Daerah Simunjan

From Wikipedia, the free encyclopedia

Simunjan merupakan sebuah daerah yang berada di wilayah Sarawak, Malaysia. Daerah ini berada di bawah pentadbiran Bahagian Samarahan. Pusat pentadbiran bagi daerah ini ialah Simunjan.

Fakta Segera Simunjanسيمونجن, Negara ...
Simunjan
سيمونجن
Thumb
NegaraMalaysia
NegeriSarawak
BahagianSamarahan
Pekan pentadbiranSimunjan
Pentadbiran
  Pihak berkuasa tempatanMajlis Daerah Simunjan
Keluasan
  Jumlah2,217 km2 (856 batu persegi)
Penduduk
 (2020)
  Jumlah36,211
  Kepadatan16/km2 (42/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
Poskod
94xxx
Tutup

Daerah Simunjan dianggarkan mempunyai keluasan sebanyak 2,217 kilometer persegi. Daerah ini juga mempunyai jumlah penduduk seramai 36,211 orang pada tahun 2020. Majoriti penduduk di daerah ini merupakan masyarakat berbangsa Melayu.

Etimologi

Terdapat beberapa pendapat mengenai asal nama Simunjan. Pendapat pertama berdasarkan satu kisah di mana seorang saudagar Cina datang ke Simunjan dengan menaiki perahu yang dikenali sebagai Wangkang (Djong) untuk berehat. Semasa di Simunjan, dia cuba mengeringkan tembakaunya di bawah sinar matahari, tetapi cuaca mendung. Orang tempatan memberitahu mereka bahawa "Jan"nya ("tembakau" dalam bahasa Cina) akan menjadi "Semun" (atau "lembap"); "Semunlah jan kau kelak" ("Tembakau anda akan menjadi lembap.") Sejak itu, tempat itu dikenali sebagai Simunjan.

Pendapat kedua pula menyatakan bahawa Simunjan berasal daripada perkataan "Semun" dan "Hujan" (atau "hujan".) Dalam versi ini, orang Simunjan berasal dari kawasan yang dikenali sebagai "Ensengei" yang berhijrah ke Simunjan. Kebanyakan mereka bekerja sebagai pelombong. Semasa cuba memulakan perlawanan, perlawanan itu berlangsung dengan lambat kerana hujan yang kerap turun. Kerana kawasan ini masih tidak dinamakan, orang ramai menggabungkan "Semun" dan "Hujan" untuk merujuk tempat ini, maka "Simunjan."

Pendapat ketiga pula menyatakan asal nama Simunjan daripada seekor burung iaitu burung Munjan. Burung tersebut dipercayai merupakan burung asli Simunjan yang banyak terdapat di hutan Gunung Ngeli. Perkataan Simunjan berasal daripada frasa "Si Munjan". Burung Munjan dipercayai pupus akibat aktiviti manusia yang berleluasa di Simunjan.

Sejarah

Simunjan pada mulanya berada di dalam daerah Sadong yang dibentuk pada tahun 1901 dan merangkumi Simunjan dan Serian. Pada tahun 1955, Serian telah dipisahkan dari daerah Sadong dan dijadikan sebuah daerah baharu. Daerah Sadong yang masih kekal kemudiannya ditukarkan nama kepada Simunjan.[1]

Daerah Simunjan pada mulanya terletak di bawah pentadbiran Bahagian Kuching. Pada 24 Julai 1986, Simunjan telah diletakkan di bawah bahagian yang baharu, iaitu Bahagian Samarahan. Satu daerah kecil juga mula diletakkan di dalam daerah ini iaitu Sebuyau yang sebelumnya terletak di Bahagian Sri Aman. Pada 1 Januari 2002, daerah kecil Sadong Jaya telah dipisahkan dari daerah Simunjan, dan diletakkan dalam daerah baharu, iaitu Asajaya.[1]

Pada tahun 2022, dua daerah baharu telah dibentuk dan dipisahkan daripada daerah Simunjan iaitu Sebuyau dan Gedong.[2]

Pentadbiran

Daerah Simunjan terletak di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Simunjan yang merupakan sebahagian daripada pentadbiran Bahagian Samarahan dan diketuai seorang pegawai daerah. Pihak berkuasa tempatan yang mentadbir daerah ini pula ialah Majlis Daerah Simunjan.

Politik

Daerah Simunjan diletakkan di bawah tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Simunjan (N25) dan Gedong (N26) yang terletak di bawah kawasan Parlimen Batang Sadong (P200) serta Sebuyau (N27) di Parlimen Batang Lupar (P201).

Geografi

Daerah Simunjan terletak di barat negeri Sarawak, dan di timur bahagian Samarahan. Daerah Simunjan bersempadan dengan daerah Sebuyau di utara, daerah Gedong di selatan dan daerah Asajaya di barat laut.

Bentuk muka bumi Simunjan secara keseluruhannya adalah berbukit bukau. Namun demikian, ia juga mempunyai kawasan berpaya di pedalaman dan tanah rendah di persisiran pantai dan tebing sungai Batang Sadong. Sungai Batang Sadong merupakan sungai utama di Daerah Simunjan.

Demografi

Maklumat lanjut Kumpulan etnik warganegara (2010) ...
Kumpulan etnik warganegara (2010)
Etnik Peratusan
Melayu
 
55.0%
Iban
 
39.6%
Cina
 
3.3%
Lain-lain
 
2.1%
Tutup

Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di daerah Simunjan ialah seramai 36,211 orang dengan kepadatan penduduk 16 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk jarang. Bancian ini juga merekodkan sejumlah 8,972 isi rumah dengan 11,972 tempat kediaman. Majoriti penduduk di daerah Simunjan merupakan masyarakat Bumiputera Sarawak, dengan sebahagian besarnya berbangsa Melayu dan Iban. Masyarakat Cina merupakan kelompok bukan Bumiputera terbesar di daerah ini. Penduduk bukan warganegara terdiri daripada 2,199 orang.[3][4]

Maklumat lanjut Status, Bangsa ...
Bilangan penduduk mengikut bangsa pada tahun 2020.[3]
Status Bangsa Jumlah
Warganegara Melayu 19,421
Bumiputera lain 13,441
Cina 892
India 4
Lain-lain 254
Bukan warganegara - 2,199
Jumlah 36,211
Tutup

Agama

Maklumat lanjut Agama di Simunjan - Banci 2020 ...
Agama di Simunjan - Banci 2020
Agama Peratusan
Islam
 
61.5%
Kristian
 
36.2%
Buddha
 
1.7%
Lain-lain
 
0.6%
Tutup

Di daerah Simunjan, agama Islam merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan lebih 61 peratus diikuti agama Kristian sebanyak lebih 36 peratus. Penduduk beragama Buddha membentuk kelompok ketiga terbesar dengan peratusan dua peratus dari jumlah penduduk. Terdapat juga penganut agama lain seperti Hindu serta tidak beragama yang membentuk kumpulan minoriti dengan peratusan kurang dari satu peratus.

Maklumat lanjut Agama, Jumlah ...
Bilangan penduduk mengikut agama (2020)
Agama Jumlah
Islam 22,283
Kristian 13,108
Buddha 610
Tidak beragama 72
Hindu 12
Lain-lain 126
Jumlah 36,211
Tutup

Orang ternama

Sapok Biki - Petinju Malaysia yang memenangi pingat emas semasa Sukan Komanwel 1998 di Kuala Lumpur merupakan anak jati Simunjan.

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.