Jajahan Machang
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Machang (Jawi: ماچڠ, bahasa Thai: มาจัง) merupakan salah satu daripada 10 jajahan pentadbiran negeri Kelantan. Jajahan Machang terletak di bahagian timur negeri Kelantan, dengan keluasan lebih kurang 526 kilometer persegi. Jajahan Machang bersempadan dengan jajahan Kuala Krai, Tanah Merah, Kota Bharu dan Pasir Puteh. Pusat pentadbirannya terletak di Bandar Machang.
Remove ads
Sejarah
Pada tahun 1880, sekumpulan penduduk kampung yang diketuai oleh Puan Senik Binti Merah & suami Awang Kechik dari Pasir Tumboh di Kota Bharu membuka sebuah kampung yang bernama Kampung Machang.[4] Keturunan Puan Senik & Awang Kechik masih tinggal di sekitar Kampung Sungai Hala, Kampung Cherodok & Bandar Machang. Pembukaan kampung ini adalah ekoran banjir besar yang melanda negeri Kelantan dan telah mendorong ramai penduduk untuk mencari lokasi baharu untuk tinggal. Sehingga hari ini kawasan bandar Machang dan sekitar merupakan satu-satunya bandar di negeri Kelantan yang selamat dan tidak pernah langsung dilanda banjir.
Aktiviti utama pada awal pembukaan di penempatan ini ialah pertanian dan perniagaan. Sekitar tahun 1949, kawasan pekan Machang semakin berkembang dan menarik ramai penghijrah dari seluruh Kelantan, Patani dan Padang.
Pada mulanya Machang merupakan sebahagian daripada jajahan Kota Bharu dan berada di bawah pentadbiran jajahan Kota Bharu.
Machang kemudian telah dijadikan sebagai jajahan kecil. Pada tarikh 1 Januari 1952 pula, jajahan kecil ini telah dinaiktaraf sebagai jajahan sepenuhnya ekoran kepesatan perkembangan kegiatan ekonomi. Namun begitu jajahan Machang masih sebahagian daripada Hilir Kelantan kerana merupakan pecahan asal daripada jajahan Kota Bharu. Manakala Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang termasuk sebahagian daripada Hulu Kelantan. [4]
Remove ads
Geografi
Jajahan Machang terletak di timur negeri Kelantan. Di bahagian utara jajahan Machang terdapat jajahan Kota Bharu, di timurnya Jajahan Pasir Puteh dan bersempadan dengan negeri Terengganu, di barat ialah Jajahan Tanah Merah manakala di selatan ialah Jajahan Kuala Krai. Bentuk muka bumi di jajahan Machang kebanyakannya rata dan merupakan tanah pamah dengan purata ketinggian 93 meter. Kawasan berbukit lebih tertumpu di bahagian tenggara jajahan dengan titik tertinggi jajahan ini mencapai ketinggian 807 meter. Kawasan yang lebih berbukit tertumpu di kawasan Hutan Simpanan Kekal Ulu Sat.[5]
Remove ads
Pecahan pentadbiran
Jajahan Machang ditadbir satu pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Daerah Machang yang berpusat di Bandar Machang. Jajahan ini juga dibahagikan kepada enam daerah dan 22 mukim

Demografi
Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di Jajahan Machang ialah seramai 110,008 orang dengan kepadatan penduduk 210 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk padat. Majoriti penduduk di jajahan Machang berbangsa Melayu, seramai 106,542 orang.[6][7]
Agama
Di jajahan Machang, agama Islam merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan 98 peratus diikuti agama Buddha sebanyak satu peratus. Agama Kristian, Hindu dan lain-lain serta tidak beragama mencatatkan kurang satu peratus.[7]
Trivia
Seniwati-seniwati Misha Omar, Idayu Yaakob serta usahawan, penyanyi dan pelawak Dato’ Hasmiza Othman merupakan tokoh-tokoh dari Machang.
Remove ads
Kemudahan
Terdapat pelbagai kemudahan yang dibina di seluruh jajahan Machang. Terdapat sebanyak 39 buah sekolah di jajahan ini;[8]
Tempat menarik
Antara tempat menarik di Daerah Machang yang sering dikunjungi oleh orang ramai ialah kolam air panas yang terletak di Kampung Rengas Tok Bok, Hutan Lipur Bukit Bakar[9], Air Terjun Jeram Linang[10], Hutan Lipur Jeram Batang Nyor dan Hutan Lipur Cabang Tongkat. Di hutan cabang Tongkat terdapat beberapa jenis bunga Raflesia.[perlu rujukan] Terdapat juga kawasan bersejarah dan mercu tanda di daerah ini untuk dilawati seperti Jambatan Guillemard, Lombong Bijih Besi Temangan[11] dan juga Menara Masjid Pulai Condong[12]
Remove ads
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads

