Padang Besar (Perlis)
From Wikipedia, the free encyclopedia
Padang Besar adalah sebuah bandar kecil yang terletak di sempadan antara Malaysia dan Thailand. Ia bersempadan dengan Wilayah Songkhla, Thailand, 35 kilometer menghala ke timur laut Kangar. Terkenal sebagai pusat perdagangan dan pelancongan, Padang Besar menawarkan pelbagai pengalaman menarik bagi pelancong dan penduduk tempatan kerana lokasinya yang terletak bertentangan dengan sebuah bandar di Thailand juga dikenali sebagai Padang Besar (ปาดังเบซาร์), yang mana ia sering dirujuk sebagai "Pekan Siam" oleh masyarakat tempatan..[2][3]

Bandar ini juga terkenal kerana terletaknya Stesen keretapi paling terakhir dan paling utara di Malaysia. Kereta api KTM ETS dan Laluan Komuter Utara berakhir di Padang Besar.[4]
Persimpangan Sempadan
Padang Besar dihubungkan ke Laluan Persekutuan 7 dan kereta api yang menuju ke persimpangan sempadan ke Thailand. Jalan raya dan kereta api masing-masing disambungkan terus ke Lebuhraya Padang Besar – Sadao (Laluan 4054 Thailand) dan Keretapi Negeri Thailand untuk membentuk sebahagian daripada Keretapi Trans-Asia.
Pusat pemeriksaan Malaysia terletak di timur laut bandar, kira-kira 300m dari sempadan sebenar di mana pusat pemeriksaan Thailand terletak. Kedua-dua pusat pemeriksaan Malaysia dan Thailand mempunyai lorong pandu lalu.
Ekspres Antarabangsa berhenti di pusat pemeriksaan kastam di Stesen kereta api Padang Besar. Ia mempunyai kemudahan kastam, imigresen dan kuarantin yang terletak bersama atau bersebelahan untuk kedua-dua Malaysia dan Thailand, dan penumpang kereta api diproses untuk keluar dari Malaysia dan memasuki Thailand (atau sebaliknya jika perjalanan ke arah lain) di stesen tersebut. Stesen Padang Besar di Thailand hanya berfungsi sebagai stesen domestik.
Tarikan
- Arked Padang Besar
- Kuil Sri Kamatchi Amman, Padang Besar
- Stesen keretapi Padang Besar
- Kedai Bebas Cukai Padang Besar
Galeri
- Arked Niaga Padang Besar.
- Arked Niaga Padang Besar,
- Lebuh Raya Perseketuan 7
- Kilometre zero di Padang Besar
Demografi
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.