Pelawak, pelakon, pengacara dan penyanyi Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Mohd Razizan Abdul Razak (Jawi: محمد رازيزن عبدالرازق (lahir 15 April 1984) ialah seorang pelawak, pelakon, pengacara, penyanyi, pengarah dan penerbit Malaysia.[1]
Zizan terkenal dengan peranan lakonannya di layar lebar termasuk filem komedi adiwira Kapoww!!: Atoi The Ajaib Boy (2010), aksi jenayah KL Gangster (2011–13), komedi seram Hantu Bonceng (2011), Mael Lambong (2012), komedi pasca-apokaliptik KL Zombi (2013), Abang Long Fadil (2014–22) dan Polis EVO (2015–23). Beliau juga telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan dalam kerjayanya termasuk Artis Komedi Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010, Anugerah Hero Terhebat di Anugerah Blokbuster 2012 dan Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Filem) di Anugerah Lawak Warna 2013.
Zizan dilahirkan pada 15 April 1984 di Dungun, Terengganu dan merupakan anak bongsu daripada dua beradik, beliau mempunyai seorang abang. Zizan berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Beliau mencipta kemasyhuran dengan menjadi salah seorang peserta Raja Lawak Astro musim pertama, sekaligus menjadi naib juara Raja Lawak Astro musim pertama bersama Johan. Melalui rancangan inilah beliau dikenali sebagai "Zizan Raja Lawak". Beliau juga mengambil bahagian dalam Maharaja Lawak, yang merupakan siri kedua pertandingan untuk finalis setiap musim Raja Lawak. Dalam rancangan itu, beliau digandingkan bersama Johan. Mereka dikenali sebagai Jozan.[2][3] Mereka berdua mengacarakan rancangan bual bicara santai dengan menggunakan nama kumpulan ini, yang bertahan selama satu musim, sebelum kembali untuk musim kedua. Zizan juga menjuarai Super Spontan All Star sebanyak dua kali.[4] Zizan juga pernah digandingkan bersama Sherry Ibrahim menerusi drama komedi Chapalrela yang bersiaran di Astro Warna.[5]
Zizan memegang watak sebagai Sunny, seorang bapa ayam yang bertanggungjawab memisahkan Kenji dan ibunya, Cuwie (Dira Abu Zahar) dalam telefilem Karlos Bolos yang bersiaran pada Hari Raya Aidilfitri 2013, dibintangi oleh Johan As'ari dan Syazwan Zulkifly.[6] Ini merupakan pertama kali Zizan menjayakan watak serius dalam kerjaya lakonannya. Beliau bersama Shaheizy Sam kembali bekerja di bawah arahan Ghaz Abu Bakar menerusi telefilem Baby Bro! yang turut menampilkan Izara Aishah dan Qistina Raisah. Telefilem ini mengisahkan tentang kehidupan seharian dua orang pemuda, Joe dan Sham, yang mencari rezeki dengan cara tersendiri di kota Kuala Lumpur. Kehidupan mereka berubah serta-merta dengan kehadiran seorang bayi yang tidak diketahui dari mana asalnya, ia menemui penonton di Astro First Eksklusif pada 30 November 2017.[7][8][9]
Zizan memulakan kerjaya filemnya menerusi filem Duhai Si Pari-pari (2009) arahan Azmi Hatta lakonan Liyana Jasmay, yang mana beliau membuat penampilan khas. Beliau juga mempunyai peranan sama dalam filem Lu Pikirlah Sendiri de Movie (2010). Zizan menjayakan peranan utama sebagai Atoi dalam filem aksi komedi adiwira Kapoww!! arahan Azizi ‘Chunk’ Adnan yang turut dibintangi oleh Lisa Surihani sebagai Siti Nurhasnita.[10][11]
Pada 9 Jun 2011, Zizan menjadi tunjang utama filem aksi jenayah yang meraih kutipan pecah panggung KL Gangster arahan Syamsul Yusof lakonan Aaron Aziz, Adi Putra, Soffi Jikan dan Syamsul; Beliau menjayakan peranan Fadil, seorang samseng dan rakan karib Malek.[12] Beliau kembali menjayakan peranannya dalam prekuelnya yang ditayangkan pada 3 Oktober 2013.[13]
Zizan memegang watak sebagai Amran, seorang budak penghatar piza yang gemar berlumba motor drag secara haram dalam filem aksi komedi seram Hantu Bonceng yang menggandingkan beiau bersama Juliana Evans yang memegang dua watak—Ayu dan Maya. Filem ini ditayangkan pada 31 Ogos 2011, bersempena dengan sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke-54.[14][15] Persembahannya dalam filem ini melayakkan Zizan memenangi Anugerah Hero Terhebat di Anugerah Blokbuster 2012. Zizan meminjamkan suaranya bagi watak seekor kura-kura bernama Nico dalam filem komedi romantik Cinta Kura Kura arahan Nizam Zakaria lakonan Tiz Zaqyah dan Aeril Zafrel.[16] Zizan kembali meneruskan kerjasamanya bersama Syamsul menerusi filem Jalan Kembali: Bohsia 2 yang ditayangkan pada 7 Jun 2012; beliau memegang watak sebagai Ejan.[17]
Beliau menjadi bintang utama bersama Siti Saleha, Izara Aishah dan Usop Wilcha di dalam filem komedi pasca-apokalips adaptasi dari novel Zombijaya karya Adib Zaini terbitan Buku Fixi, KL Zombi arahan Woo Ming Jin yang ditayangkan pada 29 Ogos 2013[18] mengisahkan lima sekawan yang mempunyai impian dan cita-cita hidup yang tersendiri. Namun, segalanya menjadi porak peranda apabila sejenis wabak merbahaya yang menukarkan manusia menjadi zombi telah merebak di sekitar Kuala Lumpur.[19] Gandingan beliau bersama Siti telah melayakkan beliau menerima pencalonan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-27 bagi Gandingan Serasi di Layar Lebar.[20]
Zizan kembali menjayakan peranannya sebagai Fadil dalam filem aksi komedi Abang Long Fadil arahan Syafiq Yusof.[21] Filem ini merupakan terbitan turunan daripada KL Gangster arahan Syamsul Yusof dan ia menjadi satu-satunya filem lakonan beliau bagi 2014.[22] Zizan melengkapkan portfolio kerjaya filemnya pada 2015 dengan menjayakan peranan utama sebagai Man dan Cicak-Man dalam filem Cicakman 3[23][24] arahan Yusry KRU dan arahan bersama oleh Ghaz Abu Bakar, yang menemui penonton di pawagam pada 12 Mac 2015, beliau menggantikan Saiful Apek yang berlakon dalam dua filem terdahulu, filem ini menggandingkan beliau bersama Lisa Surihani yang memegang watak sebagai Linda, isteri kepada Man/Cicakman.[25]
Zizan membintangi filem aksi komedi Polis EVO arahan Ghaz Abu Bakar dengan melakonkan watak sebagai Inspektor Sani, filem ini turut dibintangi oleh Shaheizy Sam dan Nora Danish. Filem ini merupakan kejayaan komersial dan mendapat sambutan daripada penonton sekaligus meraih kutipan kasar RM 18 juta,[26] malah turut menjadi antara 10 carian terbanyak[27] serta filem dengan carian terbanyak di Google Malaysia untuk bulan September 2015.[28][29]
Beliau sekali lagi menjayakan peranan utamanya dalam filem Abang Long Fadil 2 yang ditayangkan pada 24 Ogos 2017.[30] Beliau mengakui kejayaan Abang Long Fadil 2 bukan hanya beliau seorang sahaja, tetapi semua wargakerja termasuk pengarahnya, Syafiq Yusof.[31]
Zizan merupakan antara pelakon yang menjayakan filem animasi Wheely arahan Yusry Abdul Halim yang ditayangkan pada 16 Ogos 2018; Zizan menyumbangkan suaranya untuk watak Wheely.[32] Zizan dan Sam kembali menjayakan semula watak utama mereka dalam kesinambungan filem Polis Evo yang ditayangkan pada 22 November 2018,[33][34][35] dan Abang Long Fadil 3 yang kini menjalani pos-produksi.[36][37][38]
Zizan kembali beraksi dalam filem Bikers Kental 2, kesinambungan dari filem 2013 dengan judul sama yang dijangka akan ditayangkan pada 14 Mac 2019.[39][40] Ia telah diumumkan pada September 2019 bahawa beliau bersama Shaheizy Sam menjayakan kembali watak mereka masing-masing dalam Polis EVO 3 arahan Syafiq Yusof.[41][42]
Selain menjadi pelakon dan pelawak, Zizan juga berbakat dalam bidang muzik. Pada tahun 2011, beliau merakamkan single solo sulungnya bertajuk "Selamat Tinggal" yang menampilkan Dina Nadzir yang dirakam dan digunakan untuk lagu latar semasa sesi penyingkiran dalam rancangan Raja Lawak Astro.[43] Zizan memulakan kolaborasi sulungnya bersama penyanyi Kaka Azraff dan seterusnya muncul bersama lagu "Bawaku Pergi" hasil nukilan Malique, bekas penyanyi kumpulan Too Phat. Lagu ini menjadi kontroversi kerana ia mengandungi lirik yang berbaur hasutan yang menggalakkan remaja keluar dari rumah, sehingga isu ini dibangkitkan di Parlimen.[44][45][46]
Beliau kembali meneruskan kerjasama bersama Kaka menerusi lagu "Infiniti Cinta" yang dicipta oleh Audi Mok dan Omar K serta lirik ditulis oleh Zizan sendiri.[47] Muzik videonya dilancarkan pada 25 September 2013 dan diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar.[48][49] "Infiniti Cinta" berjaya mara ke saingan Separuh Akhir dalam rancangan Muzik-Muzik yang berlangsung pada 21 November 2014.[50] Selain itu, Zizan turut menyumbangkan suaranya untuk muzik dan runut bunyi Abang Long Fadil 2 menerusi lagu "Kaki Licik".[51] Pada 16 Mac 2018, Zizan muncul dengan single terbarunya "Kita OK" di bawah syarikat Rocketfuel Entertainment.[52][53] Zizan melancarkan single terbarunya, "Kau Takkan Tahu" pada 8 Ogos 2018[54][55][56] dengan duet bersama Melda Ahmad.[57][58]
Dengan kejayaannya dalam bidang seni hiburan, Zizan menempatkan dirinya dalam bidang perniagaan. Pada 26 Oktober 2013, beliau bersama rakan kongsinya, Rostam Affendy Abd Rahim membuka sebuah restoran burger yang diberi nama Burgerbyte yang mempunyai tiga cawangan yang beroperasi di Sentul, Senawang dan Damansara.[59][60][61] Zizan berkata dalam temuramah bersama wartawan: "Saya merupakan antara penggemar burger dan apabila melihat konsep hidangan pelbagai jenis yang disediakan, membuatkan hati saya terbuka untuk membuka restoran ini secara francais."[62] Di bawah syarikat miliknya, Zizan Group Sdn. Bhd, Zizan telah menubuhkan kedai serbaneka miliknya, Zizan Mart dengan cawangan pertamanya dibuka di Kota Bharu, Kelantan pada 18 Ogos 2015.[63][64] Majlis perasmian Zizan Mart disempurnakan oleh Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Abdul Fatah Mahmood.[65]
Zizan merupakan seorang yang bujang.[66][67] Beliau sebelum ini pernah dikhabarkan menjalin hubungan dengan pelakon Emma Maembong sekitar 2011.[68] Media Hiburan melaporkan melalui sebuah portal hiburan, ibu kepada Zizan telah mendedahkan bahawa hubungan rapat antara anaknya dengan Emma telah terjalin dan mengakui sebelum ini Emma pernah berkunjung ke rumahnya.[68] Mereka berdua memutuskan hubungan cinta pada awal 2015.[69][70] Zizan mengakui banyak melakukan kesilapan sepanjang percintaannya dengan Emma sehingga menyebabkan perpisahan mereka. Tidak lama kemudian, Zizan telah memuat naik sekeping gambar yang menunjukkan mereka berdua kembali berdamai di laman Instagram miliknya.[71]
