekutuan dengan Wilayah Sabah, kedua-dua belah pihak telah bersetuju untuk mengembalikan hasil Sabah kepada Wilayah Sabah, dengan dimuktamadkan pelaksanaan formula 40 peratus yang akan berkuatkuasa pada Julai 2024 [191].
surat rasmi dalam tuntutan 40 peratus telahpun diserahkan kepada kerajaan persekutuan, sejak 10 Jun 2022 (yang terkandung dalam MA63), dari surat tersebut adanya usaha untuk mendapatkan data dan statistik daripada Kerajaan Persekutuan agar pihak penuntut, iaitu Sabah dapat menentukan jumlah 40 peratus yang sepatutnya diterima, dengan itu Kerajaan Wilayah Sabah akan mengira jumlah yang dituntut [192].
selain itu pada Mei 2024 (mendekati Julai 2024), Kerajaan Wilayah Sabah telahpun mengambil tindakan selanjutnya dengan mengemukakan tuntutan secara rasmi kepada Persekutuan bagi pengembalian 40 peratus hasil bersih (berdasarkan MA63), dengan timbalan Ketua Menteri I Dr Jeffery Kitingan berkata
"Ia bagi membolehkan fakta, asas dan jumlah ini diserahkan kepada Jawatankuasa Teknikal MA63 untuk disemak kerajaan Persekutuan.
"Kita harap akan ada keputusan sebelum atau pada 18 Julai ini,"
dengan adanya kesimpulan sementara dari Pihak Kerajaan Sabah, bahawa Kerajaan Persekutuan tidak mengindahkan permintaan Kerajaan Sabah untuk mendapatkan data [194], dan Julai lalu (Julai 2023) mesyuarat Jawatankuasa Teknikal MA63 dipengerusikan timbalan Perdana Menteri II Fadillah Yusof memutuskan bahawa penyelesaian tuntutan 40 peratus hasil bersih atau geran khas Sabah dijangka dicapai dalam tempoh setahun [195].
Langkah tersebut diikutkan dengan pengiraan pengembalian hasil bersih 40 peratus oleh Kerajaan Wilayah Sabah secara langsung, kerana respon yang lambat dari pihak Kerajaan Persekutuan [196].
menjawap tuduhan tersebut, kerajaan Persekutuan melalui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata
Peruntukan persekutuan RM16 bilion Sabah bagi tahun ini melepasi 40 peratus hasil dituntut kerajaan negeri daripada Putrajaya melalui mahkamah
, dengan mengkuatkan jawapan iaitu Kerajaan Madani, telahpun melakukan banyak perkara untuk menyelesaikan banyak isu tertunggak mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dalam tempoh satu setengah tahun yang lalu, sejak memegang jawatan sebagai Perdana Menteri berbanding kerajaan sebelumnya (PN 2020-2021 dan UMNO 2021-2022) [197]. dengan lebih lanjut iaitu, berbanding peruntukan yang hanya 12.9 Bilion pada tahun 2022, di tahun 2024 ditingkatkan menjadi 16 Bilion, walaupun adanya penambahan peruntukan tersebut, isu 40 peratus tetap akan diatasi melalui muafakat semua pihak di Sabah dengan Kerajaan Persekutuan. lalu beliau berkata
Sejak saya jadi Perdana Menteri berbanding sebelumnya iaitu pada tahun 2022, peruntukan keseluruhan Sabah ialah RM12.9. Jika dibandingkan pada 2024, saya tambah menjadi RM16 bilion untuk Sabah.
"Jadi, orang yang menyerang kita harus ingat. Betul isu 40 peratus belum diputuskan tetapi RM16 bilion ini jauh melepasi 40 peratus itu."
"Boleh buat tuntutan, tapi jangan nafikan itu kerana bila dengar RM16 bilion memang senang. Tapi apabila saya ke Pulau Pinang, Pahang, Johor, mereka juga akan tanya."
[198]. dari itu beliau juga memastikan bahawa Perjanjian Malaysia 1963 dilaksanakan dalam memulihkan hak Sabah (dan juga Sarawak), perlu dilakukan secara berperingkat dan kerja sedang berjalan, lalu beliau berkata
Saya tidak ada masalah langsung untuk menunaikan apa yang dijanjikan di bawah MA63 tetapi satu perkara yang saya minta, jangan persoalkan kerajaan.
"Ini kerana saya perlu bertindak balas terhadap serangan di Parlimen kerana, menurut beberapa ahli Parlimen, peruntukan yang diberikan kepada Sabah dan Sarawak adalah terlalu tinggi."
"Mungkin tinggi tetapi saya menjawab bahawa ini diperlukan kerana kemiskinan dan keadaan jalan raya,"
Tumpuan semasa adalah untuk menamatkan kemiskinan dan menyediakan infrastruktur dan penjagaan kesihatan yang lebih baik kepada rakyat sambil mengendalikan tuntutan bukan sahaja dari Sabah dan Sarawak tetapi juga negeri lain.
dan beliau juga berkata
"Malah Kelantan dan Terengganu kini meminta 20% jadi kita perlu melihat mengenainya,"
katanya sambil menambah bahawa Kerajaan Persekutuan tidak akan meninggalkan Sabah dan Sarawak.
Untuk menjamin Pemulihan Hak sabah (dan Sarawak), Kerajaan Persekutuan bersama Kerajaan Wilayah Sabah (dan Wilayah Sarawak) telahpun secara aktif melibatkan diri Melalui Majlis Tindakan MA63, yang dihadiri toko penting iaitu Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali, termasuk Tan Sri Pairin (Kitingan), dalam membuat tuntutan dan perbincangan [201][202].
namun malangnya ahli undang-undang yang menganggap jawapan kerajaan Persekutuan tersebut adalah suatu hinaan kepada Rakyat Sabah [203], lalu beberapa ahli politik termasuk Timbalan Ketua Menteri I Dr Jeffery Kitingan, malah mempertikaikan penjelasan pihak kerajaan persekutuan, dengan menyatakan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim, keliru dalam jumlah peruntukan Wilayah Sabah yang sebenarnya untuk tahun 2024 hanyalah RM 6.2 Bilion, bukannya 16 Bilion seperti yang dijawap oleh Perdana Menteri tersebut, dengan bersangka jikalau jumlah peruntukan tersebut dibawah 40 peratus, maka kerajaan persekutan tetap mesti membayar balik sebanyak 40 peratus [204].
dengan pihak bekas speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia, menggesa kerajaan Persekutuan untuk menjelaskan dari mana asal peruntukan Persekutuan untuk Sabah sebanyak 16 Bilion itu [205], lalu diikuti pula oleh Timbalan Ketua Menteri I Dr Jeffery Kitingan, yang menekankan bahawa peruntukan sebanyak 16 Bilion dari Kerajaan Persekutuan yang diterima oleh Kerajaan Sabah, tidak ada kena mengena dengan tuntutan 40 peratus [206], juga ahli undang-undang terkemuka Wilayah Sabah, Datuk Roger Chin menekankan bahawa peruntukan sebanyak 16 Bilion kepada Wilayah Sabah, ialah tidak sama kepada perihal 40 Peratus mengikut MA63 [207].
untuk meredahkan isu 40 peratus, bekas ketua menteri Sabah Salleh Said Keruak, menggesa kerajaan Persekutuan untuk duduk dan buat mekanisme pengiraan jumlah geran khas yang perlu dibayar kepada Sabah, dan beliau berkata
"Adakah Kerajaan Persekutuan bersetuju dengan formula itu?" katanya. "Sekiranya mereka bersetuju, maka mereka harus duduk dan membuat mekanisme pengiraan jumlahnya."
dan beliau juga berkata
Rakyat Sabah hanya mahu Putrajaya menghormati hak perlembagaannya.
[208], seterusnya pihak bekas presiden Sabah Law Society (SLS) Roger Chin, menggesa yang Kerajaan Persekutuan mesti hormati komitment kepada Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), untuk memastikan Wilayah Sabah dapat kembali hasil bersih sebagai peruntukan istimewa sebanyak 40 peratus [209]. juga pihak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan, Datuk Seri Panglima Salleh Said Keruak mengkekalkan pendirian untuk mempertahankan tuntutan pengembalian hasil bersih Wilayah Sabah, kepada Kerajaan Persekutuan, sebanyak 40 peratus, dengan berhujah bahawa tuntutan tersebut sudahpun termaktub dalam perlembagaan persekutuan [210], dan beliau menekankan bahawa peratusan khusus hak perlembagaan itu bukanlah perkara utama yang perlu dijadikan isu, dan beliau berkata
rakyat Sabah kini menaruh harapan agar kerajaan Persekutuan komited untuk menghormati hak-hak tersebut.
Sementara itu Ketua Menteri Wilayah Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor menegaskan bahawa Kerajaan Sabah tidak pernah merubah pendirian sedikitpun dalam menuntut hak Sabah, termasuk pengembalian 40 peratus, semasa menjawap dakwaan pihak pembangkang (Parti WARISAN), yang konon pihak kerajaan Sabah tidak serius dalam menuntut hak Sabah [212].
Tindakan Kerajaan wilayah Sabah dalam menuntut pengembalian hasil bersih sebanyak 40 peratus, juga disokong oleh Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Gabungan Rakyat Sabah (GRS)-Pakatan Harapan (PH) Sabah, dalam mempertahankan hak asasi Wilayah Sabah [213].
hingga kini Rakyat Sabah masih menuntut kepada Kerajaan Persekutuan, untuk segera menunaikan janji pengambalian 40 peratus, seperti apa yang ditermaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), kepada Wilayah Sabah [214].
tarikh yang ditetapan iaitu 18 Julai 2024 telahpun lewat, dan Timbalan Ketua Menteri Sabah, mendakwa bahawa pihak kerajaan persekutuan tidak menepati janji dalam pengembalian 40% kepada Sabah, walaupun pihak Sabah telahpun mengumpulkan cadangan rasmi mengenai hak hasil 40 peratus Sabah, kepada pihak Persekutuan, lalu mengulas pihak Timbalan Ketua Menteri tersebut, pihak Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) Datuk Ewon Benedik, mempersoal kearah Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, mengenai mengapa boleh sampai terlewat untuk mengumpulkan cadangan rasmi tersebut, yang baru dikumpulkan pada Jun, walhal pertemuan pada Jawatankuasa Teknikal Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) (Datuk Ewon Benedik juga merupakan ahli dalam Jawatankuasa Teknikal tersebut), sudahpun dijalankan pada 28 Mei 2024 [215].
dan beliau juga berkata
ketiga-tiga Timbalan Ketua Menteri Sabah hadir pada mesyuarat itu, yang menyaksikan Jeffrey memberitahu mereka yang hadir bahawa cadangan negeri itu hanya akan dikemukakan pada Jun, sebulan sebelum tarikh akhir yang dijanjikan pada 18 Julai untuk menyelesaikan perkara itu.
Cadangan Sabah hanya dikemukakan pada 18 Jun, berbanding Sarawak yang telah berbuat demikian pada Februari, dan Upko, pada Januari tahun ini kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor
dan beliau juga tidak pasti bila mesyuarat Jawatankuasa Teknikal akan diadakan untuk membincangkan isu itu memandangkan pengerusinya ialah Timbalan Perdana Menteri II Datuk Seri Fadillah Yusof, tetapi beliau berharap perkara itu masih dapat diselesaikan, lebih-lebih lagi memandangkan tarikh akhir telah berlalu [215].
sebelum itu pihak Ketua Bahagian Warisan Pensiangan Mudi Dubing berkata
Ewon sepatutnya memaklumkan kepada rakyat Sabah jika perluasan kelayakan 40% hasil cukai Sabah dan sebab-sebab itu dan bukannya berdiam diri
Lalu pihak penguam Wilayah Sabah Datuk Brenndon Keith Soh menafikan dakwaan Datuk Ewon Benedick konon Kerajaan Wilayah Sabah terlewat mengumpulkan cadangan secara rasmi, dengan mendedahkan bahawa tuntutan telah dihantar kepada Kementerian Kewangan Persekutuan pada 18 Jun 2024, diikuti dengan surat lanjut pada 11 Julai 2024, dan tiada sebarang tindak balas tertulis dari pihak persekutuan [216]. Dengan penegasan beliau iaitu Kerajaan Sabah sentiasa bersikap profesional dan berdedikasi dalam usaha mencapai 40 peratus geran khas hasil bersih di bawah Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan serta rekod rasmi telah menunjukkan bahawa sebenarnya terdapat tuntutan awal secara bertulis pada 10 Jun 2022 yang dipanjangkan kepada Kementerian Kewangan Persekutuan mengikut formula perlembagaan yang ditetapkan dalam Bahagian IV Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan [216].
dari itu Kerajaan Wilayah Sabah bersetuju untuk melakukan rundingan lebih lanjut dengan Kerajaan Persekutuan, yang selaras dengan Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan [217].
lalu pihak UPKO juga menggesa kepada kedua-dua pihak Kerajaan Wilayah Sabah dan Persekutuan, untuk terus melakukan rundingan dalam mendapatkan kadar pemberian khas untuk memuktamadkan pembayaran hasil 40 % kepada Sabah, dengan selaras apa yang ada di dalam perlembangaan persekutuan [218], lalu pihak parti tersebut (UPKO) juga menyokong usaha kerajaan Wilayah Sabah untuk mendapatkan hasil 40 peratus tersebut, lalu pihak president UPKO Datuk Ewon Benedik juga berkata
Saya menghargai usaha Kerajaan Negeri baru-baru ini dalam mengemukakan tuntutan kepada Kerajaan Persekutuan. Langkah ini amat positif ke arah menyelesaikan sesuatu isu yang telah berlarutan sejak sekian lama
dan pihak penguam Sabah Datuk Brenndon Keith Soh juga menekankan bahawa Kerajaan Sabah telah menjalankan tugasnya secara profesional dan dedikasi dalam mendapatkan 40 peratus geran khas itu [219], dan pihak UPKO menerima pernyataan Penguam tersebut secara terbuka mengenai perkembangan tuntutan dengan Kerajaan Persekutuan, komitmen Kerajaan Perpaduan, dan kesediaan Kerajaan Negeri untuk meneruskan rundingan mengenai perkara ini [219].
dan pihak Pakatan Harapan Sabah (PH Sabah) juga berkomitmen untuk meneruskan perlibatan dengan pihak persekutuan, dalam proses yang masih berjalan pada hasil 40 peratus yang semestinya dikembalikan kepada Sabah [220].
Memberi tindak balas terhadap pernyataan Perdana Menteri Datok Seri Anwar Ibrahim, Ketua Menteri Panglima Hajiji Noor, menekankan bahawa tuntutan 40 peratus ialah tiada kena mengena pada peruntukan sebanyak RM 16 Bilion [221], hal tersebut juga ditegaskan oleh pihak bekas Presiden Persatuan Undang-undang Sabah (SLS), Datuk Roger Chin, bahawa peruntukan sebanyak RM 16 Milion ialah penting dan memerlukan sokongan dari pihak Sabah secara berterusan, namun ia tidak sepatutnya membayangi hak pemberian khas 40% [222], dan ia juga ditekankan oleh timbalan Parti Bersatu (cawangan Sabah), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee [223], sebelumnya beliau ada menggunakan isu pengembalian 40% hasil Sabah untuk menuduh yang Perdana Menteri Datok Seri Anwar Ibrahim tidak menjalankan tuntutan hak Sabah, walaupun ia ada terkandung dalam perlembagaan persekutuan [224].
Lalu beliau (Ketua Menteri) juga menekankan bahawa tuntutan 40 peratus ada memiliki keterkaitan dalam Perlembangaan Persekutuan [225].
Perkara pengembalian hasil sebanyak 40% ke Sabah, telahpun dibincangkan dalam Mesyuarat MTPMA63 di Sabah baru-baru ini (12 September 2024), yang dilaksanakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah serta dihadiri oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengerusi mesyuarat tersebut dan ia termasuk Ketua Menteri Sabah dan Premier Sarawak [226][227], dengan pihak kerajaan Sabah juga mengharap hal tersebut dapat dilaksanakan dengan segera [228].
Mendapat semula 35 peratus kerusi parlimen
Kuota pengembalian kerusi perlimen (berkaitan dengan perihal dewan rakyat), kepada Sabah & Sarawak digesa demi memulihkan prinsip pengkosian sama rata antara Sabah, Sarawak & Semenanjung [232].
pihak Penasihat Inisiatif Sarawak (TSI) Prof Dr James Chin, menegaskan bahawa dalam 222 kerusi parlimen Malaysia, sebanyak 35 peratus mesti didapatkan semula oleh Sabah dan Sarawak [233].
lalu dalam simposium yang berkaitan dengan 35 peratus tersebut, ada beberapa perkara sebagai resolusi yang diguna pakai, dengan sebagai berikut:
1. Bahawa wakil dari Negeri Borneo dimasukkan dalam semua agenda membuat dasar fiskal dan kewangan. [233]
2. Bahawa kerajaan persekutuan membayar Sabah rebat 40 peratus seperti yang dinyatakan dalam MA63. [233]
3. Bahawa penurunan sepenuhnya kuasa pendidikan kepada Negeri-Negeri Borneo dilaksanakan dengan segera dengan pembiayaan penuh daripada kerajaan persekutuan. [233]
4. Bahawa kerajaan Negeri Borneo bekerjasama untuk mewujudkan "Sekolah Ekonomi dan Sains Politik Borneo" untuk mendidik dan melatih generasi pemimpin akan datang. [233]
5. Bahawa semua dana persekutuan untuk Negeri-Negeri Borneo dipindahkan kepada dana disatukan mereka untuk melaksanakan projek secara bebas. [233]
6. Bahawa pembiayaan yang sama diberikan kepada semua badan agama di Sarawak dan Sabah. [233]
Lalu pihak premier Sarawak, juga menegaskan untuk safeguard Suruhanjaya Cobbold serta MA63, perlu dilakukan dengan cara menggesa kerajaan persekutuan untuk pulangkan balik sebanyak 35% dari 222 kerusi dalam perlimen Malaysia, sebab kini Sarawak (31 kerusi) dan Sabah (25 kerusi) hanya memiliki 56 kerusi parlimen sahaja, dari itu hanya 25% dari keseluruhan 222 kerusi tersebut, justeru Sarawak dan Sabah masih lagi perlukan 22 kerusi untuk menjadi 74 kerusi secara keseluruhan untuk boleh menjadi 35% [234].
Lalu dari pihak penganalisis politik Universiti Tasmania James Chin, dan Pengasas Saya Anak Sarawak Peter Jhon Jaban menekankan bahawa ia tidak perlu pelan B, memandangkan tuntutan pulangkan balik 35% kerusi dari 222 ialah tidak boleh dirunding dan James Chin juga memberi pernyataan dengan sebagai berikut
adalah tidak dapat dielakkan bahawa negeri-negeri Borneo akan mendapat satu pertiga bahagian kerusi mereka dipulihkan. Beliau berkata tuntutan itu diperakui oleh Majlis Khas Kerajaan mengenai Perjanjian Malaysia 1963 dua tahun lalu.
Selain dari pihak Premier Sarawak, juga ada dari pihak Ketua Menteri Sabah, yang berusaha menuntut kepada kerajaan persekutuan untuk mendapatkan semula kuota 1/3 ataupun 35% kerusi didewan rakyat [236].
Sementara itu bekas ahli perlimen Putatan Datuk Dr Marcus Mojigoh pula mempersoalkan kenapa kedua-dua Sabah & Sarawak hanya mendapat 1/3 kerusi parlimen sahaja, sementara itu Semenanjung mendapat majoriti 2/3 kerusi tersebut, dengan maksud beliau iaitu dalam jumlah keseluruhan 222 kerusi perlimen lebih elok dibagi sama rata dengan 1/3 (sebanyak 74 kerusi) untuk masing-masing Sabah, Sarawak & Semenanjung dengan itu, bermakna tiada dari ketiga-tiga wilayah tersebut memiliki lebihan/kurangan jumlah kerusi parlimen di dewan rakyat [237].
Lalu dari pihak Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Abdul Karim Rahman Hamzah menekankan iaitu, Peruntukan satu pertiga daripada kerusi parlimen kepada Sarawak dan Sabah adalah penting untuk menjaga hak mereka di dalam Malaysia, juga Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan tersebut menegaskan bahawa prinsip penubuhan negara, yang ditetapkan semasa pembentukan Malaysia pada 1963, adalah jelas tentang memastikan perwakilan yang adil bagi negeri-negeri Borneo [238].
dengan pernyataan beliau dengan sebagai berikut:
Di Malaysia, kita mempunyai apa yang kita panggil Perlembagaan Persekutuan – iaitu ‘Bible’ bagaimana Malaysia diuruskan.[238]
Dan dilengkapi dengan pernyataan sebagai berikut:
Walaupun Perlembagaan boleh dipinda, untuk berbuat demikian adalah sukar kerana anda memerlukan sekurang-kurangnya dua pertiga majoriti mereka di Parlimen untuk memindanya. [238]
Lalu dari pihak Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Sarawak (Undang-undang, MA63, dan Perhubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali ada berkata
Kerajaan Sarawak berpandangan bahawa kerusi parlimen yang sebelum ini disandang oleh Singapura harus diperuntukkan kepada Sarawak dan Sabah, memastikan 35 peratus perwakilan pada 1963 dikekalkan. [239]
dengan pernyataan beliau dengan sebagai berikut
pandangan ini selari dengan tujuan dan semangat asal di sebalik pembentukan Malaysia dan Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC). [239]
Dan tuntutan 35% ataupun 1/3 kerusi parlimen tersebut memerlukan pindaan perlembagaan persekutuan [240].
Sementara itu dari pihak Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, juga mengingatkan kepada rakyat untuk kekal yakin kepada sistem kerajaan Persekutuan yang menurutnya terbukti sebagai alat berkesan menguruskan hubungan antara Pusat dengan negeri sejak enam dekad lalu perlu diambil serius dan yakin, dengan pernyataan beliau dengan sebagai berikut
(Sistem ini) akan terus diamalkan hingga beberapa dekad akan datang. Ini sistem kita warisi dan saya rasa dalam proses ini, kita perlu pastikan kita matang [241]
, dengan pernyataan lainnya dari beliau iaitu:
Putrajaya sentiasa berdepan tuntutan daripada pelbagai kumpulan. Inilah cabaran konteks semasa dihadapi sistem kerajaan Persekutuan atau federalisme [241]
Sehubungan itu, Perdana Menteri turut menyenaraikan kumpulan mengemukakan tuntutan itu. Menurut beliau, antaranya (golongan) profesional Islam, kumpulan gereja, golongan Tamil dan Hindu. Lalu ada tambahan dari Sabah dan Sarawak pula, dengan tuntutan baharu tersendiri [241].
MTPMA63
Pada mesyuarat majlis tindakan pelaksaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), di tahun 2024, yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah, Kota Kinabalu, ia dihadiri Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim [242] pada 2:30 Petang (UTC+8, Waktu Piawai Malaysia) [243] serta dihadiri oleh premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, ketua menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan pihak berkaitan [244], terdiri dari Timbalan Ketua Menteri Sabah iaitu Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam dan Datuk Shahelmey Yahya; ketiga-tiga Timbalan Premier Sarawak iaitu Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, dan Datuk Amar Douglas Uggah Embas, serta beberapa barisan Kabinet Kerajaan Sabah dan Kerajaan Sarawak, dan ahli majlis yang lain [245].
lalu dalam beberapa perkara dalam MA63, sebanyak 11 perkara telah berjaya diselesaikan oleh 3 Perdana Menteri Malaysia [246], dengan sebanyak 1 oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, 3 oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan 7 oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim [247][248], dengan perincian sebagai berikut [249][250]:
PM ke-8: Tan Sri Muhyiddin Hassin
PM ke-9: Datuk Seri Ismail Sabri Yakoob
- penyerahan kuasa ke atas pentadbiran Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan kepada kerajaan Sabah [249][250],
- Pindaan Perlembagaan Persekutuan Perkara 1(2)D dan Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan [249][250] dan
- pemberian kuasa mengenai pelesenan dan penangkapan ikan laut dalam kepada kerajaan Sabah dan Sarawak [249][250].
PM ke-10: Datuk Seri Anwar Ibrahim
- pengiktirafan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dan JKR Sarawak sebagai Jabatan Teknik yang mana projek bernilai sehingga RM50 juta dikendalikan sendiri oleh JKR kedua-dua negeri [249][250],
- penyerahan kuasa kawal selia bekalan gas [249][250],
- pindaan Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1995 (Akta 533) bagi melantik wakil kerajaan negeri Sabah dan Sarawak sebagai anggota tetap LHDN [249][250],
- penyelesaian pentadbiran badan kehakiman di Sabah dan Sarawak [249][250],
- garis panduan khas penyerahan semula tanah dirizabkan bagi maksud Persekutuan di Sabah dan Sarawak [249][250],
- penyerahan kuasa kawal selia elektrik dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) daripada kerajaan Persekutuan kepada kerajaan Sabah [249][250] dan
- Pindaan Perkara 95B berkaitan ubah suai bagi Sabah dan Sarawak mengenai Pembahagian Perundangan, Perlembagaan Persekutuan [249][250].
Selepas mesyuarat tersebut, masih ada berbaki 4 perkara dalam MA63 yang belum disetujui oleh Sabah dan Sarawak [251], iaitu 1. sempadan laut, 2. royalti minyak, 3. duti setem dan 4. tuntutan satu pertiga kerusi Parlimen mewakili Sabah dan Sarawak, lalu pihak timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata
Secara umumnya terdapat empat perkara yang disampaikan dalam mesyuarat ini dan perkara itu akan terus dibincangkan sehingga satu penyelesaian yang boleh dipersetujui kedua-dua negeri dan persekutuan dapat dihasilkan.
Lalu beliau juga menekankan bahawa beliu percaya dengan kebijaksanaan semua pemimpin, ia akan menemukan penyelesaian [252].
Di mesyuwarat tersebut satu diantara perkara dibentangkan ialah pertambahan bilangan ahli dewan dari Sabah dan Sarawak [253].
dan ia juga termasuk peningkatan pada pemberian khas interim kepada Sabah dan Sarawak menjadi RM 600 juta bermula tahun 2025 [254][255], berbanding RM 300 pada tahun 2024 [256], yang diumumkan oleh Perdana Menteri, lalu pihak perdana menteri memuji ketertiban mesyuarat tersebut, walaupun wujudnya perpebezaan pandangan dan adanya intervensi [257].
Peningkatan tersebut juga menadakan bahawa Kerajaan Sabah "GRS-PH" yang mentadbir Sabah sejak pertengahan-akhir tahun 2020 serta Kerajaan pusat "Kerajaan perpaduan" yang mentadbir Malaysia sejak tengah-penghujung tahun 2022 lebih berjaya dan tidak gagal, berbanding kerajaan sebelumnya [258].
memberi tindak balas pada peningkatan pemberian khas tersebut, pihak Kerajaan Sabah sambut baik tindakan tersebut [259][260], dengan pernyataan Ketua Menteri Sabah dengan sebagai berikut:
Sabah menyambut baik geran khas interim sebanyak RM600 juta sementara menunggu penyelesaian 40 peratus hasil bersih dikutip kerajaan Persekutuan di negeri itu. [261]
dan dilengkapi dengan pernyataan sebagai berikut:
Ini adalah pengiktirafan terhadap keperluan pembangunan Sabah dan komitmen kerajaan Persekutuan dalam menunaikan tanggungjawabnya kepada negeri ini. [262]
Lalu pihak Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi pernyataan yang peruntukan interim istimewa sebesar RM 600 juta kepada Sabah dan Sarawak ialah belum muktamad sebab ia masih dalam perbincangan serta belum lagi mengikuti formula tetap, walaupun itu beliau menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memutuskan untuk meningkatkan sebanyak 100 peratus dari RM 300 juta menjadi RM 600 juta, dengan pernyataan beliau dengan sebagai berikut:
Walaupun Perlembagaan menyatakan semakan perlu dilakukan setiap lima tahun, Perdana Menteri telah mengumumkan kenaikan itu dengan jumlah yang akan dimasukkan dalam Bajet 2025. Saya bersyukur kerana ini. [263]
Dan dilengkapi dengan pernyataan sebagai berikut:
Peningkatan ini mencerminkan komitmen kerajaan di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar, walaupun formula pengagihan masih belum dimuktamadkan. [263]
Lalu beliau juga menegaskan dengan pernyataan sebagai berikut:
tuntutan Sarawak adalah sepenuhnya bertunjang kepada MA63 yang kekal sebagai asas kesatuan wilayah ini di mana perjanjian ini direka bentuk untuk memastikan kedudukan dan hak unik Sarawak dalam Malaysia dipelihara dan dihormati. [264]
Dan dilengkapi dengan pernyataan sebagai berikut:
MA63 tidak direka untuk melemahkan Persekutuan tetapi untuk mengukuhkannya dan langkah kami (kerajaan Sarawak) baru-baru ini dalam menguruskan sumber asli kami adalah selaras sepenuhnya dengan Perlembagaan Persekutuan. [264]
Dimasa yang sama Sarawak kekal memperjuangkan semangat persekutuan dalam perbincangan MA63 [265].
Majlis tersebut yang sudahpun dijalankan pada 12 September 2024, ialah menandakan pengulangan komitmen untuk menangani dan menyelesaikan tuntutan berkaitan MA63 bagi kepentingan Sabah dan Sarawak, dan dari pihak kerajaan Sabah ada berharap Kerajaan Persekutuan untuk terus mengambil langkah dan pendekatan proaktif dalam merealisasikan tuntutan terkandung dalam MA63 bagi kepentingan Sabah dan Sarawak [266].
Lainnya
Pengembalian 20% hasil Pulau Pinang kepada Negeri Pulau Pinang
serupa dengan 40 peratus bagi Wilayah Sabah, pihak negeri Pulau Pinang, juga minta kepada kerajaan persekutuan untuk membalikan hasil cukai yang dikutip dari Pulau Pinang, sebanyak 20 peratus, dengan ketua menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata
pihaknya dimaklumkan bahawa kutipan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) saja sudah mencecah RM7 bilion hingga RM8 bilion setiap tahun daripada Pulau Pinang, malah hasil cukai lain-lain dari negeri ini kepada Kerajaan Pusat berkemungkinan melebihi angka itu.
"Maka sudah sampai masanya bahawa selain insentif yang diumumkan (oleh Kerajaan Pusat), sebenarnya kita perlu mengkaji semula sistem pengagihan (hasil kutipan cukai) kepada negeri-negeri dalam Persekutuan."
"Kalau kita boleh meminta Kerajaan Persekutuan supaya hasil cukai yang dikutip daripada Pulau Pinang dapat dipulangkan 20 peratus kepada negeri ini... katakan 20 peratus daripada RM8 bilion yang dikutip oleh LHDN, kita akan mendapat RM1.6 bilion,"
[267], beliau juga berkata
Kita mohon 20 peratus hasil cukai dipulangkan balik kepada negeri, jadi setiap tahun kita akan ada RM1 bilion lebih (hasil agihan cukai)
Pengembalian 30% hasil Johor kepada Negeri Johor
serupa dengan 40 peratus kepada Wilayah Sabah dan 20 peratus kepada Negeri Pulau Pinang, Pihak Negeri Johor juga menuntut hasil cukai sebanyak 30 % dari Putrajaya, hal iu disuarakan oleh Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi selepas disuarakan oleh Tun Mahkota Johor (TMJ) [270], lalu beliau (Datuk Onn Hafiz Ghazi) juga berkata
perkara itu penting bagi memastikan Bangsa Johor terus mendapat limpahan hasil negeri untuk segala pembangunan negeri ke tahap yang lebih baik.
sebelumnya Tun Mahkota Johor ada berkata bahawa, sebahagian 20 hingga 30 peratus daripada hasil cukai Negeri Johor yang berjumlah RM 48-49 Bilion setahun, perlu dikembalikan kepada Negeri Johor [272], lalu Menteri Besar Johor juga berkata bahawa Permintaan itu dibuat semasa pertemuan dengan Pemangku Raja [273], yang turut dihadiri Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi Datuk Nor Azmie Diron dan Pengarah Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan Datuk Shahrol Anuwar Sarman [274].
dan maklum balas oleh Menteri Besar Johor juga disuarakan melalui Aplikasi Facebook, dengan kata-kata sebagai berikut
Menjunjung kasih DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor. Selari dengan dengan titah DYAM Pemangku Sultan Johor baru-baru ini, kerajaan negeri telah memohon kepada kerajaan Persekutuan agar sekurang-kurangnya 30 peratus hasil cukai diberikan kepada negeri Johor.
Tadbir urus
Sembilan negeri Melayu diketuai oleh seorang Raja turun-temurun selaku ketua negeri diiringi seorang Menteri Besar eksekutif sebagai ketua kerajaan yang bertanggungjawab politik. Raja-raja Johor, Kedah, Kelantan, Pahang, Perak, Selangor dan Terengganu bergelar Sultan. Ketua negeri terpilih Negeri Sembilan memegang satu-satunya gelaran Melayu Yang di-Pertuan Besar, manakala Raja Perlis sekadar bergelar Raja. Yang di-Pertuan Agong selaku ketua negara persekutuan dipilih (sebenarnya dikitarkan) di kalangan sembilan raja untuk sepenggal lima tahun. Bekas penempatan dan jajahan mahkota British iaitu Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak, setiap satunya diketuai seorang Gabenor pada nama lantikan persekutuan, iaitu Yang di-Pertua Negeri, diiringi Ketua Menteri sebagai ketua kerajaan eksekutif.
Setiap negeri bersistem perundangan ekadewan iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN). Ahli-ahli DUN diundi dari kawasan pengundian satu ahli yang ditetapkan berasaskan kependudukan. Ketua Menteri lantikan Ketua Negeri biasanya merupakan pemimpin parti majoriti peringkat negeri. Satu penggal di DUN adalah lima tahun, melainkan perhimpunan dibubarkan awal oleh ketua negeri atas nasihat Ketua Menteri. Biasanya, DUN di Semenanjung Malaysia dibubarkan sempena pembubaran parlimen persekutuan, agar pilihan raya negeri diadakan serentak dengan pilihan raya parlimen. Namun demikian, ketua negeri memegang kuasa budi bicara bagi membubarkan DUN.
Setiap negeri menghantar dua wakil ke Dewan Negara, iaitu dewan pertuanan parlimen persekutuan.
Sebagai sebuah negara persekutuan, kerja tadbir urus Malaysia diagih-agihkan antara kerajaan persekutuan dan negeri. Tanggungjawab tertentu kerajaan-kerajaan persekutuan dan negeri disenaraikan dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Malaysia. Secara teori, mana-mana perihal yang tidak ditentukan dalam Jadual Kesembilan boleh digubal undang-undang di peringkat negeri. Namun, pakar undang-undang mengibaratkan hal sebegini sebagai (pauper's bequest) skop perihal yang begitu luas dalam Jadual Kesembilan. Mahkamah secara amnya mengutamakan tafsiran luas mengenai isi kandungan Jadual Kesembilan, maka mengurangkan bilangan hal-hal yang mungkin belum diliputi. Jadual Kesembilan jelas menyenaraikan hal-hal berikut yang boleh digubal oleh undang-undang negeri: pegangan tanah, agama Islam dan kerajaan tempatan.[276] Sabah dan Sarawak mempunyai kuasa tambahan sebagai sebahagian terma-terma penyertaan Malaysia, seperti kawalan imigrasi.
