Daerah Alor Gajah

daerah di Melaka, Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Daerah Alor Gajahmap
Remove ads

Daerah Alor Gajah merupakan salah satu daerah di Melaka, Malaysia, 24 kilometer dari Bandaraya Melaka dan juga merupakan salah satu pintu masuk utama ke negeri Melaka melalui Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS). Ibu daerah Alor Gajah berpusat di Bandar Alor Gajah. Keluasan daerah Alor Gajah adalah seluas 674 kilometer persegi yang merangkumi 31 buah mukim.[6]

Fakta Segera Transkripsi lain, • Jawi ...
Remove ads
Thumb
Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah
Remove ads

Sejarah

Nama Alor Gajah berpunca daripada tabiat sekumpulan gajah liar yang kononnya diketuai oleh seekor gajah putih. Gajah berkenaan dilihat sangat gemar berjalan secara berkumpulan menurut alur sebatang sungai yang terdapat di bandar ini. Atas keadaan itu penduduk tempatan menamakan bandar ini sebagai Alor Gajah.

Alor Gajah pada mulanya didiami oleh orang Minangkabau pada kurun ke-12. Apabila berlaku penghijrahan beramai-ramai penduduk Minangkabau di Tampin pada masa pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka maka wujudlah pemerintahan Melayu di Bandar Alor Gajah.

Semasa zaman penjajahan British di Tanah Melayu seorang pegawai British telah ditempatkan di Alor Gajah bagi mengutip hasil. Sesuai dengan peranan dan tanggungjawab tersebut, Pejabat Daerah telah ditubuhkan agar perlaksanaan tugas dapat dijalankan dengan sempurna. Alor Gajah juga terkenal dengan pahlawan Naning iaitu Dato' Dol Said yang menentang British di dalam Perang Naning pada tahun 1832 adalah dari sebuah kawasan hutan yang dipercayai menjadi laluan gajah-gajah liar.Selain itu, Alor Gajah juga pernah mempunyai landasan kereta api dari Pulau Sebang terus ke Bandaraya Melaka (melalui Alor Gajah) tetapi telah ditutup semasa pendudukan Jepun 1942. Stesen Kereta Api Pulau Sebang yang dibuka pada tahun 1905 masih lagi beroperasi pada masa kini yang lebih dikenali dengan nama stesen Kereta Api Tampin/Pulau Sebang.

Remove ads

Pentadbiran

Daerah Alor Gajah ditadbir dua pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Perbandaran Alor Gajah di utara dan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya di tenggara. Pusat pentadbiran daerah ini terletak di Alor Gajah dan terbahagi kepada 31 mukim. Terdapat tiga buah bandar dan empat buah pekan di dalam daerah ini.[7]

Maklumat lanjut Bil, Mukim ...

Bandar dan pekan

Remove ads

Geografi

Daerah Alor Gajah terletak di barat laut negeri Melaka bersempadan dengan daerah Tampin dan Port Dickson, Negeri Sembilan di utara, Jasin di timur, Melaka Tengah di selatan dan Selat Melaka di barat. Daerah ini juga mempunyai sebuah eksklaf di persisiran Port Dickson iaitu Tanjung Tuan.

Iklim

Iklim di daerah ini ialah iklim khatulistiwa (Af).[8] Purata suhu ialah 27.22 °C (81.0 °F). Bulan Mei merupakan bulan yang paling panas di kawasan ini dengan suhu mencecah 27.9 °C (82.2 °F). Bulan Disember dikategorikan sebagai bulan paling sejuk dengan suhu 26.5 °C (79.7 °F).[8] Purata kerpasan di Alor Gajah adalah 2050.6 milimeter pertahun. Bulan November merupakan bulan paling tinggi kerpasan dengan 229.9 milimeter manakala bulan yang paling rendah pula Februari dengan 89.3 milimeter.[8]

Maklumat lanjut Data iklim untuk Alor Gajah (1990-2019), Bulan ...

Demografi

Maklumat lanjut Tahun, Pend. ...
Maklumat lanjut Pecahan etnik di Alor Gajah - Bancian 2020 ...

Berdasarkan bancian Malaysia 2020 jumlah penduduk di Daerah Alor Gajah ialah seramai 249,356 orang dengan kepadatan penduduk 370 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk padat. Majoriti penduduk di daerah ini merupakan Bumiputera, membentuk lebih 79 peratus penduduk. Kaum kedua terbesar merupakan kaum Cina diikuti India. Sebanyak tujuh peratus penduduk merupakan bukan warganegara.[9]

Nisbah penduduk lelaki kepada penduduk wanita ialah 107:100. Terdapat 71,937 tempat kediaman dengan sebanyak 67,558 isi rumah. Purata saiz isi rumah pula dicatatkan seramai empat orang dalam sebuah rumah. Lebih 185 ribu penduduk dalam kalangan umur bekerja, 48 ribu dalam golongan muda dan selebihnya 15 ribu orang merupakan warga tua.

Maklumat lanjut Kewarganegaraan, Kaum ...

Agama

Maklumat lanjut Agama di Alor Gajah - Bancian 2020 ...

Majoriti penduduk di daerah Alor Gajah beragama Islam yang terdiri daripada penduduk berbangsa Melayu dan beberapa etnik lain. Agama kedua terbesar merupakan agama Buddha yang kebanyakannya dianuti penduduk berbangsa Cina. Agama ketiga terbesar merupakan agama Hindu yang majoritinya terdiri daripada penduduk berbangsa India. Penduduk berbangsa bumiputera lain dan etnik yang lain terdiri daripada mereka yang menganut Kristian dan beberapa agama lain serta tidak beragama.[9]

Maklumat lanjut Agama, Jumlah ...
Remove ads

Pengangkutan

Thumb
Terminal Bas AG Sentral
Thumb
Persimpangan Simpang Ampat di Lebuhraya PLUS menuju ke selatan

Daerah Alor Gajah boleh dihubungi dari Bandaraya Melaka melalui Lebuh AMJ LP 19, dari Tampin melalui Jalan Alor Gajah-Tampin LP 61 dan dari Masjid Tanah melalui Jalan Alor Gajah-Masjid Tanah LP 139. Dari Lebuhraya Utara-Selatan Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Selatan AH2 melalui susur keluar Simpang Ampat EXIT 227. Plaza Tol Simpang Ampat kira-kira 5 kilometer dari Bandar Alor Gajah. Alor Gajah merupakan satu-satunya keistimewaan bagi negeri Melaka kerana mempunyai stesen kereta api. Stesen keretapi Pulau Sebang/Tampin terletak kira-kira dua kilometer arah ke Tampin. Dua lagi perhentian KTMB daerah Alor Gajah terletak di Kampung Keru dan Tebong. Walau bagaimanapun perkhidmatan kereta api antara bandar tidak berhenti di stesen ini. Namun demikian kerja-kerja menaik taraf juga dilakukan disebabkan laluan landasan berkembar elektrik turut melalui stesen ini.

Remove ads

Lihat juga

Rujukan

Loading content...

Pautan luar

Loading content...
Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads