Remove ads

Agama Buddha (Jawi: اݢام بودا ) ialah agama dan falsafah yang berasaskan ajaran Buddha Śākyamuni (Siddhārtha Gautama) yang lahir pada kurun ke-5 sebelum masihi. Agama Buddha tersebar ke subbenua India dalam 5 kurun selepas Baginda meninggal dunia. Dua ribu tahun yang seterusnya, agama Buddha telah tersebar ke tengah, tenggara, timur Asia, China, Korea, dan Jepun. Mengikut kriteria klasifikasi agama Buddha mempunyai tiga tiga aliran utama, iaitu Theravāda, Mahāyāna, dan Vajrayāna.


Thumb
Arca Boddha di Borobudur, Jawa, Indonesia

Dalam aliran Theravāda, matlamat utama ialah pencapaian tahap lujkhur nirvana, yang dicapai melalui "Lapan Jalan Mulia" atau juga dikenali sebagai "Jalan Kesederhanaan". Dengan ini, seseorang itu dikatakan bebas dari kitaran kesengsaraan dan kelahiran semula. Aliran Theravāda merupakan aliran yang paling diamalkan di Sri Lanka dan Asia Tenggara.

Aliran Mahāyāna, yang termasuk tradisi Tanah Tulen, Zen, Buddhisme Nichiren, Shingon dan Tiantai (Tendai) banyak dijumpai di bahagian Asia Timur. Bertentangan dengan pencapaian nirvana, Mahayana mengilhamkan pencapaian kebuddhaan melalui laluan bodhisattva, satu tahap di mana seseorang itu terus berada di kitaran kelahiran semula untuk membantu manusia lain mencapai kesedaran.

Aliran Vajrayāna, sebuah ajaran yang berunsurkan siddha India mungkin boleh dilihat sebagai satu aliran baru atau sebahagian daripada aliran Mahāyāna. Buddhisme Tibet, yang masih mengekalkan ajaran Vajrayāna abad ke-lapan India, masih dipraktiskan di kawasan sekitar Himalaya, Mongolia dan Kalmykia. Buddhisme Tibet mengilhamkan pencapaian kebuddhaan atau badan pelangi.

Agama Buddha mempunyai lebih kurang 488–535 juta penganut di seluruh dunia. Agama Buddha dikenali sebagai salah satu agama yang paling utama di dunia.

Buddha ialah seorang yang memahami kebenaran alam semesta melalui pelajarannya yang bertahun-tahun, penyiasatan dengan pengamalan agama pada masanya dan pertapaan. Penemuannya dikenali sebagai Bodhi atau "Kesedaran".

Śākyamuni Buddha ialah pengasas Buddhisme. Melaluinya, banyak ajaran telah diwujudkan dan dikumpulkan untuk memudahkan penyebaran Buddhisme. Mengikut ajaran Buddha, sesiapa dapat mempelajarinya dan juga memahami alam semesta nyata yang sebenar seperti Buddha dengan menurut kata-kata Buddha dan Sangha yang dikenali sebagai "Dharma" dan mempraktikkannya dengan mengamalkan kehidupan yang bermoral dan pemikiran yang suci. Secara keseluruhan, tujuan seorang penganut Buddha adalah menamatkan segala kesengsaraan dalam kehidupan manusia. Bagi mencapai matlamat ini, penganut Buddha harus menyucikan dan melatih minda sendiri dengan mengamalkan ajaran "Lapan Jalan Mulia", atau "Jalan Kesederhanaan" supaya memahami kenyataan. Dengan ini semua penganut Buddha boleh mengikut langkah demi langkah untuk mencapai kebebasan dari kesengsaraan. Tahap ini dinamakan nirodha atau nirvāna (Pāli nibbāna).

Remove ads

Kehidupan Buddha

Agama Buddha merupakan agama dari India yang bercirikan ajaran Buddha. Semua perincian tentang kehidupan Buddha telah disebut dalam banyak teks awalan Buddha tetapi ianya tidak konsisten, latar belakang sosial dan butiran kehidupan Buddha pula tidak dapat disahkan, tarikh yang tepat pula tidak dapat dipastikan.

Thumb
Biara Buddha baru di Singapura.

Bukti-bukti teks awalan tersebut mencadangkan beliau dilahirkan sebagai Siddhārtha Gautama di Kapilavatthu, sebuah bandar di kawasan dataran sempadan moden Nepal-India. Beliau manghabiskan kehidupannya di kawasan yang dikenali secara moden pada hari ini, Bihar dan Uttar Pradesh (India). Sesetengah penulis wali telah menyatakan bahawa ayahnya adalah seorang Raja yang bernama Suddhodana dan ibunya yang bernama Maya, dan beliau dilahirkan di Taman-Taman Lumbini (kini di Nepal). Walau bagaimanapun, sarjana seperti Richard Gombrich mempertimbangkan pernyataan itu sebagai dakwaan palsu kerana terdapat kombinasi bukti yang mencadangkan beliau dilahirkan di dalam komuniti Shakya - di mana beliau kemudiannya menerima gelaran Shakyamuni dan komuniti tersebut ditadbir oleh sebuah majlis mesyuarat kecil oligarki atau republik di mana ia tidak terdapat konsep pangkat dan sebaliknya mementingkan konsep senioriti. Sesetengah cerita mengenai Buddha, kehidupannya, ajarannya dan dakwaan tentang masyarakat di mana beliau membesar mungkin telah direka dan ditokok tambah pada masa kemudiannya dalam teks-teks Buddha.

