Daerah Kuala Muda
daerah di Kedah, Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Daerah Kuala Muda merupakan sebuah daerah di Kedah, Malaysia. Sungai Petani merupakan pusat pentadbiran bagi daerah ini.
Remove ads

Remove ads
Asal-usul nama
Nama daerah Kuala Muda diambil sempena nama sebatang sungai yang terletak di dalam daerah ini, iaitu Sungai Muda.
Sejarah
Beberapa tempat di daerah Kuala Muda dahulunya pernah dijadikan pusat pentadbiran Kesultanan Kedah. Kota Bukit Meriam telah menjadi pusat pentadbiran Kedah sejak tahun 1136 hingga 1236 lalu diubah ke Kota Sungai Emas sehingga tahun 1280.[4] Beberapa artifak dan candi juga ditemui di sekitar Lembah Bujang dan Sungai Batu yang dipercayai antara tamadun terawal yang bertapak di Malaysia.
Pada tahun 2004, daerah Kuala Muda antara beberapa tempat di Malaysia yang dilanda tempias gempa bumi dan tsunami 2004 yang mengorbankan lebih sepuluh orang penduduk di sekitar pesisir pantai Kuala Muda.[5] Sebuah tugu peringatan telah dibina bagi memperingati peristiwa ini.
Remove ads
Geografi
Daerah Kuala Muda bersempadan dengan daerah Pendang di utara, daerah Sik dan Baling di timur, daerah Kulim dan Seberang Perai Utara, Pulau Pinang di selatan, daerah Yan di barat laut dan Selat Melaka di barat.
Mukim
Daerah Kuala Muda dibahagikan kepada 16 buah mukim;
Bandar dan pekan


Remove ads
Demografi
Pecahan penduduk mengikut jantina di daerah Kuala Muda (2010)
Lelaki (50.65%)
Perempuan (49.35%)
Mengikut bancian penduduk Malaysia 2010, jumlah penduduk di daerah Kuala Muda ialah seramai 443,488 orang dengan kepadatan penduduk 480 orang perkilometer persegi. Penduduk paling ramai berbangsa Melayu iaitu seramai 278,999 orang. Terdapat sebanyak 105,429 isi rumah dengan 135,237 tempat kediaman.[7]
Remove ads
Kerusi di Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri
Dewan Rakyat
Dewan Undangan Negeri (DUN)
Remove ads
Pendidikan


Berikut merupakan statistik institusi pendidikan di daerah Kuala Muda sehingga tahun 2019[8];
Sekolah*
*tidak termasuk sekolah swasta atau sekolah di bawah Jabatan Agama Negeri
Pengajian Tinggi
Remove ads
Kemudahan awam

Agama
Terdapat kira-kira 54 buah masjid di sekitar daerah Kuala Muda.[9]
Kesihatan
Terdapat sebuah hospital kerajaan[10], empat klinik kesihatan, tiga poliklinik komuniti[11] dan 23 buah klinik desa[12] di daerah Kuala Muda.
Pengangkutan
Jalan Persekutuan
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads