Penan ialah suku bumiputera di Sarawak, Malaysia Timur. Mereka banyak tinggal di hutan berhampiran dengan Limbang , Gambang , Bintulu dalam kawasan Ulu Baram.Menurut kajian Penan dikatakan berasal dari Suku kenyah/Kayan yang berhijrah dari Sungai apo Kayan di Kalimantan (ras Monggolid) berdasarkan persamaan adat ,budaya dan rupa.(Rujukanhttps://books.google.com/books/about/The_Natives_of_Sarawak_and_British_North.html?hl=ms&id=b4ra_BW72oUC)
Fakta Segera Jumlah penduduk, Kawasan ramai penduduk ...
Tutup
Kaum Penan hidup dalam keadaan berpindah randah atau sebahagian menetap di rumah-rumah panjang. Mereka amat bergantung hidup dengan mencari makanan, minuman, ubat-ubatan dan pakaian dari dalam hutan. Haiwan fauna dan flora menjadi sumber rezeki mereka setiap hari.
- Rumah mereka hanya pondok yang tidak mempunyai lantai simen atau papan – mereka hanya berlantaikan kayu bulat, buluh, malah tanah sahaja dan banyak yang tidak mempunyai tandas dan sebagainya. Tidak kurang juga antara rumah yang dibina di kawasan yang tidak sesuai dan terlalu panas.
Pencemaran air dan hakisan tebing sungai berlaku akibat aktiviti pembalakan. Bunyi bising daripada pembalakan menyebabkan binatang dan burung serta ikan semakin hilang dan pupus. Penyakit baru muncul dan tidak dapat diubati. Jarak ke klinik dan hospital terlalu jauh, mahal dan asing kepada mereka.
Menurut Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg Seramai 226 graduan pelbagai bidang daripada masyarakat etnik Penan telah berjaya dilahirkan dari 1998 hingga 2022.Beliau berkata daripada jumlah itu, seramai tiga orang telah berjaya memperolehi Ijazah Sarjana, 142 orang menerima Ijazah Sarjana Muda dan 81 orang telah menerima diploma.
Katanya buat masa ini juga terdapat dua orang pelajar dari etnik Penan yang sedang menyelesaikan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) mereka.
- Orang Penan menghadapi masalah kekurangan makanan . Hutan tempat mencari sagu, buah-buahan dan sayur-sayuran telah dimusnahkan oleh kegiatan pembalakan . Ada keluarga yang terpaksa memakan nasi bersama garam atau bubur kosong sahaja. kerana ketiadaan punca pendapatan
- Sungai yang selama ini membekalkan ikan kepada mereka telah tercemar . Hakisan tanah berlaku secara berleluasa.
- Haiwan di hutan berdekatan sudah lama berkurangan dan tanah ladang tidak lagi subur kerana tanah-tanah ini merupakan bekas kawasan pembalakan.
- Orang Penan dikatakan tidak diberi latihan pertanian termasuk cara-cara menyediakan baja dan bantuan sumber seperti biji benih sayur-sayuran. Kononya orang Penan tidak menerima bantuan untuk membina kolam-kolam ikan ataupun projek penternakan.
- Haiwan dan ikan selain bahan-bahan hutan lain seperti rotan, damar dan gaharu untuk dijual sukar diperolehi kerana pembalakan dan pencemaran sungai serta bunyi bising aktiviti pembalakan.
- Pelbagai penyakit selalu dihadapim oleh mereka. Contohnya demam panas, demam campak, batuk , selsema dan penyakit kulit.
- Mereka tidak berupaya membayar yuran persekolahan anak-anak, mendapatkan perkhidmatan perubatan dan pergi ke bandar terdekat untuk menyelesaikan urusan-urusan penting.
- Bekalan air dan udara yang tercemar telah menyebabkan mereka menghadapi masalah kesakitan perut, penyakit kulit, penyakit mata dan ketahanan badan yang lemah, yang kemudiannya memberikan pelbagai masalah kesihatan yang lain.
- Perumahan yang serba kekurangan - rumah panjang yang selesa. Tidak mempunyai sumber kewangan untuk membeli bahan-bahan pembinaan dan mengupah kontraktor rumah serta tenaga buruh mereka.
- Hentikan kegiatan pembalakan
- Hentikan projek perladangan kelapa sawit di tanah adat mereka/
- Tangguh dan batalkan pembinaan empangan janakuasa dan bekalan air di tanah adat orang Penan.
