Remove ads
daerah di Sabah, Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Keningau merupakan sebuah daerah di bahagian Pedalaman, Sabah, Malaysia. Daerah Keningau terletak di bahagian pedalaman atas di barat Sabah. Pusat pentadbiran daerah ini terletak di Keningau, dan beberapa pekan lain termasuklah Tulid, Sook, Liawan dan Bingkor.
Keningau | |
---|---|
Daerah Keningau | |
Koordinat: 5°20′00″N 116°10′00″E | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Sabah |
Bahagian | Pedalaman |
Pusat pentadbiran | Keningau |
Pentadbiran | |
• Pegawai daerah | Peter Jonu Moinjin |
Keluasan | |
• Jumlah | 3,533 km2 (1,364 batu persegi) |
Penduduk (2020)[1] | |
• Jumlah | 150,927 |
• Kepadatan | 43/km2 (110/batu persegi) |
Laman sesawang | pdkeningau |
Daerah Keningau telah ditubuhkan sejak tahun 1915 ketika di bawah pemerintahan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British. Keningau juga menjadi antara kawasan pemerintahan tentera Jepun di Sabah semasa zaman pendudukan Jepun.[2]
Daerah Keningau terletak di utara bahagian Pedalaman, barat negeri Sabah dan berkeluasan 3,533 kilometer persegi. Daerah Keningau bersempadan dengan daerah Tenom di barat, Papar di barat laut, Tambunan di utara, Ranau di timur laut, Tongod di timur dan Nabawan di selatan.
Daerah Keningau terletak di kawasan lembah antara banjaran Crocker dan banjaran Trusmadi. Bentuk muka bumi di Keningau kebanyakannya merupakan tanah tinggi berbukit dan diapit banjaran gunung terutamanya di bahagian utara daerah. Ketinggian maksimum mencapai lebih 2000 meter dari aras laut di bahagian timur laut daerah yang bersempadan dengan Tambunan dan Tongod.[3]
Daerah Keningau ditadbir satu pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Daerah Keningau. Daerah Keningau juga dibahagikan kepada sebuah daerah kecil dan 16 mukim yang dipecahkan mengikut kawasan DUN.
Tahun | Pend. | ±% |
---|---|---|
1991 | 88,456 | — |
2000 | 145,984 | +65.0% |
2010 | 173,103 | +18.6% |
2020 | 150,927 | −12.8% |
Sumber: [1] |
Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di daerah Keningau ialah seramai 150,927 orang dengan kepadatan penduduk 43 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk jarang. Majoriti penduduk di daerah Keningau beretnik Kadazan-Dusun, seramai 133,604 orang.[4][5]
Status | Bangsa/etnik | DUN | Jumlah | |||
---|---|---|---|---|---|---|
Bingkor | Liawan | Tulid | Sook | |||
Warganegara | Kadazan-Dusun | 26,088 | 22,985 | 14,398 | 10,982 | 74,453 |
Murut | 3,920 | 6,928 | 2,401 | 12,471 | 25,720 | |
Bumiputera lain | 2,425 | 7,562 | 1,106 | 1,741 | 12,834 | |
Cina | 1,199 | 5,454 | 185 | 498 | 7,336 | |
Bajau | 1,608 | 3,357 | 547 | 675 | 6,187 | |
Melayu | 1,191 | 3,008 | 224 | 447 | 4,870 | |
India | 24 | 103 | 6 | 14 | 147 | |
Lain-lain | 278 | 771 | 40 | 168 | 1,257 | |
Bukan warganegara | - | 1,566 | 9,408 | 1,008 | 6,315 | 18,297 |
Jumlah | 38,299 | 59,576 | 19,915 | 33,311 | 151,101 |
Di daerah Keningau, lebih separuh penduduk atau 53 peratus penduduk beragama Kristian manakala Islam merupakan agama kedua terbesar dengan 43 peratus penduduk menganutinya. Empat peratus penduduk beragama Buddha dan selebihnya menganut agama lain-lain termasuk Hindu. Lebih 200 penduduk tidak beragama[5]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.