Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Royalti merupakan bayaran berasaskan penggunaan yang dibayar oleh satu pihak ("pemegang lesen") kepada pihak lain ("pemberi lesen") untuk suatu aset yang sedang digunakan, sebagai hak harta intelek. Biasanya, royalti merupakan seperatusan jualan kasar atau bersih yang diperoleh daripada penggunaan aset atau harga tetap seunit barang yang dijual,[1][2][3][4][5][6][7] tetapi ada juga kaedah dan metrik pampasan yang lain. Kepentingan royalti ialah hak untuk mengumpul bayaran royalti tanpa henti pada masa akan datang, seperti yang sering dilaksanakan dalam industri minyak dan industri muzik untuk menetapkan peratusan milikan pengeluaran atau pendapatan masa depan dari pegangan pajak tertentu, yang boleh dilucutkan dari pemilik asal aset itu.[8]
Perjanjian lesen menetapkan syarat-syarat pelesenan sumber atau harta seperti petroleum, bahan galian, paten, cap dagang, dan hak cipta oleh satu pihak kepada pihak lain, sama ada tanpa had atau tertakluk kepada ketentuan syarat, wilayah perniagaan atau geografi, jenis barang, dan sebagainya. Perjanjian lesen boleh dipantau, khususnya jika sumber itu milik kerajaan, ataupun menjadi kontrak persendirian yang mengikuti struktur am. Peruntukan-peruntukan seumpamanya juga ditemui dalam sesetengah jenis perjanjian francais tertentu.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.