Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Orang Ulu ialah salah satu kelompok etnik dari suku kaum peribumi dengan populasi di antara 300 orang hingga lebih 25,000 orang yg mendiami kawasan pedalam hulu sungai Sabah dan Sarawak. Jumlah Populasi orang Sarawak pada tahun 2020 adalah 180 000 orang dan cuma 6.2 % dari 2.8juta orang Sarawak .Berbeza dengan gelaran dayak, gelaran dayak diberi oleh pengembara eropah dan barat khas bagi Iban dan Bidayuh. Manakala gelaran orang Ulu dicipta oleh etnik-etnik minoriti yg mendiami kawasan pedalaman dan hulu sungai bagi membentuk komuniti kaum yg tersendiri. Walaupun Orang Ulu bukan merupakan istilah rasmi dalam Perlembagaan Malaysia. Istilah ini dipopularkan oleh satu persatuan minoriti yang dibentuk pada 1969 dan dikenali sebagai "Persatuan Kebangsaan Orang Ulu" (OUNA).
Orang Ulu adalah etnik yang mendiami pedalaman sarawak dan dijangka telah wujud seawal kurun ke13 dan menjadikan aktiviti bercucuk tanam dan menangkap ikan sebagai sumber pendapatan. Orang Ulu juga memiliki senibina kediaman yang berbeza, yang dibina tinggi, panjang dan rumah berasingan yang dibina bersebelahan satu sama lain, yang dihiasi dengan mural dan ukiran kayu. Mereka juga terkenal dengan tatu terperinci manik mereka yang rumit. Orang Ulu dari suku ini juga dapat dikenali oleh muzik unik mereka - bunyi khas Sapeh mereka, kecapi berbentuk perahu yang dipetik, sebelumnya pada dua tali, sekarang biasanya pada empat tali.
Sebilangan besar suku Orang Ulu beragama Kristian. Walau bagaimanapun, agama tradisional lama masih diamalkan di beberapa kawasan. Puak-puak yang tergolong dalam kumpulan Ulu yang tinggal di sepanjang sempadan Malaysia Timur dan Kalimantan, Indonesia adalah: Kayan, Kenyah, Kejaman, Lahanan, Sihan, Sekapan, Punan, Ukit, Penan, Lun Bawang/Lun Dayeh, Murut, Berawan, Kiput, Saban dan Kelabit. Gelaran Orang Ulu juga ditujukan khas kepada kaum-kaum tersebut kerana mereka mendiami di bahagian hulu Sungai Batang Rajang iaitu di daerah Belaga dan hulu Sungai Baram iatu di daerah Baram.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.