Daerah Sebuyau

From Wikipedia, the free encyclopedia

Daerah Sebuyaumap
Remove ads

Daerah Sebuyau ialah sebuah daerah di negeri Sarawak Bumi Kenyalang, Malaysia.[1][2] Daerah ini adalah sebahagian daripada Bahagian Samarahan yang merangkumi Samarahan, Simunjan, Sebuyau, Sadong Jaya dan Asajaya.[2] Pekan pentadbiran bagi daerah ini ialah Pekan Sebuyau. Sebuyau dahulu merupakan daerah kecil yang terletak dalam pentadbiran Daerah Simunjan.[3]

Fakta Segera Sebuyauسبوياو, Negara ...
Remove ads
Remove ads

Etimologi

Daerah Sebuyau mendapat namanya daripada perkataan "buyo" yang berasal dari Bahasa Melanau jika diterjemahkan secara harfiah bermaksud "ketam". Pada ketika dahulu, terdapat banyak hidupan ketam di kawasan Sebuyau.[3]

Geografi

Daerah Sebuyau terletak di kawasan persisiran pantai.[3] Hampir semua pekan di bawah seliaan Daerah Kecil Sebuyau terletak di kawasan persisiran. Ia bersempadan dengan Daerah Kecil Lingga di tenggara, Isu dan Pantu di selatan, Daerah Simunjan di barat daya dan Asajaya dan Sebangan di barat. Daerah ini juga berhadapan dengan Laut China Selatan di utaranya. Daerah Sebuyau memiliki keluasan sebanyak lebih kurang 625.07 kilometer persegi.[3] Antara ciri-ciri pandang barat fizikal yang terdapat di sini ialah Batang Lupar, Batang Sadong serta Sungai Sebuyau.[2]

Remove ads

Demografi penduduk

Populasi penduduk di Daerah Sebuyau

• Pekan Sebuyau

Maklumat lanjut No., Kategori ...

• Sebangan

Maklumat lanjut No., Kategori ...

Pentadbiran

Daerah Sebuyau secara keseluruhannya ditadbirkan oleh Pejabat Daerah Sebuyau. Antara pekan penting dalam pentadbiran kawasan ini ialah Pekan Sebuyau, Sebangan serta Tebelu.[3] Ia juga dipecahkan kepada 78 buah kampung yang dimana setiap kampung mempunyai seorang ketua kaum (ketua kampung, kapitan Cina, tuai rumah).[3] Antara kampung yang dibawah Daerah Sebuyau ialah Kampung Plaie Atas, Kampung Plaie Baroh, Kampung Raba, Kampung Selangking, Kampung Lunying , Kampung Sagu, Kampung Arus Melayu, Kampung Seruyuk, Kampung Tungkah Dayak, Kampung Tungkah Melayu, Kampung Bulan, Kampung Bulan Baru, Sungai Rama, Kampung Nap, Bajong Tengah, Bajong Hulu, Entanggor, Stika, Bajong, Bajong Hilir dan lain-lain lagi.[3][4] Daerah Sebuyau dipimpin oleh seorang Pegawai Tadbir Sarawak (SAO); pemegang jawatan terkini ialah Ajis Ahmad.[5]

Remove ads

Kemudahan

Thumb
Jalan Raya menuju ke Pekan Sebuyau.

Daerah Sebuyau mempunyai kemudahan awam berbagai. Ia memiliki sebuah sekolah menengah, Sekolah Menengah Kebangsaan Sebuyau, 16 buah sekolah rendah dan dua buah sekolah jenis kebangsaan.[6] Kemudahan jalan raya sangatlah bak di Sebuyau, ia menghubungkan seluruh bandar utama di Sarawak. Perkhidmatan feri terletak di Kampung Teriso.[3]

Rujukan

Lihat juga

Loading content...

Pautan luar

Loading content...
Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads