Keningau
Bandar di Sabah From Wikipedia, the free encyclopedia
Keningau adalah sebuah bandar yang terletak di kawasan pedalaman Sabah, Malaysia dan terbesar di Bahagian Pedalaman atas.[1] Keningau kini merupakan bandar kelima terbesar selepas Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau dan Lahad Datu.[1]
Keningau كنيڠاءو | |
---|---|
Bandar dan Daerah | |
Etimologi: Pokok kayu manis | |
Koordinat: 5°20′00″N 116°10′00″E | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Sabah |
Bahagian | Bahagian Pedalaman |
Perbandaran | 1 Januari 2022 |
Daerah | Keningau |
Pentadbiran | |
• Badan | Majlis Perbandaran Keningau |
• Pegawai Daerah Keningau | Peter Jonu Moinjil |
• MP | Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Gapari Kitingan (GRS-STAR) (Keningau) |
Penduduk (2010) | |
• Jumlah | 173,130 |
Populasi keseluruhan bahagian daerah Keningau. | |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
• Musim panas (DST) | Not observed |
Poskod | 89xxx0 to 89xxx9 |
Kod kawasan | 087 |
Nombor plat | SU |
Kawasan Kejiranan | Bingkor Tambunan Tenom Kimanis Sook |
Tamu Mingguan | Khamis, Ahad |
Laman sesawang | www.sabah.gov.my/md.kgu www.sabah.gov.my/pd.kgu |
Bandar ini terletak di latitude dan longitud pada 5 20'0 U - 116 10'0 T. Keningau bersempadan[2] dengan Daerah Ranau dan Tambunan di sebelah Utara, Nabawan dan Tenom di sebelah Selatan, Tongod di sebelah Timur dan Papar di sebelah Barat sabah. Keningau kini dibawah pentadbiran Majlis Daerah Keningau(Pentadbiran lama) dimana ia mempunyai pekan-pekan kecil yang berada di sekitar bandar seperti Apin-Apin, Bingkor, Sook, Nabawan dan Tambunan.
Bandar Keningau boleh dihubungi menggunakan jalan darat dari Kota Kinabalu melalui jalan Tambunan atau melalui jalanKimanis di mana masing-masing mempunyai jarak sekitar 128 kilometer yang mengambil masa kira-kira 2.5 jam perjalanan, ke Sandakan melalui Lebuhraya Keningau-Sandakan dan ke Tawau melalui Lebuhraya Keningau-Tawau dengan menaiki sama ada perkhidmatan teksi, bas mini mahupun bas express. Selain pengangkutan darat, terdapat juga perkhidmatan pengangkutan udara di Bandar Keningau. Bagaimanapun Lapangan Terbang Keningau hanya sesuai untuk kegunaan kapal terbang jenis foker sahaja.
Batu Sumpah Keningau yang merupakan ringkasan intipati Perjanjian 20 Perkara Sabah antara Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Malaysia berdiri disini. Keningau merupakan salah satu pusat kebudayaan KDM karena 90% adalah suku Kadazan-Dusun , Murut , Lundayeh di Keningau.
Majlis Perbandaran Keningau
Berikut merupakan fakta-fakta yang boleh diungkapkan dengan kewujudan Bandar Keningau dan serba sedikit mengetahui tarikh-tarikh Keningau ditubuhkan.
- 2002 - Keningau diisytiharkan sebagai Bandar tetapi ramai penduduk masih menganggap Keningau sebagai pekan atau daerah. Manakala pentadbiran mengikut format lama iaitu Majlis Daerah Keningau (MDK) walaupun telah dikenali sebagai bandar
- 2006 - Lebuhraya Kimanis-Keningau dibuka kepada semua pengguna dan lebuh raya ini mempunyai jarak yang singkat ke Kota Kinabalu berbanding Laluan Persekutuan Malaysia 500
- 2010 - Menaik taraf jalan raya sepanjang 7.4 km yang di kenali sebagai Laluan Persekutuan Malaysia 500 dari Hospital Keningau hingga ke Jalan Tenom (melintasi bulatan ke Papar).
- Julai 2010 - Keningau Mall dibuka secara rasmi dan ia adalah pusat beli belah yang pertama di Keningau
- 2011 - Menaik taraf Stadium dan Kompleks Sukan Keningau menjelang Sukan Sabah (SAGA)
- 2012 - Kerja-kerja membina dan menaik taraf Lebuhraya Tawau-Keningau dengan bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Tawau (MPT)
- Januari 2013 - Panggung wayang kecil telah dibuka di Keningau Mall, panggung wayang kecil itu adalah panggung wayang kedua di Keningau,setelah panggung wayang lama yang berhampiran pejabat pos ditutup.
- 2013 - Pembinaan taman-taman perumahan di sekitar bandar Keningau
- Julai 2014 - Keningau direkodkan sebagai bandar pertama yang mengalami kesesakan lalu lintas yang agak serius berbanding dengan Kota Kinabalu menjelang Hari Raya Puasa.
- 21-23 Disember 2015 - Keningau sekali lagi direkodkan sebagai bandar ketiga yang mengalami kesesakan lalu lintas yang agak serius selama 3 hari berturut-turut menjelang perayaan Hari Natal 2015.
- 31 Disember 2015 - Keningau juga mengalami kesesakan lalu lintas menjelang Tahun Baru 2016.
- 1 Januari 2016 - Setelah mengalami kesesakan lalu lintas yang serius, sesetengah masyarakat Keningau membuat laporan kepada Majlis Daerah Keningau (MDK) agar menaik taraf jalan di sekitar Bandar Keningau agar dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas pada masa akan datang
- Disember 2017 - Keningau dipilih sebagai tuan rumah buat kali kedua bagi Sukan Sabah (SAGA) kali ke-9 setelah memenangi Sukan Sabah (SAGA) kali ke-8 yang diadakan di Sandakan.
- 1 Januari 2022 - Majlis Daerah Keningau Dinaik Taraf Kepada Ke Majlis Perbandaran Keningau.
Sejarah
Berdasarkan kepada sejarah silam, terdapat sebuah kawasan perkampungan yang banyak ditumbuhi dengan kayu manis iaitu sejenis rempah untuk memasak. Dalam bahasa masyarakat tempatan di kawasan tersebut, mereka memanggilnya sebagai kayu kondingau.[3] Ketibaan orang Inggeris di kawasan tersebut menjadikan kulit kayu keningau menjadi salah satu bahan eksport mereka. Secara tidak langsung kawasan pedalaman menjadi pengeluar kulit kayu Keningau yang penting pada ketika itu. Akhirnya, kawasan tersebut dipanggil keningau dan daripada sebuah perkampungan seterusnya membangun menjadi sebuah bandar yang tidak ketinggalan dengan kemajuan dan menjadi pusat pentadbiran di kawasan pedalaman Sabah.
Zaman Kesultanan Brunei
Walaupun Sabah dikuasai oleh Kesultanan Brunei sebelum abad ke-6 lagi, namun pengaruh kesultanan itu tidak dirasai oleh kaum pribumi yang tinggal di daerah Keningau.[perlu rujukan]
Zaman pemerintahan British
Tahun 1888 adalah tahun keramat Sabah menjadi negeri naungan British yang mana telah menjalani sistem pemerintahan secara hierarki. Kampung Nuntunan yang terletak di Apin-Apin merupakan dahulunya sebuah pusat pentadbiran British bagi mentadbir kawasan tersebut termasuklah mengawal ekonomi eksport kayu manis yang banyak tumbuh di kawasan ini. Berikut adalah nama Residen yang mentadbir Keningau semasa zaman pemerintahan British:
Nama Residen | Tahun mentadbir |
---|---|
W.S Holley | 1960-1961 |
Roderick Maclean | 1961-1963 |
E.J.K Wickstead | 1964 |
J.P.C Burbrock | 1964-1965 |
Peter L. Regis | 1965-1967 |
Albert Watson | 1967-1968 |
Stephen D. Lee | 1968-1971 |
Alber Watson | 1071-1973 |
Hj. Abdul Halim Abbie | 1974-1976 |
Hendry Mosiun | 1976-1977 |
Thien Thau kiew | 1977-1979 |
Sistem ini dihapuskan pada tahun 1979.
Zaman pemerintahan Jepun
Kebangkitan Jepun sebagai satu kuasa yang kuat pada masa itu dengan slogan "Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya" dan "Asia Untuk Asia" telah mara ke Sabah bermula dari Labuan pada 1 Januari 1942 hingga menawan Sabah tanpa ada tentangan dari pihak British, ini disebabkan Gabenor British di Sandakan tidak sempat mengirimkan bantuan disebabkan sekatan terhadap jalan darat dan laut. Jepun berminat untuk membuat Rancangan membuka pusat migrasi ke Keningau Diarkibkan 2013-12-03 di Wayback Machine tetapi rancangan itu hanya tinggal rancangan kerana ianya tidak mendapat kelulusan dari pihak British di keningau. Kekalahan pihak British di sabah amnya dan di Keningau khususnya menyebabkan tentera Jepun telah mengambil alih sistem pemerintahan di Kg Nuntunan Apin-apin. Zaman inilah kerahan tenaga dilakukan oleh tentera jepun kepada penduduk keningau bagi melaksanakan jalan raya Apin-Apin yang terlurus dan terpanjang di Sabah. Sabah di kuasai semula oleh British setelah berjaya mengusir tentera Jepun. Kehidupan di bawah kuasa tentera Jepun tidak membawa apa-apa kemajuan dan pembangunan.
Demografi
Berdasarkan laporan kiraan banci 2021 dari Jabatan Perangkaan Negara menunjukkan bahawa jumah penduduk di Daerah Keningau adalah seramai 355,555 orang seperti berikut:
Ekonomi
Ekonomi yang diusahakan di keningau bergantung kepada bidang pertanian, perladangan, perusahaan kecil-kecilan, dan pelancongan yang membawa kepada serba sedikit kemajuan dan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.
Pertanian
Majoriti penduduk di Keningau melaksanakan aktiviti pertanian khususnya masyarakat kaum Kadazandusun. Mereka mengusahakan tanah yang diwariskan secara turun temurun dengan penanaman padi, sayur-sayuran untuk dipasarkan di tamu Keningau yang beroperasi dua kali seminggu iaitu tamu hari Khamis dan Ahad. Juga dijaja ke pasar malam Keningau yang beroperasi pada waktu malam setiap hari. Keningau akan dijangka menjadi antara daerah pengeluar padi terbesar di Sabah dengan adanya program yang dijalankan di Kampung Ambual yang disasarkan akan mengeluarkan 10 metrik tan sehektar melalui program penanaman padi berkelompok. Keningau juga adalah pusat penanaman halia secara individu [tradisi].
Perladangan dan penternakan
Dengan sedikit bantuan kerajaan bagi mengusahakan tanah maka ramai penduduk tempatan di Keningau mengusahakan penanaman komoditi seperti kelapa sawit dan getah. Penternakan juga giat dijalankan dengan ternakan kambing, lembu, ayam dan itik. Kelulusan penternakan feedlot di Daerah Kecil Sook bukti bahawa bidang penternakan mendapat sambutan yang amat menggalakkan dikalangan penduduk tempatan.
Perusahaan
Selain daripada itu, perusahaan IKS di Keningau juga semakin berkembang dengan ramai melibatkan diri khususnya para wanita. Dengan pembinaan Komples Kraftangan Keningau membolehkan perusahaan kraftangan dapat dikembangkan hingga ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa dengan bantuan kerajaan dari segi kewangan dan khidmat kaunseling.
Pelancongan
Walaupun bidang pelancongan bukanlah penyumbang kepada ekonomi penduduk di Keningau namun ianya satu bidang yang banyak diusahakan oleh penduduk sekitar. Ini dapat dibuktikan bahawa pembinaan homestay di Kampung Bayangan.
Kampung Bayangan terletak tujuh kilometer dari pekan Keningau dan mempunyai 1,423 penduduk pelbagai suku kaum dan majoritinya terdiri daripada suku kaum Dusun yang 100 peratus beragama Islam. Kampung ini pada mulanya merupakan dua buah kampung iaitu Kampung Bayangan dan Kampung Purakagis tetapi digabungkan di bawah program GDW. Mengikut sejarah, Kampung Bayangan mendapat nama dari sebatang anak sungai yang jernih mengalir ke kampung tersebut. Kejernihan itu sehingga menimbulkan 'sangai' dalam bahasa Dusun yang bermaksud bayang-bayang disingkatkan menjadi 'Bayangan'. Sebilangan besar masyarakat kampung ini bekerja dangan sektor awam dan swasta dan hanya sebahagian kecil masyarakatnya menjadi usahawan (berniaga, bertani dan menternak)
Keseluruhan kampung menikmati kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan letrik, air dan telefon. Disamping itu terdapat sebuah Sekolah Agama Islam Sabah (SUIS), Tadika KEMAS dan Perpaduan, Medan Info Desa, Dewan Serbaguna, Masjid dan Balai Polis dan lain-lain. Manakala keperluan masyarakat yang lain ialah Balai Masyarakat (Bilik Muafakat), Bangunan Kesejahteraan Masyarakat (Masakan), Pusat Komuniti Rukun Tetangga, Anjung Sri Bayangan (Peranginan) Balai Latihan Kraftangan. Beberapa rumah kediaman di kampung ini juga telah diiktiraf sebagai Inap Desa (Homestay) selain dari itu beberapa kemudahan penginapan pengunjung berupa ‘celet’ dan gerai makanan.
Sebelum ini pada tahun 1986, kampung bayangan mula melakar nama apabila muncul sebagai johan Pertandingan Kebersihan Kampung Peringkat Daerah Keningau dan negeri Sabah. Pada 1998, sekali lagi kampung bayangan menyandang gelaran johan Pertandingan Kebersihan, Keindahan dan Kemajuan Kampung (P3K) peringkat daerah dan negeri. Pada 1999, kampung tersebut dipilih pula sebagai johan kategori Pendidikan dan Latihan Kemahiran dan tahun 2000, sekali lagi johan pertandingan P3K peringkat negeri dan kebangsaan. Selain mengikuti pertandingan GDW, kampung bayangan juga berjaya muncul sebagai masjid terbaik peringkat negeri pada tahun 1990 anjuran Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dan johan pameran Kumpulan Pendengar, Penonton dan Pembaca (K3P) peringkat negeri. Sehingga hari ini Kg. Bayangan adalah sebuah kampung yang mewakili Negeri Sabah dan Sarawak yang telah menerima anugerah tertinggi “Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Kebangsaan Tahun 2004” dimana Y.A. Bhg. Tun Hj. Abdullah Hj. Ahmad Badawi (Perdana Menteri Malaysia) sendiri hadir dalam satu majlis penganugerahan rasmi pada 12 Disember, 2004 satu-satunya tarikh keramat bagi kampung ini. Pada tahun 2008 sekali lagi kampung ini menempah nama dan mengharumkan nama Sabah dengan “Anugerah Khas Desa Gemilang Kebangsaan”. Yang juga disempurnakan oleh Y.A. Bhg. Tun Hj. Abdullah Hj. Ahmad Badawi (Perdana Menteri Malaysia) ketika itu di Kg. Paya Rumput, Sungai Udang Melaka. Disamping itu beberapa lagi anugerah, kejayaan dan kepercayaan lain diperingkat kebangsaan, negeri dan daerah telah dicapai. Kg. Bayangan akan terus melonjak menuju destinasi mengikut arus global. Menerima anugerah bukan suatu yang pertama kali diterima oleh GDW Kampung Bayangan tetapi ia merupakan yang paling tinggi setakat ini.
Perkhidmatan Penjualan Kereta
Penjualan kereta di Keningau semakin banyak, Misalnya Proton, Perodua, Nissan, Toyota, Ford, Isuzu, Mitsubishi dan Honda. Plat lesen kenderaan di Keningau bermula dengan huruf EU sebelum tahun 1980-an.Plat lesen kenderaan di Keningau selepas 1980-an dan digunakan seperti yang berikut:
Tahun | Awalan dan Akhiran Nombor Plat Kenderaan |
---|---|
1980 - 2000 | SU #### |
2001 - June 2008 | SU #### A |
Jun 2008 - Januari 2013 | SU #### B |
Februari 2013 - November 2016 | SU #### C |
November 2016 - April 2018 | SU #### D |
April 2018 - 14 Oktober 2019 | SU #### E |
15 Oktober 2019 - 30 November 2020 | SU #### F |
01 Disember 2020 - 08 Disember 2021 | SU #### G |
09 Disember 2021 - 15 Ogos 2022 | SU #### H |
16 Ogos 2022 - 01 Jun 2023 | SU #### J |
02 Jun 2023 - kini | SU #### K |
SU #### L | |
SU #### M | |
SU #### N | |
SU #### P | |
SU #### Q | |
SU #### R | |
SU #### S | |
SU #### T | |
SU #### U | |
Lebuhraya Atau Jalan Persekutuan
Jalan
Keningau mempunyai laluan persekutuan dan lebuh raya seperti:
- Kota Kinabalu-Papar-Kimanis-Keningau (Lebuhraya Kimanis-Keningau)
- Kota Kinabalu-Tambunan-Keningau-Tenom) (Laluan Persekutuan Malaysia 500)
- Ranau-Tambunan-Keningau-Tenom-Kemabong (Interior North-South Highway)
- Keningau-Sook-Nabawan-Kalabakan-Tawau (Interior West-East Highway)
- Keningau-Sook-Tulid-Telupid-Sandakan (Lebuhraya Keningau-Sandakan)
Kenderaan Awam
Bas ekspres menyediakan khidmat perjalanan jarak jauh yang menghubungkan Keningau dengan pusat bandaraya seperti di Kota Kinabalu, Sandakan, Lahad Datu dan Tawau. Di dalam bandar, pengangkutan awam disediakan dalam bas mini dan teksi.
Udara
Keningau Airport (Malay : Lapangan Terbang Keningau) (IATA: KGU, ICAO: WBKG) adalah yang terakhir diservis oleh penerbangan komersial pada tahun 1970-an. Ia kini berada di bawah pemilikan swasta.
Radio
Keningau juga mempunyai stesen radio mereka sendiri, Keningau FM, (kekerapan 94.7 MHz atau 98.4 MHz) yang dipaparkan dalam bahasa Melayu, Murut dan KadazanDusun atau bahasa Dusun. Keningau juga boleh menyambung stesen radio lain seperti Ai FM, TraXX FM, Nasional FM, Sabah FM & Sabah V FM, Radio Online Kekitaan FM iaitu radio katolik pertama di Malaysia. Sesetengah tempat di Keningau juga boleh menyambungkan Astro Radio, Hitz FM.
Perkhidmatan awam
Pengadilan undang-undang dan penguatkuasaan undang-undang
Mahkamah Keningau terletak di Jalan Nyamok. Ia menempatkan Mahkamah Tinggi, Mahkamah Sesyen dan Majistret. Ibu pejabat polis terletak di Jalan OKK Sodomon. Terdapat pencabangan polis atau pondok polis di Apin-Apin, Bingkor dan Sook.
Kesihatan
Terdapat 8 klinik kesihatan, sebuah hospital awam, sebuah klinik kesihatan ibu dan anak, 4 klinik desa, sebuah klinik mudah alih dan satu Klinik 1Malaysia yang terletak di UTC Keningau. Hospital Keningau baru adalah hospital utama di Bahagian Pedalaman, dan dikunjungi oleh pesakit dari daerah sekitar Nabawan, Sook, Tambunan dan Tenom.
Perpustakaan
Perpustakaan Wilayah Keningau adalah salah satu daripada tiga perpustakaan serantau di Sabah, yang lain berada di Sandakan dan Tawau. Perpustakaan-perpustakaan ini dikendalikan oleh Perpustakaan Negeri Sabah.
Sukan
Kompleks Sukan Keningau mempunyai kemudahan untuk badminton, tenis, bola tampar dan bola keranjang serta dua stadium untuk hoki dan bola sepak. Terdapat juga kolam renang 25m. Ia menganjurkan Sukan Sabah ke-5 (SAGA) pada 2011 & Sukan Sabah ke-9 (SAGA) pada 2019.
Stadium Bola Sepak Keningau mempunyai kapasiti sebanyak 10,000 kapasiti. Ia adalah stadium rumah untuk KDMM FC
Pusat Membeli Belah
Walaupun tidak segah tempat-tempat lain namun di bandar Keningau mempunyai pusat membeli belah untuk keperluan dapur dan barangan lain, dan ianya cukup untuk memenuhi keperluan harian penduduk. Bagaimanapun dengan pembinaan taman-taman perumahan baru sekitar bandar Keningau kini pasti menyumbang kepada pertambahan populasi penduduk dalam masa terdekat dengan itu pembukaan pusat beli belah baru sangat digalakkan. Antara adalah pusat memebeli belah di Keningau.
- Milimewa (Jalan Masak)
- Milimewa (Jalan OKK Sodomon)
- Hiap Lee Supermarket
- Mee Woo Superstore
- Ninso Keningau
- Uplus Keningau
- Servay Jaya Hypermarket
- Rakyat Superstore
- Keningau Mall (G*Mart)
- Bataras Hypermarket
- CKS Keningau
- Aeon Mall Keningau Shopping Centre (Akan datang)
Sosial
Bahasa
Bahasa Melayu meluas di gunakan di bandar ini yakni mengunakan loghat Melayu Sabah yang dipengaruhi oleh dialek bahasa tempatan. Persamaan bahasa yang dituturkan di Keningau ialah Tambunan, Ranau dan Kundasang yang mana mempunyai perbezaan sedikit dengan bahasa Melayu yang dituturkan di Semenanjung Malaysia. Selain itu, Bahasa Inggeris dan juga dialek-dialek suku kaum seperti Kadazandusun, Murut, Bajau dan Cina meluas digunakan di daerah tersebut. Sedikit loghat bahasa Melayu yang digunakan di Keningau seperti berikut:
Bahasa Melayu Baku | Loghat Bahasa Melayu |
---|---|
Limpas | tumpang lalu |
ngam | sesuai, sepadan |
bangas | basi |
bangali | merujuk kepada keturunan Pakistan |
batagar | berkarat |
bikin | buat |
palui | bodoh |
pantat | punggung |
sandi | teruk |
siring | tepi |
Bahasa ini juga digunakan di daerah-daerah lain yang majoriti didiami oleh Kadazandusun seperti di Pantai Barat Sabah. Ini dibuktikan dengan pelancaran siaran Radio Keningau FM menggunakan Melayu Sabah, namun telah diperhalusi agar pendengar-pendengar dari luar boleh memahami mesej yang disampaikan yang telah beroperasi dari 7 Februari 2009 lalu.
Budaya
Budaya bagi masyarakat Keningau dipengaruhi oleh penduduk kaum Kadazandusun dan Murut kerana dua kaum ini adalah majoriti di daerah ini. Walau bagaimanapun, setiap kaum di keningau mengekalkan budaya bangsa mereka dari segi perkahwinan, pakaian dan sebagainya.
Pendidikan
Seperti daerah-daerah lain di Sabah, Keningau juga mempunyai pusat pendidikan dari tadika hinggalah maktab. Ini memudahkan murid mendapat pelajaran dengan mudah. Dari segi pentadbiran pendidikan, Berikut adalah nama sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi di daerah ini termasuk sekolah-sekolah di Daerah Kecil Sook.
Senarai Sekolah Rendah
- Sekolah Kebangsaan Ambual
- Sekolah Kebangsaan St.James
- Sekolah Kebangsaan Apin-Apin
- Sekolah Kebangsaan Banjar
- Sekolah Kebangsaan Batu Lunguyan
- Sekolah Kebangsaan Rancangan Biah
- Sekolah Kebangsaan Binaong
- Sekolah Kebangsaan Bingkor
- Sekolah Kebangsaan Bonor
- Sekolah Kebangsaan Bulu Silou
- Sekolah Kebangsaan Bundu Apin-Apin
- Sekolah Kebangsaan Bunsit
- Sekolah Kebangsaan Kawakaan
- Sekolah Kebangsaan Dalit
- Sekolah Kebangsaan Delayan Tulid
- Sekolah Kebangsaan Kabatang Baru
- Sekolah Kebangsaan Kalampun
- Sekolah Kebangsaan Kampong Baru
- Sekolah Kebangsaan Kampong Biah
- Sekolah Kebangsaan Kampong Keningau
- Sekolah Kebangsaan Karamatoi
- Sekolah Kebangsaan Jaya Baru
- Sekolah Kebangsaan Pekan Keningau
- Sekolah Kebangsaan Inandung
- Sekolah Kebangsaan Bariawa Ulu
- Sekolah Kebangsaan Kapayan Baru
- Sekolah Kebangsaan Lanas
- Sekolah Kebangsaan Liau Apin-Apin
- Sekolah Kebangsaan Luagan
- Sekolah Kebangsaan Magatang
- Sekolah Kebangsaan Mansiat
- Sekolah Kebangsaan Membulu
- Sekolah Kebangsaan Menawo
- Sekolah Kebangsaan Merampong
- Sekolah Kebangsaan Mamagun
- Sekolah Kebangsaan Pasir Putih
- Sekolah Kebangsaan Pohon Batu
- Sekolah Kebangsaan Kuala Kahaba
- Sekolah Kebangsaan Senagang
- Sekolah Kebangsaan Sinaron Tengah
- Sekolah Kebangsaan Sodomon
- Sekolah Kebangsaan Sook
- Sekolah Kebangsaan Membulu
- Sekolah Kebangsaan Tuarid Taud
- Sekolah Kebangsaan Tulid
- Sekolah Kebangsaan Ulu Liawan
- Sekolah Kebangsaan Ansip
- Sekolah Kebangsaan Malima
- Sekolah Kebangsaan Penagatan
- Sekolah Kebangsaan Sinua
- Sekolah Kebangsaan Meninipir
- Sekolah Kebangsaan Malaing
- Sekolah Kebangsaan Bunga Raya
- Sekolah Kebangsaan Sinulihan Baru
- Sekolah Kebangsaan Simbuan Tulid
- Sekolah Kebangsaan Ulu Senagang
- Sekolah Kebangsaan Gaulan
- Sekolah Kebangsaan Petikang Laut Keningau
- Sekolah Kebangsaan Binuwou Tengah
- Sekolah Kebangsaan Rancangan Belia Tuilon
- Sekolah Kebangsaan Binakaan
- Sekolah Kebangsaan Bunang Sook
- Sekolah Kebangsaan Lintuhun Baru
- Sekolah Kebangsaan Nangkawangan
- Sekolah Kebangsaan Nandagan
- Sekolah Kebangsaan Binanon
- Sekolah Kebangsaan Pangas
- Sekolah Menengah Kebangsaan Keningau II
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yuk Yin
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yuk Kong
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Cheng Ming
Terdapat beberapa sekolah di atas terletak atau berlokasi dalam daerah Nabawan tetapi pusat pentadbiran pendidikan berpusat di Keningau disebabkan faktor jarak yang lebih dekat berurusan dalam daerah Keningau.
