From Wikipedia, the free encyclopedia
Kuah (bahasa Inggeris: gravy) merupakan sejenis masakan bersos yang selalunya diperbuat daripada air daging yang terhasil sewaktu proses masakan dan seringkali dipekatkan dengan tepung jagung atau dengan bahan pemekat lain untuk menambah tekstur makanan. Kuah boleh ditambah warna dan perisanya dengan garam kuah (sejenis adunan ringkas garam dan pewarna makanan karamel) atau pemerang kuah (garam kuah yang terlarut dalam air) mahupun kiub kaldu sedia ada. Tepung boleh digunakan sebagai pengganti ekstrak daging atau tumbuhan yang semulajadi. Kuah segera yang ditin atau dipaketkan juga mudah didapati di pasaran.[1] Kuah selalunya dihidangkan bersama dengan daging panggang, buku daging, nasi,[2] mi, kentang goreng, kentang lecek, atau roti biskut.
Kuah | |
---|---|
Nama alternatif | Kuah pekat |
Jenis | Sos |
Bahan utama | Sama ada tepung gandum, tepung jagung, mahupun air dari daging yang digunakan dalam masakan |
sunting · sunting di Wikidata |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.