Robert Ling Kui Ee

ahli politik Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Dr. Robert Ling Kui Ee (Bahasa Cina: 林桂亿, pinyin: Lín Guìyì; lahir pada 21 Julai 1972)[1] ialah seorang ahli politik Malaysia dari Kedah. Beliau ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sidam daripada parti Parti Keadilan Rakyat (PKR) sejak tahun 2013 sebelum meninggalkan parti tersebut pada tahun 2020.

Fakta Segera Yang Berhormat Dr. JP (Kedah), ADUN, MD, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Alam Sekitar, Perpaduan, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Siam Negeri Kedah ...
Robert Ling Kui Ee
JP (Kedah), ADUN, MD
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Alam Sekitar, Perpaduan, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Siam Negeri Kedah
Menyandang jawatan
20 Mei 2020
RajaSultan Abdul Razak
Menteri BesarMuhammad Sanusi Md Nor
Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah
bagi N29 Sidam
Menyandang jawatan
5 Mei 2013
RajaSultan Abdul Razak
Didahului olehTan Chow Kang
Majoriti
Maklumat peribadi
Lahir
林桂亿

(1972-07-21) 21 Julai 1972 (umur 52)
Parti politikPH-PKR (–2020)
PN-BERSATU (2020–kini)
Tutup

Kehidupan

Beliau ialah lulusan Kolej Perubatan Kasturba, Akademi Pengajian Tinggi Manipal di Manipal, India (1992—8). Beliau ialah seorang doktor.[2]

Kerjaya politik

Pada 2013, beliau bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) pada tahun 2013 bagi kerusi Sidam dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah lalu menang dengan undian sebanyak 13,189 dengan majoriti 5,964 daripada 25,151 orang pengundi.[3]

Beliau bertanding lagi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada tahun 2018 bagi kerusi Sidam lalu menang dengan undian sebanyak 17,344 dengan majoriti 10,860 daripada 36,776 orang pengundi.[3]

Pada 27 Oktober 2018, beliau telah berjaya mengekalkan jawatan beliau sebagai Ketua Cabang PKR Sungai Petani dengan undian sebanyak 525 berbanding pencabar yang lain iaitu P Ragunathan (430) dan Datuk Johari Abdul (410).[4] Beliau memegang jawatan tersebut sejak tahun 2014.

Pada 12 Mei 2020, beliau bersama ADUN Lunas iaitu YB Azman Nasrudin telah mengumumkan bahawa mereka telah meninggalkan parti PKR lalu menjadi ahli bebas.[5] Beliau turut melepaskan semua jawatan beliau dalam parti tersebut khususnya jawatan Ketua Cabang PKR Sungai Petani.[6] Tindakan mereka adalah atas alasan kehilangan kepercayaan terhadap kepemimpinan Presiden PKR iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.[7] Lantaran ini, parti Perikatan Nasional (PN) di Kedah telah memiliki majoriti sebanyak 19 kerusi berbanding Pakatan Harapan (PH) lantas membolehkan penubuhan kerajaan negeri baharu.[8] Pada 20 Mei, beliau telah mengangkat sumpah sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Kedah menjadi Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Alam Sekitar, Perpaduan, Masyarakat Cina dan Siam.[9][10]

Penghargaan

Rujukan

Pautan luar

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.