Senarai sekolah menengah
- Kolej Vokasional Keningau
- Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Ken Hwa
- Sekolah Menengah Kebangsaan Apin-Apin
- Sekolah Menengah Kebangsaan Bingkor
- Sekolah Menengah Kebangsaan Gunsanad
- Sekolah Menengah Kebangsaan Gunsanad II
- Sekolah Menengah Kebangsaan Keningau
- Sekolah Menengah Kebangsaan Keningau II
- Sekolah Menengah Kebangsaan Sook
- Sekolah Menengah Kebangsaan St. Francis Xavier
- Sekolah Menengah Kebangsaan Tulid
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Keningau
Senarai pengajian tinggi
- Institut Perguruan Keningau [IPG]
- Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah [IPDAS]
- Giat MARA KENINGAU
- Kolej Geomatika Cawangan Keningau
- Open University Malaysia (Keningau Learning Centre)
Senarai Perpustakaan Awam:
A. Perpustakaan Desa
- Perpustakaan Desa Kg Tulid, Sook, Keningau
- Perpustakaan Desa Kg Nambayan, Tambunan
- Perpustakaan Desa Kg Meninipir, Keningau
- Perpustakaan Desa Kg Beriawa Ulu, Keningau
- Perpustakaan Desa Kg Sinagang, Keningau
- Perpustakaan Desa Kg Kahaba, Keningau
- Perpustakaan Desa Kg Sunsuron, Tambunan
- Perpustakaan Desa Kg Pahu, Tambunan
- Perpustakaan Desa Pekan Apin-Apin, Keningau
- Perpustakaan Desa Kampung Kapayan Baru
- Perpustakaan Desa Kampung Sinulihan, Keningau
- Perpustakaan Desa Kampung Marasak, Keningau
- Perpustakaan Desa Kampung Mansiat, Sook, Keningau
- Perpustakaan Desa Kampung Panagatan Ulu, Keningau
B. Perpustakaan Cawangan
- Perpustakaan Awam Cawangan Tambunan
- Perpustakaan Wilayah Keningau, KM. 1, Jalan Sekolah Menengah Ken Hwa
Agama
Penduduk di daerah Keningau majoriti beragama Kristian yang dianuti oleh kaum Kadazandusun dan Murut serta sebilangan kaum Cina dan imigran Indonesia. Antara gereja yang terdapat di Keningau ialah Gereja Saint Francis Xavier, Gereja Anglican, gereja Seven Day Advent, Gereja Yesus Benar, dan gereja Pantacosta. Agama Islam juga bertapak di daerah ini yang dianuti oleh Kadazandusun dan Murut serta keturunan Melayu dari Indonesia dan Filipina. Juga terdapat penganut Buddha oleh kaum Cina.
Senarai gunung di Keningau
- Gunung Pisagan
- Gunung Paling-paling
- Gunung Sigapon
- Gunung Lingan
- Gunung Rinangisan
- Gunung Kauran
- Gunung Tinutudan
- Gunung Chanang
- Gunung Kulangah
- Gunung Matanoi
- Gunung Donguan
- Gunung Trig
- Gunung Selomitha
Senarai kampung di Keningau
- kampung durok baru
- Kampung Kepayan Baru
- Kampung Pantai Baru
- Kampung Ambual
- Kampung Dongiluang
- Kampung Bunga Raya
- Kampung Tonobon Baru
- Kampung Bayangan
- Kampung Baginda
- Kampung Toboh Laut
- Kampung Marapok
- Kampung Panui
- Kampung Marasak
- Kampung Sodomon
- Kampung Luanti
- Kampung Magatang
- Kampung Kosugui
- Kampung Penagatan
- Kampung Menawo
- Kampung Bomboy
- Kampung Limbawan
- Kampung Sigapon
- Kampung Kuala Punteh
- Kampung Kota Ayangan
- Kampung Linsudan
- Kampung Tohan Baru
- Kampung Nuntunan
- kampung Mararagang
- Kampung Labak Baru
- Kampung Awas-awas
- Kampung Lingawon
- Kampung Baru
- Kampung Bingkor Baru
- Kampung Bingkor Lama
- Kampung Binaong
- Kampung Liau Laut
- Kampung Liau Darat
- Kampung Tagai
- Kampung Kumawanan
- Kampung Bunsit
- Kampung Pasir Putih
- Kampung Tuntumulud
- Kampung Toboh Baru
- Kampung Merampong
- Kampung Pagansangan
- Kampung Mengitom
- Kampung Berungis