Beliau sebelum ini pernah menjalin hubungan dengan pelakon Juliana Evans yang dikenalinya ketika sama-sama membintangi filem Hantu Bonceng pada 2012.[72][73] Pada 17 Mac 2015, Zizan terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Putrajaya dan berada dalam keadaan selamat.[74]
Zizan dilaporkan menjalin hubungan cinta dengan pelakon dan pengacara Mira Filzah, ketika sama-sama mengacarakan malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29 pada 2016. Namun kedua-dua mereka menafikan mempunyai hubungan istimewa, malah Zizan menegaskan beliau tiada hubungan istimewa dengan Mira.[75][76][77][78][79]
Nenek Zizan, Zainoon Abdullah meninggal dunia pada 4 Oktober 2020.[80][81][82]
Pada 30 September 2014, Zizan berdepan dengan isu ketetapan perundangan apabila pembantu peribadinya, Marina Juki memfailkan kes saman terhadapnya di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi Sivil berhubung pembekuan dua akaun syarikat Wire Fame Entertainment Sdn Bhd untuk satu tempoh yang lama. Marina mendakwa menanggung kerugian besar kerana artis-artis di bawah naungan syarikat Wire Fame termasuk Zizan tidak berminat lagi menyambung kontrak kerana pembekuan akaun syarikat itu menunjukkan syarikat itu berdepan dengan masalah. Dalam saman itu beliau menamakan Maybank Islamic Berhad, Zizan dan Wire Fame sebagai defendan pertama hingga ketiga.[83] Pada 5 November, Marina memfailkan saman kedua di pejabat pendaftaran Mahkamah Sesyen Sivil terhadap Zizan atas dakwaan melanggar kontrak perjanjian yang ditandatangani antara Zizan, Wire Fame dan plaintif (Marina) pada 3 Mei 2011 iaitu Zizan telah bersetuju melantiknya sebagai pengurus peribadi dan perjanjian itu untuk tempoh empat tahun dan akan tamat pada 2 Mei 2015. Pada Januari 2015, Zizan dan bekas pengurusnya gagal menyelesaikan saman itu di luar mahkamah.[84][85] Kes saman terhadap beliau ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 Februari 2015.[86] Perbicaraan kes saman beliau difailkan pada 10 Ogos.[87]
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2009 | Duhai Si Pari-pari | Penyamun | Filem pertama, penampilan khas |
2010 | Lu Pikirlah Sendiri de Movie | Zizan | |
Kapoww | Atoi | ||
2011 | KL Gangster | Fadil | |
Hantu Bonceng | Amran | ||
2012 | Cinta Kura Kura | Nico (suara) | |
Jangan Pandang-Pandang | Ajis | ||
Uncle Usin | Spy 13 | ||
Jalan Kembali: Bohsia 2 | Ejan | ||
Mael Lambong | Mael Lambong | ||
Baik Giler | Apit | ||
Untuk Tiga Hari | Remy | ||
Hantu Kapcai | Ajib | ||
2013 | Bikers Kental | Bidin Al-Zaifa | |
Ken and Mary: The Asian Truck Express | Filem Jepun | ||
KL Zombi | Nipis | ||
KL Gangster 2 | Fadil | ||
Tokan | Mat Labi | ||
2014 | Abang Long Fadil | Fadil | |
2015 | Werewolf Dari Bangladesh | Pilun | |
Cicakman 3 | Man/Cicak Man | ||
Polis EVO | Hassani / Inspektor Sani | ||
Rembat | Mr Baby | ||
2017 | Abang Long Fadil 2 | Fadil | |
2018 | Wheely | Wheely (suara) | |
Kesempatan Keduda | Ken | Filem Indonesia | |
Polis EVO 2 | Hassani / Inspektor Sani | ||
2019 | Bikers Kental 2 | Bidin Al-Zaifa | |
Wira | Samseng 1 | ||
2020 | Bulan dan Pria Terhebat | Haris | |
2021 | Hantu Bonceng 2.0 | Amran | |
Rumah Madu Ku Berhantu | Saufi | ||
2022 | Rompak | Ashraf | |
Juang | Hafiq | ||
Abang Long Fadil 3 | Fadil & Jefri | Dua watak | |
2023 | Polis EVO 3 | Hassani / Inspektor Sani | Juga sebagai penerbit eksekutif bersama |
Sofyank X Polis Evo 3 | Filem video | ||
Merewang Keluarga Pak Awang | Dol | ||
2024 | Baik Punya Ah Long | Aloy | |
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
2008–2009 | Bolos | Pengacara | Astro Ria |
2009–2011 | Jozan Show | Pengacara bersama Johan Raja Lawak | Astro Prima |
2009 | Funniest Pets & Peoples | Pengacara | Astro Ceria |
LawaKing | Pelbagai watak | Astro Prima | |
2010–2014 | Melodi | Pengacara bersama Dira Abu Zahar (2010 - 2012) Awal Ashaari (2012 - 2017) |
TV3 |
2011 | Zizan Show | Pengacara | Astro Warna |
Konsert Lawak | Tetamu bersama Johan | ||
2011–2012 | Oh Yeah! | Pelbagai | |
2012 | Berita Hangit | Mubarak Mendung | |
2013 | Akademi Fantasia 2013 | Pengacara bersama Hanis Zalikha | Astro Ria |
2014 | Jejak Jepun | Pengacara | |
Akademi Fantasia 2014 | Pengacara bersama Faizal Ismail | ||
2015 | Akademi Fantasia 2015 | ||
Anugerah Industri Muzik ke-21 | |||
2016 | Akademi Fantasia 2016 | Pengacara bersama Alif Satar | |
2017 | Festival Filem Malaysia ke-29 | Pengacara bersama Siti Elizad | |
2018 | Jozan Live | Pengacara bersama Johan & PU Azman | Astro Warna |
Lawak Bos-Bos | Pengacara | ||
2019 | Ceria Megastar Ministar | Juri Tetap | Astro Ceria |
2020 | Stage 104 | Pengacara | Astro Ria |
2020–2022, 2023–2024 | The Masked Singer Malaysia | Juri | Astro Warna |
2022–kini | MeleTOP | Pengacara jemputan | Astro Ria |
2022 | Ceria Popstar Xtra 2022 | Juri jemputan | Astro Ceria |
2023 | Mega Spontan | Mentor | Astro Warna |
Battleground Malaysia: Road to Gold | Juri | Astro Ria | |
2024 | Gempak Most Wanted Awards 2023 | Pengacara bersama Sherry Alhadad, Sean Lee & Amelia Henderson | |
Healing with Zizan | Pengacara | ||
The Hardest Singing Show | Juri |
Tahun | Tajuk | Peranan | Kumpulan | Saluran TV | Keputusan |
---|---|---|---|---|---|
2007 | Raja Lawak Astro | Peserta | Astro Ria | Naib Juara | |
2008–2013 | Raja Lawak Astro | Pengacara bersama Johan | Astro Prima & Astro Warna | ||
2009–2010 | Spontan | Peserta | Astro Warna | ||
Redah Kasi Pecah | |||||
2010 | Jangan Lupa Lirik: Raya Raya Raya!! | Astro Ria | |||
Anda Ada 60 Saat | Astro Warna | ||||
2011 | Maharaja Lawak | Peserta | Jozan | Naib Juara | |
Mega Raya | Astro Ria | ||||
2012 | Super Spontan 2012 | Peserta | Angsa Ganas | Astro Warna | Juara |
Clever! Edisi Malaysia | Astro TVIQ | ||||
Maharaja Lawak Mega 2012 | Peserta | Jozan | Astro Warna | Juara | |
Lawak Ke Der? | |||||
2013 | Lawak Ke Der? 2 | ||||
Aaron & Zizan: Raya Sampai Pengsan | Pengacara bersama Aaron Aziz | Astro Ria | |||
2014 | Maharaja Lawak Mega 2014 | Peserta | Virus | Astro Warna | Tersingkir di separuh akhir |
Aaron & Zizan: Raya Seram Sejuk | Pengacara bersama Aaron Aziz | Astro Ria | |||
2015 | Super Spontan All Stars | Peserta | Silat Dongibab | Astro Warna | Juara |
2017 | Lawak Ke Der Tak Cover Line EP01 | Artis Jemputan | |||
2023 | Spontan Balik Raya | Penerbit Eksekutif | |||
Sayang Ajar Masak 2 | Artis Jemputan bersama Hawa Rizwana | Astro Gempak |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2008 | Gaia | Gaia | Astro Ria | Drama pertama |
2010 | Chapalrela | Anjang Merah | Astro Warna | |
2022 | AI.5YA | Jehan | Viu | |
2023 | Super Wira | Awang Bunga | Astro Ceria | |
TBA | Kau Takdirkan Bersama | Tengku Luqman | TV3 |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2008 | Joe & Farida | Astro Ria | Telefilem pertama | |
2009 | Geng Raya Zizan | Zizan | ||