- Meminta pengiktirafan ke atas hak turun-temurun pribumi Penan .
- Meminta kerajaan membantu dari segala segi termasuk perumahan , kesihatan, pekerjaan , pendidikan dan lain-lain.
- Menghalang jalan-jalan balak di kawasan Baram dan Limbang di Sarawak. Malangnya tindakan mereka ini dituduh tidak menghormati undang-undang.
- Membuat Deklarasi Long Sayan 2002 diadakan di Long Sayan, Apoh, Baram, Miri, Sarawak
- Berkunjung ke Kuala Lumpur dan menyatakan tuntutan kepada Parlimen Malaysia.
- Menghantar surat dan siaran berita ke media tempatan dan antara bangsa.
- Bekerjasama dengan Bruno Manser yang begitu prihatin dengan permasalahan orang Penan. Bruno Manser dari Switzerland telah hidup secara bersembunyi di dalam hutan , bergaul rapat dengan orang Penan dan menghantar surat-surat ke seluruh dunia meminta Penan diberi perhatian.
- Membina laman-laman web berkaitan cara hidup dan permasalahan orang Penan.
- Mengambi tindakan undang-undang terhadap syarikat pembalakan dan kerajaan. Mereka disokong oleh peguam-peguam bertauliah secara percuma.
- 2 Februari 1990 Putera Charles dari England menuduh kerajaan Malaysia membunuh ramai orang Penan yang membuat benteng manusia bag menghalang aktiviti pembalakan. Kononnya kerajaan mengarahkan tentera menembak dan menghina orang Penan kerana pembalakan amat menguntungkan. Sebenarnya polis hanya menangkap 63 orang Penan yang membuat benteng manusia di Baram, miri.
- 17 Februari 1990 Tan Sri Taib Mahmud selaku Ketua Menteri Sarawak telah diserbu oleh puluhan wartawan barat dalam satu persidangan ekonomi Asean- Ec di Kuching.
- Kononnya masih ada rakyat Malaysia terutama di Sarawak yang masih tinggal di atas pokok. Dahulu Sarawak dikenali kerana 'head hunter'.
- Kaum asli Yanomani di hutan Amazon , Brazil telah ditembak mati oleh tentera Brazil kerana menghalang pembinaan Lebuh raya teans-Amazon. Jadi wartawan Barat menganggap Malaysia berbuat demikian juga.
- Sejak 1984 Bruno Manser dari Switzerland masuk ke dalam hutan Sarawak dan mengisytiharkan diri sebagai King of Penan. Dia telah mendapat untung besar hasil sumbangan NGO dan kerajaan asing. Permit Bruno tamat 31.12.1984 telah tamat tapi menyembunyikan diri di dalam hutan Sarawak. Sehingga kini Bruno Manser hilang di Sarawak buat kali ke-3 dan dipercayai mati di sana.
- 3 Ogos 1989 para pencinta alam sekitar dari 120 negara Eropah telah mengadakan tunjuk perasaan di depan bangunan Kedutaan Malaysia di Zurich, Switzerland. Mereka mendesak 'Dont Kill Penan'.
- Sambutan ' International Penan Day' diadakan di negara=negara Eropah.
- Tiga filem dokumentasi tentang kehidupan Penan dibuat oleh TV(ATV) dari Australia dan TFI dari Peranchis.
- Buku dan artikel dalam majalah dan suarat khabar berkaitan Penan dan aktivis Bruno Manser banyak diterbitkan.
- Sejak 1980 kerajaan berjanji memberi bantuan kewangan, kemudahan kesihatan , jalan raya dan sebagainya bagi menyelesaikan masalah penderitaan dan kemiskinan orang Penan.
- 1993 sebahagian hutan di Ulu Baram dan Ulu Limbang telah dijadikan Hutan Khas Kaum Penan tapi tiada penjelasan lanjut mengenai status hutan ini dari segi undang-undang. Masalahnya adakah orang Penan mempunyai hak adat seperti yang diberi melalui Kod Tanah Sarawak atau adakah ia Hutan Simpanan Komunal yang boleh diwartakan melalui Ordinanan Perhutanan Sarawak.
- Kerajaan Sarawak setuju memberi peruntukan tahunan sebanyak RM 1 juta untuk kaum Penan untuk meningkatkan mutu kehidupan kaum Penan .
- 28.4.1992 Mahathir Mohamad menjelaskan 70% hutan di Malaysia dikekalkan . Sebaliknya Mahathir berhujah Barat sebagai punca pencemaran. Contohnya CFC dari peti ais, makan burger hasil dari penebangan hutan Argentina untuk memelihara lembu 'burger'. Isu Penan diperalatkan agar negara Barat menolak hasil kayu tropika.
- Sejumlah 10,000 Penan yang asalnya petani dan hidup berpindah randah telah dimajukan. 9000 sudah menetap di ladang .Cuma 1000 yang masih tinggal di hutan.
Fly Asian Xpress (FAX) yang mengambil alih Perkhidmatan Penerbangan Pedalaman daripada Penerbangan Malaysia (MAS) sejak Ogos 2006 hanya menyediakan dua kali penerbangan seminggu berbanding tiga kali seminggu oleh MAS dahulu. Penerbangan dikurangkan kerana kos minyak tinggi, pelancong berkurangan dan tidak lagi mendapat subsidi minyak daripada kerajaan.
Residen Miri, Ose Murang berkata, kerajaan negeri Sarawak membina jalan penghubung antara 14 kampung yang dihuni 1,444 etnik Penan dan Kelabit.
Pembangunan tergendala kerana tiadanya jalan masuk, faktor geografi yang luas dan kawasan bergunung-ganang. Kerajaan Sarawak melantik syarikat Samling Group ( sebuah syarikat pembalakan) untuk membina jalan balak yang kemudiannya boleh dinaik taraf untuk dijadikan jalan penghubung utama.
Pembinaan jalan antara bandaraya Miri ke Pa Debpur, Kelapang yang meliputi kampung Long Benali tergendala kerana sekatan jalan sejak 2004 yang dibina oleh sekumpulan etnik Penan dari Long Benali. Sekatan masih diteruskan sehingga 2006. Rundingan demi rundingan telah dijalankan tetapi tidak berjaya. Penduduk Penan nekad dengan keputusan mereka dan tidak percaya janji-janji selama ini.
Penduduk Penan menuduh syarikat pembalakan itu hanya mementingkan keuntungan dan menjejaskan kualiti hidup penduduk di perkampungan mereka. Sekatan jalan itu bagi melindungi alam sekitar, sumber makanan dan rezeki mereka dan sumber air untuk minuman, mandi dan sebagainya. Masyarakat Penan tidak mudah tertipu dengan janji kosong pemimpin kerajaan negeri Sarawak dan Malaysia dan janji manis oleh syarikat pembalakan.Selepas pokok habis ditebang , jalan raya yang dijanjikan tidak siap.
Kerajaan negeri Sarawak menafikan tuduhan itu. Kerajaan melantik syarikat baru dan syarikat pembalakan ini tidak sama dengan syarikat terdahulu.
Sekolah Kebangsaan Long Lellang merupakan sekolah rendah berasrama. Ada 118 murid dari Tahun Satu hingga Tahun Enam . Murid ini berdepan dengan masalah kekurangan bekalan makanan, diesel, petrol, kerosin dan gas masak.
Murid dari Long Sabai terpaksa berjalan kaki selama 8 jam melalui hutan tebal, mendaki bukit dan menuruni lembah serta menyeberangi sungai untuk ke sekolah , ke klinik di Long Lellang.
Long Lellang lengkap dengan klinik, sekolah rendah, dan landasan kapal terbang .Ia menjadi pekan tumpuan 7 kampung iaitu dari Long Main, Long Kepang, Long Benali, Long Sabai, Keramu, Pengaran Iman dan Pengaran Kelian.
Kehidupan mereka seakan kembali zaman batu.Waktu malam terpaksa bergelap kerana tiada bahan bakar untuk menggerakkan generator.Ubat tidak dapat disimpan lama kerana peti sejuk tidak dapat berfungsi.
Ketua Kampung Long Lellang A, Amat Aran, 71 berkata bahan bakar, makanan, bahan binaan dan peralatan pertanian seperti gergaji rantai dan mesin pemotong semak-samun sukar didapati sejak sekatan jalan 2004.
Ketua Kampung Long Lellang B, Joseph Wan Raja, yang berketurunan Kelabit menyatakan penduduk hanya berpendapatan RM200 sebulan sedangkan kos hidup tinggi.
