Pelakon, pengarah dan penerbit Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Datuk Dr. Mohd Yusof bin Md Haslam Khan (Jawi: محمد يوسف محمد حسلام خان; lahir 24 April 1954)[1] merupakan seorang pelakon, pengarah, penulis dan penerbit filem Malaysia.[2] Beliau juga memegang jawatan sebagai pengarah urusan syarikat penerbitan televisyen dan filem miliknya Skop Productions yang ditubuhkan pada 1984.[3]
Yusof Haslam | |
---|---|
يوسف حسلام | |
Kelahiran | Mohd Yusof bin Md Haslam Khan 24 April 1954 Jalan Pahang, Kuala Lumpur, Selangor (kini Wilayah Persekutuan), Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) |
Nama lain | DYH (singkatan kepada Datuk Yusof Haslam) |
Pendidikan | Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) |
Pekerjaan | Pelakon, pengarah, penulis, penerbit |
Tahun aktif | 1972–kini |
Pasangan | Raja Noor Saadah Salehuddin (k. 1978; c. 1980) Datin Fatimah Ismail (k. 1982) |
Anak-anak | 4 (termasuk Syamsul dan Syafiq) |
Ibu | Bahyah Talib |
Bapa | Md. Haslam Khan |
Memulakan kerjaya profesionalnya pada 1972, beliau memegang watak tambahan sebagai penonton perlawanan dalam filem Laksamana Do Re Mi bersama Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Sepanjang kerjayanya, Datuk Yusof telah berlakon sebanyak 31 filem dan mengarahkan 13 filem cereka yang kesemuanya merupakan kejayaan komersial. Beliau menduduki kerusi pengarah pada 1991 menerusi filem pertamanya Bayangan Maut dan mengarahkan beberapa filem lagi termasuk Pemburu Bayang (1993), Sembilu (1994) dan Maria Mariana (1996) sehingga beliau bersara dari kerusi pengarah pada 2005.[4] Sebagai penerbit, beliau telah menerbitkan 40 filem dan beberapa siri TV termasuk PJ, Remang-Remang Kota Raya, Roda-Roda Kota Raya, dan Gerak Khas.[5] Kini, perjuangan beliau dalam bidang perfileman diteruskan oleh dua anak beliau, Syamsul[6] dan Syafiq.[7]
Selain kerjaya beliau sebagai penerbit filem, drama, penulis skrip dan pelakon, Datuk Yusof juga adalah Pengarah Urusan di Skop Productions, dimana anak-anak syarikatnya terdiri dari Haslam Trading (restoran), Haslam Properties (hartanah), Skop Publishing (novel dan buku) dan ME Communication (pos-produksi dan penerbitan drama serta filem).
Yusof dilahirkan pada 24 April 1954 di Jalan Pahang, Kuala Lumpur kepada suri rumah Bahyah Talib dan pemandu lori Md. Haslam Khan. Beliau merupakan anak keempat daripada kalangan tujuh beradik yang bersama-sama tinggal di sebuah rumah di penempatan setinggan.[8] Beliau menerima pendidikannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.
Beliau terpikat dengan filem melalui pengalamannya menonton filem barat Hollywood dan filem-filem Bollywood—dengan yang kedua, beliau menjadikan bintang Bollywood Shashi Kapoor sebagai idola beliau dalam bidang lakonan. Oleh itu, Yusof memutuskan bahawa beliau akan menjadi pelakon, meskipun tidak direstui oleh bapanya yang percaya bahawa industri hiburan tidak mempunyai jaminan masa depan.[8] Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Yusof mengambil pekerjaan sebagai konduktor tiket bas Sri Jaya, tetapi beliau juga diam-diam menghadiri ujibakat lakonan.