Hang Pa Lah Hang 2 | Udin | Astro Prima | ||
2010 | Nak Balik Raya | Astro Prima | ||
Odisi Raya MJ | ||||
Drogba & Rooney | Zizan | |||
2011 | Cintaku 120KM/J | Rahmat | TV3 | |
2013 | Karlos Bolos | Syafie | ||
Nama Aku Beng | Kamal | Astro Ria | ||
Oh My English!: Oh My Ganu! | Zizang bin Othman | Astro TVIQ | ||
2014 | Hantu Selfie | Saleh | Astro Ria | |
2015 | Hantu Wefie | |||
Strawberi & Karipap Hello Gold Coast | Astro First Eksklusif | |||
2016 | Oh My English!: Oh My Ganu! 2 | Zizang bin Othman | Astro TVIQ | |
Angin Cinta | KK | Astro First Eksklusif | ||
2017 | Jula Juli Bintang Cinta | Dani | Astro Citra | |
Jula Juli Bintang Putus Cinta | Dani | |||
Baby Bro | Sham | Astro First Eksklusif | ||
2018 | Misteri Maria | Ilham | ntv7 | |
2019 | Saya Jual Ye Bang | Amin | Astro First Eksklusif | |
2021 | Lagenda Puteri Bulan | Astro Ceria | ||
Perfect Raya | Iman | Astro Ria | ||
2022 | Damak Si Kuba | Pok Chek | ||
Kerusi Kecil | TV1 | |||
2023 | Raya Sebagai Isteri | Haidar | Astro Ria | |
Heist- Dil Fitri | Ibrahim | Juga sebagai pengarah dan penerbit | ||
Heist- Dil Adha | ||||
2024 | Awak Terlalu Ganu Untuk Saya | Mateen | Astro Warna | |
TBA | Kau Takdirkan Bersama Raya | Tengku Luqman | TV3 |
Tahun | Tajuk lagu | Penyanyi | Ruj. |
---|---|---|---|
2012 | "Aku Maafkan Kamu" | Malique (menampilkan Dato' Jamal Abdillah) | [88] |
Tahun | Tajuk | Penyanyi undangan | Catatan | Ruj. |
---|---|---|---|---|
2011 | "Selamat Tinggal" |
Dina Nadzir | ||
"Anggun" |
Altimet dan Zain Hamid | |||
2012 | "Bawaku Pergi" |
Kaka Azraff | ||
2013 | "Infiniti Cinta" |
|||
2014 | "Cobaan" |
|||
"Adiwiraku" |
KRU | |||
2015 | "Opss! Aku Dah Ter.. " |
Cat Farish & Tiga Swagger ft. Zizan Razak & Echa | ||
2017 | "Chentaku" |
SonaOne | ||
"Kaki Licik" |
Salah satu OST Abang Long Fadil 2 | [89] | ||
"Baby Bro" |
Hannah Delisha | OST Baby Bro | [90] | |
2018 | "Kita OK" |
|||
"Kau Takkan Tahu" |
Melda Ahmad | |||
2019 | "Berserah" |
Ismail Izzani | [91] | |
2022 | "Payung" |
Elizabeth Tan | OST Abang Long Fadil 3 | |
2023 | "Assalamualaikum 2023" |
Faizal Tahir & Hael Husaini (menampilkan Elly Mazlein, Zizi Kirana, Ara Johari & Dato' Hattan, All Stars Gegar Vaganza) | Buatan semula "Assalamualaikum" nyanyian asal Faizal Tahir untuk Palestin |
Tahun | Anugerah | Kategori | Pencalonan | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2009 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 | Artis Komedi Lelaki Popular | Dirinya sendiri | Tercalon |
2010 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 | Artis Komedi Lelaki Popular | Tercalon | |
Anugerah Shout! 2010 | Favourite TV Personality Award | Menang | ||
2011 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 | Artis Komedi Lelaki Popular | Menang | |
2012 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 | Pengacara TV Lelaki Popular | Menang | |
Anugerah Shout! 2012 | Best On Screen Chemistry Award | Zizan & Johan | Menang | |
Favourite TV Personality Award | Dirinya sendiri | Menang | ||
Anugerah Blokbuster | Anugerah Hero Terhebat | Dirinya sendiri (Hantu Bonceng) | Menang | |
2013 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 | Artis Komedi Lelaki Popular | Dirinya sendiri | Menang |
Pengacara TV Lelaki Popular | Tercalon | |||
Pelakon Filem Lelaki Popular | Tercalon | |||
Gandigan Di Layar Serasi (bersama "Johan Raja Lawak") | Zizan & Johan | Menang | ||