Kini 22 Oktober 2006, harga semua barang naik mendadak. Sebuah tong gas masak (14 kg) (yang boleh bertukar) dijual dengan harga RM180 berbanding RM25.62 di tempat lain. Selain itu, satu dram diesel, petrol atau kerosin boleh didapati dengan harga RM35 berbanding RM7.22 (diesel), RM8.74 (petrol) dan RM9.32 (kerosin). Harga barangan keperluan lain seperti gula (RM6 per kg), tepung (RM4 per kg) dan minyak masak (RM8 per kg).
Pada 26 Julai 2007, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) melalui kumpulan kerjanya yang dipanggil Kumpulan Kerja Hak Asasi Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan (ECOSOC) mencari jalan penyelesaian tentang hak asasi manusia yang dibangkitkan oleh etnik Penan di Sarawak yang telah diperjuangkan sejak bertahun-tahun lamanya yang dimulai oleh Bruno Munser.
Suhakam telah menghantar kumpulan penyelidik ke Long Jingu dan Long Jaik di Ulu Belaga berikutan aduan oleh dua pemimpin masyarakat Penan, Alung Ju (Long Singu) dan Matu Tugang (Long Jaik) pada 26 Julai 2006 yang tidak puas hati dengan aktiviti pembalakan, ladang kelapa sawit dan penanaman semula hutan di sana.
Akhirnya Suhakam menyenaraikan 7 isu utama iaitu :
- Kanun Tanah Sarawak 1958 hendaklah dipindai dan disesuaikan dengan penentuan milik tanah Penann dan kepimpinan masyarakat Penan.
- Seksyen 5(2) dan 5(2)E Undang-Undang Negeri Sarawak menyatakan Tanah Adat Bumiputera (NCR) termasuk kaedah penggunaan kawasan tanah seperti pengkebumian dan lain-lain tujuan. Oleh itu sebarang aktiviti pembalakan dan ladang kelapa sawit mestilah mengelak kawasan pengebumian yang dinyatakan oleh masyarakat Penan..
- Laporan Penilaian Alam Sekitar (EIA) yang dikemukakan mestilah dibuat oleh perunding bebas lagi berwibawa agar tidak ada berat sebelah, ambil mudah dan mengambil kira sensitiviti masyarakat setempat yang biasanya tanpa dokumen rasmi, hanya tradisi lisan sahaja. Laporan EIA berhubung Ladang Hutan Shin Yang nyata dipertikaikan oleh masyarakat Penan.kerana Ulu Belaga memang telah lama wujud masyarakat itu.
- Pusat perkhidmatan di Ulu Belaga, perluaskan skim Pihak Berkuasa Penyatuan dan Pemuliharaan Tanah Sarawak (Salcra) untuk masyarakat Penan, dan hidupkan semula projek Buku Hijau bagi pembangunan luar bandar yang dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970) agar kemiskinan tegar masyarakat itu dapat diatasi.
- Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mestilah proaktif dengan memudahkan kaedah pendaftaran , termasuklah memansuhkan bayaran lewat daftar dan bekerjasama dengan ketua masyarakat Penan untuk menentukan identiti dan sijil kelahiran.
- Sekolah rendah hendaklah 'dekat' dengan kampung -kampung Penan. Begitu juga klinik kesihatan luat bandar yang lebih lengkap, spesifik dan berfungsi.
- Kerajaan negeri Sarawak seharusnya lebih komited , drastik dan proaktif terhadap isu tanah, pendidikan, pekerjaan, dokumen, kesihatan dan hak lain yang termaktub dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR).
Tahun 2008,laman web NGO, Bruno Manser Foundation, menyiarkan artikel yang mendakwa wanita muda dan pelajar perempuan kaum Penan dirogol oleh pekerja balak di pedalaman Baram. Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan menafikannya kerana siasatan polis tidak menemui sebarang bukti sahih.Dr Ng Yen Yen akan mengumumkan siasatan .Pada 25 Jun 2009, Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraidah Kamaruddin menggesa kebenaran laporan itu dihebahkan segera.[2] Pada 7 Julai 2010, ahli parlimen Klang, Charles Santiago mendesak erajaan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat dakwaan gadis Penan di Baram terus dirogol oleh pembalak.,[3]