Teks-teks awalan Buddha (yang diterima sebagai teks-teks benar) dan biografi awalan Buddha menyatakan beliau belajar dengan guru Veda seperti Alara Kalama dan Uddaka Ramaputta, mempelajari meditasi dan falsafah kuno, terutamanya konsep "ketiadaan, kekosongan" dan "apa yang tidak dilihat atau terlihat".

Buddha tergerak dengan sifat sengsara semula jadi dalam kemanusiaan. Beliau bermeditasi berseorangan untuk satu tempoh yang berpanjangan, dengan pelbagai kaedah termasuklah mengelakkan diri dari terlibat dalam keseronokan dunia, dalam sifat kesengsaraan dan kaedah-kaedah untuk mengatasi kesengsaraan. Beliau terkenal dengan posisi duduknya iaitu duduk di bawah pokok Ficus religiosa, yang sekarang dikenali sebagai pokok Bodhi di bandar Bodh Gaya di Bihar, India. Beliau mencapai kesedaran, menemui apa yang para penganut Buddha gelar sebagai "Jalan Kesederhanaan", suatu praktis rohani untuk menamatkan kesengsaraan (dukkha) dari kelahiran semula di alam Saṃsāra. Sebagai seorang manusia yang tersedar (Skt. samyaksaṃbuddha), beliau telah menarik pengikut dan mengasaskan Sangha (aturan monastik). Sekarang, sebagai seorang Buddha, beliau menghabiskan hayat yang seterusnya dengan mengajar Dharma yang ditemuinya dan meninggal dunia di Kushinagar, India pada umur 80 tahun.

Remove ads

Konsep penganut Buddha

Thumb
Sitting Buddha, named "Phra Puttha Palileyaka", Wat Pho, Bangkok

Dukkha

Dukkha merupakan satu konsep pusat dalam buddhisme dan salah satu doktrin Empat Kebenaran Mulia dan juga pusat ciri kehidupan di dunia ini. Ia boleh diterjemah sebagai "kepuasan yang tidak dapat dipenuhi", "sifat ketidakpuasan dan ketidakjaminan semua fenomena yang mempunyai kondisi", "kesakitan". "Dukkha" sering diterjemahkan sebagai kesengsaraan di mana ia merupakan penterjemahan yang salah kerana ia bukanlah merujuk kepada kesengsaraan sebenar, akan tetapi ketidakpuasan terhadap tahap dan benda bersifat sementara termasuklah pengalaman yang menyenangkan tetapi bersifat sementara.

Empat Kebenaran tersebut mencerminkan orientasi asas Buddhisme: kita mengejar dan berpaut kepada tahap dan benda yang bersifat sementara, di mana ianya adalah dukkha, "kepuasan yang tidak dapat dipenuhi" dan kesakitan. Ini menyebabkan kita terperangkap dalam saṃsāra, kitaran kelahiran semula yang tidak berkesudahan, dukkha dan meninggal dunia lagi. Akan tetapi, terdapat satu cara untuk membebaskan kita dari kitaran ini dan kepada tahap nirvana, iaitu "Lapan Jalan Mulia".

Kebenaran Dukkha adalah pandangan asas di mana kehidupan di dunia biasa ini, dengan pautan dan keinginan untuk tahap dan benda yang tidak berkekalan ialah dukkha dan tidak memuaskan. Kita menginginkan kegembiraan dari tahap dan benda yang tidak berkekalan dan oleh itu, tidak dapat mencapai kebahagiaan yang sebenarnya.

Remove ads

Demografi

Thumb
Peratusan penganut agama Buddha mengikut negara, menurut Pew Research Center pada tahun 2010.

Buddhisme dikatakan dianuti oleh sekitar 488 juta,CITEREFPew_Research_Center2012 495 juta,[1] atau 535 juta[2] penduduk dunia pada tahun 2010, mewakili 7% sampai 8% jumlah penduduk dunia.

China merupakan negara dengan populasi penganut Buddhisme terbesar dengan sekitar 244 juta penganut atau 18.2% daripada jumlah penduduknya.[web 1] Kebanyakan mereka ialah pengikut aliran Buddhisme Mahayana, menjadikan Mahayana sebagai aliran Buddhisme yang terbesar berbanding dengan aliran-aliran lain. Mahayana juga dipraktikkan secara luas di Asia Timur, diikuti oleh lebih daripada setengah populasi penganut agama Buddha di seluruh dunia.CITEREFPew_Research_Center2012

Berdasarkan analisis demografi yang dilaporkan oleh Peter Harvey (2013)[2]: Mahayana memiliki kira-kira 360 juta orang penganut; Theravada memiliki 150 juta orang penganut; dan Vajrayana memiliki 18.2 juta orang penganut. Di luar Asia, jumlah penganut agama Buddha adalah sebanyak tujuh juta orang.

Menurut Johnson and Grim (2013), agama Buddha telah tumbuh dari total 138 juta orang penganut pada tahun 1910, dengan 137 juta berada di Asia kepada 495 juta orang pada tahun 2010, dengan 487 juta orang penganut berada di Asia.[1]

Remove ads

Galeri

Rujukan

Pautan luar

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.

Remove ads