Artis Asia Paling Popular | Dirinya sendiri | Menang | ||
Artis Lelaki Paling Stailo | Menang | |||
Artis Berpengaruh Di Laman Media Sosial | Menang | |||
Anugerah Shout! 2013 | Best On Screen Chemistry Award | Zizan & Johan | Menang | |
Favourite TV Personality Award | Dirinya sendiri | Menang | ||
Anugerah Blokbuster 2 | Anugerah Hero Terhebat | Dirinya sendiri (Hantu Kapcai) | Menang | |
Anugerah Lawak Warna 2013 | Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Filem) | Dirinya sendiri | Menang | |
Artis Lawak Lelaki Paling Popular | Tercalon | |||
2014 | Anugerah MeleTOP Era 2014 | Pemenang Artis Top Top MeleTOP | Menang | |
Anugerah Khas Meletop Wechat | Menang | |||
Lagu Meletop | Infiniti Cinta (Zizan Razak & Kaka) | Tercalon | ||
Kumpulan/Duo Meletop | Zizan Razak & Kaka | Tercalon | ||
Bintang Siber Meletop | Dirinya sendiri | Menang | ||
Fesyen Meletop | Menang | |||
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 | Artis Filem Lelaki Popular | Tercalon | ||
Artis Komedi Lelaki Popular | Tercalon | |||
Anugerah Lawak Warna 2014 | Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Filem) | Dirinya sendiri (Bikers Kental) | Tercalon | |
Artis Lawak Lelaki Paling Popular | Dirinya sendiri | Tercalon | ||
2015 | Anugerah MeleTOP Era 2015 | Bintang Filem Meletop | Dirinya sendiri (Abang Long Fadil) | Tercalon |
Artis Lawak Meletop | Dirinya sediri | Tercalon | ||
Drama TV Meletop | Hantu Selfie | Tercalon | ||
Pelakon TV Meletop | Dirinya sendiri (Hantu Selfie) | Tercalon | ||
Grup/Duo Meletop | Infiniti Cinta (Zizan Razak & Kaka) | Tercalon | ||
Hos TV Meletop | Dirinya sendiri (Konsert Akhir Akademi Fantasia 2014) | Tercalon | ||
Bintang Online Meletop | Dirinya sendiri | Tercalon | ||
Fesyen Meletop | Tercalon | |||
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2015 | Artis Komedi Lelaki Popular | Tercalon | ||
Pelakon Filem Lelaki Popular | Tercalon | |||
Pengacara TV Lelaki Popular | Tercalon | |||
Artis Lelaki Stailo | Tercalon | |||
Anugerah Lawak Warna 2015 | Pengacara Lawak TV Paling Popular | Tercalon | ||
2016 | Anugerah MeleTOP Era 2016 | Bintang Filem MeleTOP | Dirinya sendiri (Polis EVO) | Menang |
Hos MeleTOP | Dirinya sendiri (Konsert Akhir Akademi Fantasia 2015) | Tercalon | ||
Bintang Online MeleTOP | Dirinya sendiri | Tercalon | ||
Festival Filem Malaysia ke-28 | Pelakon Lelaki Terbaik | Dirinya sendiri (Polis EVO) | Tercalon | |
Anugerah Melodi | Personaliti Filem Melodi | Dirinya sendiri | Menang | |
Personaliti Sosial Media | Tercalon | |||
Personaliti Sensasi Melodi | Tercalon | |||
2017 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30 | Artis Komedi Popular | Menang[92] | |
2018 | Anugerah MeleTOP Era 2018 | Artis Lawak Meletop | Menang | |
Fesyen Meletop | Tercalon | |||
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2018 | Artis Versatil Popular | — | Tercalon | |
Pelakon Filem Lelaki Popular | — | Tercalon | ||
Artis Komedi Popular | — | Menang | ||
Pasangan Serasi Filem (bersama Tania Hudson) | — | Tercalon | ||
2023 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2023 | Aktor Filem Popular | — | Tercalon |
Artis Komedi Popular | — | Tercalon | ||
Pasangan Serasi Filem (bersama Daiyan Trisha) | — | Tercalon | ||
Pasangan Serasi Filem (bersama Elizabeth Tan) | — | Tercalon | ||
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.