Parlimen Malaysia dibenarkan menggubal undang-undang tanah, agama Islam dan kerajaan tempatan untuk memastikan keseragaman undang-undang antara semua negeri, ataupun atas permintaan DUN berkenaan. Undang-undang yang dipersoalkan juga mesti diluluskan oleh DUN, kecuali bagi perihal berkenaan undang-undang tanah tertentu. Perihal bukan Islam yang berada dalam skop negeri boleh juga digubal undang-undang di peringkat persektuan untuk tujuan mematuhi kewajipan perjanjian Malaysia.[277]
Pemerintahan (versi lain)
Pemerintahan negeri dibahagikan antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri, sementara wilayah persekutuan secara langsung ditadbir oleh kerajaan persekutuan.[278] Tanggungjawab khusus kerajaan pusat dan negeri disenaraikan dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Malaysia. Secara teorinya, setiap perkara yang tidak dinyatakan dalam Jadual Kesembilan dapat diundangkan oleh masing-masing negara. Walau bagaimanapun, para sarjana undang-undang pada awamnya menganggap ini sebagai "pewarisan orang miskin" kerana ruang lingkup besar pada perkara yang disenaraikan dalam Jadual Kesembilan. mahkamah sendiri secara amnya memilih penafsiran yang luas mengenai bahasa Jadual Kesembilan, sehingga menghadkan jumlah kemungkinan subjek yang tidak dilindungi. Jadual Kesembilan secara khusus menyenaraikan perkara-perkara berikut sebagai perkara yang hanya dapat diundangkan oleh negara: penguasaan tanah, agama Islam, dan pemerintah daerah.[279][280]
Sembilan negeri semenanjung, berdasarkan sejarah kerajaan Melayu, dikenali sebagai negeri-negeri Melayu. Setiap negeri Melayu mempunyai pemerintah turun-temurun sebagai ketua negara dan seorang eksekutif Ketua Menteri atau "Menteri Besar" sebagai ketua kerajaan yang bertanggungjawab secara politik. Raja-raja di negeri Johor, Kedah, Kelantan, Pahang, Negeri Perak, Selangor dan Terengganu diberi gelaran dan digayakan sebagai Sultan. penguasa elektif di Negeri Sembilan memegang gelaran Yang di-Pertuan Besar, sedangkan penguasa di Perlis diberi gelaran Raja. Ketua negara persekutuan, Yang di-Pertuan Agong (biasanya disebut sebagai King dalam bahasa Inggeris) terpilih (de facto diputar) antara sembilan pemerintah untuk menjalani penggal 5 tahun.[281][282] Bekas penempatan dan jajahan mahkota British di negeri Pulau Pinang dan negeri Melaka (kedua-dua semenanjung) serta wilayah Sabah dan wilayah Sarawak (kedua-duanya di Borneo) masing-masing mempunyai Gabenor bergelar yang (digayakan sebagai Yang di-Pertua Negeri) yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan Ketua Menteri eksekutif atau Ketua Menteri.
Sabah dan Sarawak mempunyai kuasa tambahan terhadap kawalan imigresen mereka sebagai sebahagian daripada Perjanjian 20 Perkara Sabah dan Perjanjian 18 Perkara Sarawak yang disusun oleh masing-masing negeri, ketika mereka, bersama-sama dengan Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura, membentuk persekutuan Malaysia. Mereka mempunyai polisi dan kawalan imigresen yang berasingan dan status tempat tinggal yang unik.[283] Pasport diperlukan walaupun bagi warga Semenanjung untuk perjalanan antara wilayah di Malaysia Borneo dan negeri di Semenanjung Malaysia, atau antara kedua-dua wilayah dalam Malaysia Borneo, namun mereka yang melakukan lawatan sosial / perniagaan sehingga tiga bulan dibenarkan untuk menunjukkan MyKad atau sijil kelahiran dan dapatkan borang cetakan khas sebagai ganti pasport.
Setiap negeri memiliki badan perundangan unicameral yang disebut Dewan Undangan Negeri (DUN). Anggota DUN dipilih dari kawasan pilihan raya tunggal berdasarkan jumlah penduduk. Pemimpin negeri dengan parti majoriti di DUN biasanya dilantik sebagai Ketua Menteri oleh Raja atau Gabenor. Jangka masa anggota DUN ialah lima tahun kecuali jika dewan dibubarkan lebih awal oleh Raja atau Gabenor atas nasihat Ketua Menteri. Biasanya, DUN negeri-negeri di Semenanjung Malaysia dibubarkan bersamaan dengan pembubaran parlimen persekutuan, agar pilihan raya negeri berjalan serentak dengan pilihan raya parlimen. Walau bagaimanapun, Raja dan Gabenor mempunyai kuasa budi bicara dalam menolak persetujuan untuk membubarkan DUN. Setiap negeri menghantar dua senator yang dipilih oleh DUN ke Dewan Negara (Senat), majelis tinggi parlimen persekutuan.
Parlimen Malaysia dibenarkan untuk membuat perundangan mengenai masalah tanah, agama Islam dan pemerintah daerah untuk menetapkan undang-undang yang seragam antara negeri-negeri yang berlainan, atau atas permintaan dewan undangan negeri yang bersangkutan. Undang-undang yang dimaksud juga harus disahkan oleh DUN juga, kecuali dalam hal-hal yang berkaitan dengan undang-undang tanah tertentu. Isu-isu bukan Islam yang berada di bawah bidang kuasa negeri juga boleh diundangkan di peringkat persekutuan untuk tujuan mematuhi kewajiban perjanjian Malaysia.[284] Setiap negeri kemudian dibahagikan kepada Daerah, yang kemudian dibahagikan kepada Mukim. Di daerah Sabah dan Sarawak dikelompokkan ke dalam "Bahagian".[285]
3 wilayah persekutuan dibentuk untuk tujuan yang berbeza: Kuala Lumpur ialah ibu negara, Putrajaya ialah pusat pentadbiran kerajaan persekutuan, dan Labuan berfungsi sebagai pusat kewangan luar pesisir. Kuala Lumpur dan Putrajaya diserahkan dari Negeri Selangor, sementara Labuan diserahkan dari Negeri (sekarang Wilayah) Sabah. Wilayah-wilayah persekutuan tersebut berada di bawah bidang kuasa Kementerian Wilayah Persekutuan, dan Parlimen Malaysia membuat perundangan mengenai semua perkara yang berkaitan dengan wilayah persekutuan tersebut. Setiap wilayah persekutuan memilih perwakilan dari konstituensi anggota tunggal yang diambil berdasarkan populasi ke Dewan Rakyat (Dewan Perwakilan) di Parlimen. Yang di-Pertuan Agong melantik senator untuk mewakili wilayah-wilayah persekutuan di Dewan Negara; Kuala Lumpur mempunyai dua senator, sementara Putrajaya dan Labuan masing-masing mempunyai satu senator.
Kerajaan tempatan untuk wilayah persekutuan tersebut berbeza-beza: Kuala Lumpur ditadbir oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur; DBKL), diketuai oleh seorang datuk bandar yang dilantik, sementara itu Putrajaya ditadbir oleh Perbadanan Putrajaya (Perbadanan Putrajaya) dan Labuan ditadbir oleh Perbadanan Labuan (Perbadanan Labuan); setiap syarikat diketuai oleh seorang ketua.
Sabah dan Sarawak
Wilayah-wilayah (sebelum ini Negeri-negeri) Sabah dan Sarawak bergabung dengan negeri-negeri yang ada pada Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura, mengikut Perjanjian Malaysia pada tahun 1963 untuk membentuk sebuah negara yang merdeka iaitu Malaysia.[286] Perwakilan dari Sabah dan Sarawak menuntut tahap autonomi yang lebih tinggi sebagai sebahagian daripada tawar-menawar yang termasuk dalam Perjanjian 20 Perkara Sabah dan Perjanjian 18 Perkara Sarawak masing-masing. Telah juga dinyatakan bahawa Sabah dan Sarawak mempunyai status yang sama dengan Tanah Melayu secara keseluruhan, namun Perlembagaan Malaysia telah menyenaraikan kedua-dua entiti ini sebagai hanya 2 dari 13 negeri Malaysia,[287] mencadangkan status yang setara dengan negeri-negeri di Tanah Melayu. walau bagaimanapun Sabah dan Sarawak masih mempunyai tahap autonomi yang lebih tinggi berbanding dengan negeri-negeri di semenanjung pada kawasan, seperti imigresen, beberapa kawalan terhadap hasil negeri dan kuasa perundangan terhadap tanah dan pemerintah tempatan.[288]
Galeri peta Malaysia
Wilayah-wilayah berkaitan
- Singapura
- Republik Singapura ialah sebuah negeri di Malaysia sejak pembentukan Malaysia pada 16 September 1963 sehingga berpisah dari Persekutuan pada 9 Ogos 1965. Sebelum penyertaan dalam Malaysia, Singapura merupakan sebahagian daripada Negeri-negeri Selat, kemudiannya diubah menjadi Jajahan Mahkota British.
- Brunei
- Negara Brunei Darussalam pernah dipelawa untuk menyertai Persekutuan tetapi akhirnya menolaknya atas beberapa masalah, seperti taraf Sultan Brunei dalam Malaysia, pembahagian royalti minyak Brunei, serta tekanan dari pihak pembangkang yang mencetuskan Pemberontakan Brunei.
- Kepulauan Cocos (Keeling)
- Kepulauan Cocos (Keeling) merupakan wilayah milik Australia yang pernah menjadi sebahagian daripada Negeri-negeri Selat.
- Pulau Krismas
- Pulau Krismas merupakan wilayah milik Australia yang pernah menjadi sebahagian daripada Negeri-negeri Selat.
Singapura dan Brunei
Singapura adalah sebuah negara dalam Malaysia dari pembentukan Malaysia pada Tarikh 16 September 1963 sehingga Dikeluarkan dari Persekutuan pada Tarikh 9 Ogos 1965. Semasa Singapura di Malaysia, Singapura memiliki otonomi di bidang pendidikan dan buruh dan merupakan negeri terkecil di Malaysia berdasarkan saiz keluasan daratan.[289]
Brunei dijemput untuk bergabung dengan Persekutuan tetapi memutuskan untuk tidak bergabung pada akhirnya kerana beberapa isu, seperti status Sultan Brunei di Malaysia, pembahagian minyak Brunei (Royalti) , dan tekanan dari kumpulan pembangkang yang membuat Pemberontakan Brunei.
Lihat juga
- Bahagian di Malaysia
- Jata Malaysia
- Bendera negeri di Malaysia
- Daerah di Malaysia
- Kerajaan tempatan di Malaysia
- Lambang negeri di Malaysia
- Jajahan Mahkota Labuan
- Jajahan Mahkota Pulau Pinang
- Jajahan Mahkota Melaka
- Jajahan (Malaysia)
- Kerajaan Sarawak
- Malaysia Timur (Malaysia Borneo)
- Negeri-negeri Selat
- Negeri-negeri Melayu Bersekutu
- Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
- Semenanjung Malaysia (Malaysia Barat)
- Senarai negeri Malaysia mengikut KDNK
- Senarai negeri Malaysia mengikut Indeks Pembangunan Manusia
- Senarai pemimpin negeri-negeri di Malaysia
- Senarai jata negara Malaysia
- Tanah Jajahan Mahkota British Borneo Utara
Lihat Juga Ini
Catatan
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand in your browser!
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.