- Kampung Bariawa Ulu
- Kampung Togudon
- Kampung Kikiran Ulu
- Kampung Patikang Ulu
- Kampung Patikang Laut
- Kampung Muhibbah
- Kampung Massak
- Kampung Bulu Silou
- Kampung Bariawa Tengah
- Kampung Bariawa Laut
- kampung Jaya Baru
- Kampung Tanah Merah
- Kampung Padang Tembak
- Kampung Bandukan Baru
- Kampung Tetiku
- kampung Keningau
- kampung Tudan Baru
- kampung Taman Rakyat
- Kampung Pamalan
- Kampung Toboh Baru
- Kampung Dangulad
- Kampung Tuarid Tuad
- Kampung Lingkudau
- Kampung Limbawan
- Kampung Kedalakan
- Kampung Masjid
- Kampung Gaulan
- Kampung Singgah Mata
- Kampung Buang Sayang
- Kampung Sasaie
- Kampung Tuntumulud
- Kampung Bandukan Baru
- Kampung Bandukan Lama
- Kampung Minansut
- Kampung Antolob
- Kampung Biah
- Kampung Ranggom
- Kampung Gasabon
- Kampung Kirokot
- Kampung Lambanga
- kampung Sungoi
- Kampung Ansip
- Kampung Banjar
- Kampung samalang
- Kampung Tigot
- Kampung Mantatap, Sumbiling Baru
Penduduk Yang Terkenal
- Ekonomi
- Datuk Arthur Joseph Kurup JP - Ahli politik, peguam korporat, ahli ekonomi
- Datuk Richard Rayner Bainon - Usahawan, ahli perniagaan, perancang ekonomi, CEO
- Hiburan
- Daphne Iking - Keperibadian TV Malaysia (tempat kelahiran dan kampung halaman ibu, kampung halaman ayahnya yang terletak di Tambunan)
- Kumpulan Atmosfera
- Tracie Sinidol - pelakon dan model (tempat kelahiran terletak di Tambunan)
- Kejuruteraan dan Senibina
- Garukon Gurun - Jurubina Batu Sumpah Keningau
- Gounon Lolos - Jurubina landasan keretapi Sabah daripada Tanjung Aru ke Stesen Kereta Api Melalap
- Joseph Wilfred Lakai - Jurubina Hospital Keningau, ahli ekonomi, CEO
- Joe Primus Kayau - Jurutera awam perunding, hidrologis (menetap di daerah ini tetapi berasal dari Tambunan)
- Datuk Tham Nyip Shen - Jurutera elektrik dan elektronik, mantan menteri, ahli politik
- Datuk Yap Yun Fook - Jurutera perladangan, penternakan, CEO
- Politik
- Tun Ahmad Koroh - Yang di-Pertua Negeri Sabah
- Tun Adnan Robert - Yang di-Pertua Negeri Sabah
- Tan Sri Joseph Kurup - Ahli politik, peguam
- Tan Sri Musa Aman - Ahli politik (kampung halaman keluarganya sebelah ibu)
- Tan Sri Suffian Koroh - Ahli politik
- Datuk Lee Sen - Ahli politik
- Datuk Ayub Aman - Ahli politik
- Datuk Stephen Robert Evans - Ahli politik, pentadbir dan pengarang awam
- Datuk Dr. James Ongkili - Ahli politik, peguam, pensyarah, penulis (berhijrah serta menetap di daerah ini untuk bersekolah, kampung halaman asal masih di Tambunan)
- Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili - Ahli politik, penyelidik (berhijrah serta menetap di daerah ini untuk bersekolah, kampung halaman asal masih di Tambunan)
- Datuk Bernard Maraat - Ahli politik, mantan penerbit RTM
- Datuk Sairin Karno - Ahli politik, guru
- Martin Tommy - Ahli politik, peguam
- Datuk Flavia Matthew Ng - Ahli politik
- Datuk Ellron Alfred Angin - Ahli politik, Ahli sukan Malaysia
- Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin - Senator, Ahli dewan negara Malaysia
- Datuk Annuar Ayub - Ahli politik, ahli perniagaan
- Datuk Robert Tawik @ Nordin - Ahli politik
- Sukan
- Alto Linus - Bekas pemain bola sepak Sabah
- Maxius Musa - Pemain bola sepak Sabah
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand in your browser!
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.