ahli politik Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Yang Berhormat Dato' Azman Nasrudin (lahir 11 April 1972) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Padang Serai.
Azman Nasrudin DSSS, PJK (Kedah) | |
---|---|
Anggota Parlimen Malaysia untuk Padang Serai, Kedah | |
Memegang jawatan 19 Disember 2022 | |
Didahului oleh | Karupaiya Mutusami |
Majoriti | 16,260 (PRU-15) |
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Makanan, Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Pengangkutan dan Hal Ehwal Masyarakat India Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah | |
Dalam jawatan 20 Mei 2020 – 12 Ogos 2023 | |
Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah untuk Lunas | |
Dalam jawatan 5 Mei 2013 – 2023 | |
Didahului oleh | Mohd Razhi Salleh |
Digantikan oleh | Khairul Anuar Ramli |
Majoriti | |
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah | |
Dalam jawatan 22 Mei 2018[1] – 20 Mei 2020 | |
Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah | |
Dalam jawatan 22 Mei 2018[1] – 20 Mei 2020 | |
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah | |
Dalam jawatan 22 Mei 2018[1] – 20 Mei 2020 | |
Pengerusi Jawatankuasa Industri Utama Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah | |
Dalam jawatan 1 Ogos 2018 – 20 Mei 2020 | |
Butiran peribadi | |
Lahir | Sungai Bakap, Nibong Tebal, Pulau Pinang | 11 April 1972
Parti politik | (–2020) (2020–) BERSATU (2020-) |
Beliau yang diuji positif COVID-19 setelah pulang berkempen dalam pilihan raya negeri Sabah, turut menjangkiti isterinya yang merupakan seorang guru di SK Permatang Janggus, Penaga, mengakibatkan sekolah tersebut terpaksa ditutup selama lapan hari dan menjadi punca penyebaran koronavirus di kawasan tersebut[2][3][4].
Beliau mempunyai sijil perguruan serta berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Politik/Sejarah. Beliau juga merupakan seorang bekas guru.[5]
Pada 2013, beliau bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) pada tahun 2013 bagi kerusi Lunas dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah lalu menang dengan undian sebanyak 21,670 dengan majoriti 9,084 daripada 40,498 orang pengundi.[6]
Beliau bertanding lagi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada tahun 2018 bagi kerusi Lunas. lalu menang dengan undian sebanyak 23,904 dengan majoriti 13,813 daripada 50,336 orang pengundi.[6]
Ketika kemelut politik Malaysia pada awal tahun 2020, terdapat khabar angin bahawa beliau telah keluar daripada PKR selepas pemecatan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali namun beliau menafikan dakwaan tersebut.[7]
Pada 12 Mei, beliau bersama ADUN Sidam iaitu Dr Robert Ling Kui Ee telah mengumumkan bahawa mereka telah meninggalkan parti PKR lalu menjadi ahli bebas.[8] Tindakan mereka adalah atas alasan kehilangan kepercayaan terhadap kepemimpinan Presiden PKR iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.[9] Lantaran ini, parti Perikatan Nasional (PN) di Kedah telah memiliki majoriti sebanyak 19 kerusi berbanding Pakatan Harapan (PH) lantas membolehkan penubuhan kerajaan negeri baharu.[10] Pada 20 Mei, beliau telah mengangkat sumpah sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Kedah menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Makanan, Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Pengangkutan dan Hal Ehwal Masyarakat India.[11][12]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.