Sook

From Wikipedia, the free encyclopedia

Sookmap

Daerah Sook adalah sebuah pekan serta daerah yang terletak di pedalaman sabah Ia berfungsi sebagai bandar pertanian dan kayu serta merupakan sebuah bandar transit bagi pemandu dari Keningau yang hendak menuju ke Tawau melalui jalan Keningau-Sook-Sapulut-Kalabakan-Tawau.

Fakta Segera Transkripsi lain, Negara ...
Sook
Transkripsi lain
Thumb
Pekan Sook
Thumb
Sook
Lokasi
Koordinat: 5°08′N 116°19′E
Negara Malaysia
Negeri Sabah
BahagianBahagian Pedalaman, Sabah
Pentadbiran
  BadanPejabat Daerah Kecil Sook
  Penolong Pegawai DaerahCaroline Benjamin Jiungan
  Ketua Masyarakat Tempatan (Ketua Daerah)Encik Susuru @ Simon Bin Antibak
  DUNYang Berhormat Datuk Ellron Alfred Angin (GBS-STAR) (Sook) Gabungan Bersatu Sabah
Keluasan
  Jumlah2,037.543 km2 (786.700 batu persegi)
Penduduk
 (2010)
  Jumlah37,815
 Anggaran populasi penduduk daerah kecil Sook.
Zon waktuMST
Kod kawasan087
Laman sesawangwww.sabah.gov.my/pdks/index.php
Tutup
Thumb
Bangunan Urusetia Daerah Kecil Sook, Merupakan Bangunan Pentadbiran Daerah Kecil Sook

Etimologi

Asal-usul daerah Sook

Di Daerah Sook terdapat sebatang sungai yang merentang di tengah-tengah pekan, dan mengalir hingga ke Kuala sungai Padas. Sungai ini dinamakan " Sungai Sook".[1] [2]

Menurut cerita zaman dahulu terdapat banyak buaya yang ganas dan tinggal di sungai Sook.[1] Masyarakat kampung yang tinggal di sekitar kawasan Daerah Sook ini langsung tidak boleh turun ke dalam sungai untuk mandi atau mengambil air minuman, kerana sesiapa juga yang turun ke sungai pasti akan menjadi mangsa keganasan buaya tadi.[1] Salah satu cara yang dilakukan untuk mendapatkan air ialah dengan cara mengaut atau sook air dari sungai tadi, dengan menggunakan gayong yang diperbuat daripada tempurung kelapa atau bambu dan diberi tangkai atau diikat dengan tali.[1]

" SOOK " adalah perkataan dalam bahasa murut yang membawa makna mengaut atau menggayong.[1] Kesimpulan cerita asal daerah ini mendapat panggilan " SOOK ", adalah daripada cara masyarakat kampung mendapatkan air dari sungai tadi.[1]

Pentadbiran

Mukim

Daerah Sook mempunyai 6 Mukim iaitu;[3]

  1. Mukim Lanas
  2. Mukim Tulid
  3. Mukim Sook
  4. Mukim Dalit
  5. Mukim Ansip
  6. Mukim Seberang

Geografi

Jarak pekan Sook ke bandar Kota Kinabalu adalah lebih kurang 167 kilometer manakala jarak pekan sook ke bandar Keningau adalah 41 kilometer.[4] kawasan Sook dan sekitarnya dengan ketinggian 1350 meter dari paras laut.[4]

Iklim

Iklim di Sabah adalah khatulistiwa, iaitu suhu yang agak seragam dalam lingkungan 23 hingga 28 darjah Celsius, kelembapan tinggi (80-85%) dan hujan yang banyak.[5] Pengaruh dominan pada iklim adalah monsun timur laut dari November hingga Mac dan monsun barat daya antara bulan Mei dan September.[5]

Ia telah menjadi trend yang banyak didokumenkan bahawa daerah-daerah dalam negeri Sabah menerima hujan yang lebih rendah berbanding dengan Wilayah Pantai Barat.[5] Laporan pada tahun 1976 memberikan hujan tahunan purata 2,500-4000 mm untuk kawasan barat Banjaran Crocker, sedangkan kawasan di timur julat ini mencatatkan hujan tahunan hanya antara 1,500 - 2000 mm.[5] Rekod hujan 29 tahun (1969-1998) untuk Keningau merangkumi Sook (dalam milimeter) diberikan.[5]

Sosio ekonomi

Kawasan Pertanian

  • Padi Sawah
  • Keladi (Goul)
  • Padi Bukit
  • Koko
  • Kopi
  • Buah-Buahan
  • Tanaman Kontan
  • Kelapa Sawit

Kawasan Perladangan

  • Ladang Kayu Kertas - SAFODA
  • Lembaga Industri Getah
  • Pusat Penyelidikan
  • Perhutanan - Jabatan Perhutanan

Kemudahan awam

  1. Sekolah: Sekolah rendah dan menengah.[6]
  2. Bekalan Air Minum: Bekalan air yang ada hanya disalurkan ke jabatan-jabatan, perumahan kerajaan, sekolah dan gerai-gerai disekitar Pekan Sook sahaja. Purata bekalan air sehari ialah 30,000 gelen atau 680,000 liter. Walaupun begitu dengan adanya penggunaan Sekolah SMK baru di kawasan pekan ianya bertambah melebihi dari pada jumlah tersebut.[6]
  3. Klinik: Klinik desa dan Klinik kesihatan[6]
  4. Pehubungan: Jalan raya, telefon dan Pemancar TV (Pemancar Relay daripada Gunung Kinabalu)[6]
  5. Pengangkutan
  6. Keselamatan: Masih bergantung kepada perkhidmatan Polis daripada daerah Keningau dan Nabawan. Perancangan untuk mewujudkan Balai Polis sedang dalam proses dan tapak telah disediakan.[6]
  7. Bekalan Letrik: Diselenggarakan sepenuhnya oleh SESB Sdn. Bhd. Keningau[6]

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.