Beliau memulakan penglibatannya dalam kerjaya lakonan dengan memainkan watak tambahan dalam filem Laksamana Do Re Mi arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee pada tahun 1972, sebagai penonton perlawanan. Ia hanya pada tahun 1975 beliau mengambil peranan utama menerusi filem Permintaan Terakhir sebagai "Idham" berdampingan dengan aktres utama yang juga merupakan rakan seperjuangannya, Uji Rashid.[8][2]
Yusof membintangi tiga filem sepanjang tahun 1976, iaitu filem Loceng Maut arahan Nas Achnas dan serta dua filem arahan Dato' Jamil Sulong, Sayang Anakku Sayang dan Cinta dan Lagu. Tiga tahun kemudian, beliau membintangi filem Detik 12 Malam arahan S. Sudarmaji serta filem Tiada Esok Bagimu arahan Tan Sri Jins Shamsuddin. Pada 1981, beliau memegang watak sebagai MM Jaafar Hassan dalam filem sejarah peperangan Bukit Kepong arahan Jins yang mana sebahagian besar dari jalan cerita filem ini ialah berdasarkan daripada peristiwa berdarah pada 23 Februari 1950.[9] Filem ini merupakan satu kejayaan komersial dan meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM1.7 juta, sekaligus memenangi Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-3 pada 1982.
Beliau mula mengarahkan filem pada tahun 1991 dengan filem pertamanya Bayangan Maut, sebuah filem thriller aksi misteri yang dibintangi penyanyi rock Ella. Ini kemudian diikuti oleh Pemburu Bayang pada tahun 1993, Sembilu pada tahun 1994, filem blockbuster terlaris, Maria Mariana pada tahun 1996 serta sekuelnya dua tahun selepas antara lain.[10] Pada 1999, beliau menerbitkan Bara gandingan Awie dan Nasha Aziz yang pernah digosipkan mempunyai hubungan dengan Yusof.[2]
Pada 8 Januari 2000, beliau mengarahkan filem drama romantik, Pasrah yang dibintangi oleh Erra Fazira dan Norman Hakim yang berkisarkan tentang kehidupan seorang gadis yang bernama Farah Diba telah berubah dari seorang gadis biasa menjadi seorang peragawati terkenal setelah dimahkotakan sebagai Ratu Cantik Malaysia.[11][12][13] Setahun kemudian, beliau mengarahkan filem Gerak Khas The Movie yang ditayangkan pada 1 Mac 2001 dan dibintangi oleh sebahagian besar daripada pelakon utama drama Gerak Khas.[14] Kejayaan filem ini membawa kepada kesinambungan menerusi filem kedua (2002)[15] dan ketiga (2004).[16]
Pada 24 Mac 2005, beliau mengarahkan filem terakhirnya, Sembilu 2005 yang dibintangi oleh Vince dan Hetty Sarlene. Filem cinta remaja ini mengisahkan tetang percintaan Salina dan Vince mendapat tentangan hebat daripada keluarga mereka masing-masing.[17] Selepas bersara dari mengarah filem, Yusof lebih banyak menumpukan perhatian kepada tugas sebagai penerbit untuk filem dan televisyen terbitan Skop Productions yang mana beliau berkhidmat sebagai Pengarah Urusan.
Pada 2008, beliau menerbitkan filem Evolusi KL Drift arahan anak lelakinya, Mohd Syamsul yang ditayangkan pada 3 April hingga kejayaan kewangan dan kritis.[18] Kejayaan filem ini membawa kepada kesinambungannya yang ditayangkan pada 25 Mac 2010[19] dan turut mencetuskan siri TV adaptasi filem yang disiarkan di TV2 pada 2012.[20]
Pada 2012, beliau dan pelakon bertukar pengarah, Ahmad Idham mengumumkan akan bekerjasama menerusi sebuah filem aksi komedi hasil kerjasama Skop Productions milik Yusof dan Excellent Pictures milik Idham. Filem itu yang bertajuk Gangster Celop yang ditayangkan pada 21 Februari 2013 merupakan gabungan dari filem KL Gangster dan drama Apa Celop!, dibintangi oleh Syamsul Yusof, Kamal Adli dan Hanis Zalikha. Di dalam filem ini, Idham sebagai pengarah dan Yusof sebagai penerbit.[21]
Beliau bersama-sama dengan komposer Datuk Ramli M. S. dan penyanyi veteran Indonesia, Hetty Koes Endang menjadi juri tetap rancangan TV realiti, Gegar Vaganza musim keempat yang mula bersiaran pada 29 Oktober 2017 di Astro Ria.
Pada 28 Ogos 2013, filem terbitannya, KL Gangster 2 bocor di internet secara haram, dua bulan sebelum keluaran tayangan rasminya, iaitu pada 3 Oktober 2013. Ekoran kes ini, beliau membuat laporan polis dan mengadakan satu sidang media berhubung penyebaran filem itu secara haram.[22] Beliau juga memaklumkan bahawa tayangan tersebut hanya merupakan filem awal yang belum disunting oleh Syamsul dan kualiti tayangan serta gambarnya juga sekadar 50% sahaja.[23][24][25]
Pada 17 Februari 2016, Yusof dan anaknya Syamsul dan syarikat mereka, Skop Productions telah menang dalam kes saman yang dikemukan oleh penulis novel Aku Bohsia, Elias Idris yang mendakwa filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam arahan Syamsul diciplak dari novelnya, Aku Bohsia yang diterbitkan pada 1995.[26] Elias yang menggunakan nama pena ‘Anne Natasha Nita’ telah diarahkan membayar ganti rugi RM100,000 dan kos berjumlah RM40,000 kepada ketiga-tiga defendan. Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datin Azizah Nawawi selepas mendapati plaintif gagal membuktikan defendan melanggar hak cipta terpelihara novel Aku Bohsia dalam filem yang diterbitkan pada 2009.[27][28][29]
Pada September 2017, beliau mengecam tindakan pengkritik filem kontroversi, Mansor Puteh yang melabel karyanya sebagai bahan tong sampah. Bahkan, Syamsul dan Syafiq turut menjadi sasaran.[30]
Datuk Yusof berkahwin sebanyak dua kali. Beliau pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Allahyarhamah Raja Noor Saadah Salehuddin pada 1978 dan bercerai pada 1980, pasangan ini tidak dikurniakan anak; Raja Noor Saadah meninggal dunia pada 19 Disember 2017. Perkahwinan kedua beliau ialah bersama Datin Fatimah Ismail pada 1982 dan dikurniakan empat anak serta lima cucu. Anak-anak mereka ialah Mohd Faizal (lahir 1983), Mohd Syamsul (lahir 1984), Nursyamin (lahir 1988) dan Mohd Syafiq (lahir 1992).[31] Anak sulungnya, Faizal berkahwin dengan Nazariah Harun dan mempunyai 3 anak. Syamsul berkahwin dengan pelakon Puteri Sarah Liyana pada 8 Mac 2014,[32][33][34] manakala Syafiq berkahwin dengan Aisyeah Zainal pada 5 April 2014.[35][36]
Pada 7 Julai 2014, jam 2:30 pagi kediaman beliau yang diberi nama Darul Haslam telah dipecah masuk di Taman Melawati, Kuala Lumpur. Menyedari rumahnya dipecah masuk, beliau melepaskan tembakan sebagai amaran sehingga menyebabkan perompak yang memasuki rumahnya melarikan diri. Beliau yang ketika itu sedang menonton televisyen terdengar jeritan pembantu rumahnya yang berada di tingkat bawah rumahnya dan terus mencapai pistol Glock miliknya dan melepas tiga das tembakan.[37]
Pada 13 Oktober 2017, beliau dimasukkan ke Hospital Tawakkal akibat muntah-muntah, selepas disyaki mengalami keracunan makanan. Keadaannya dilaporkan stabil dan dibenarkan bertugas seperti biasa.[38][39][40]
Yusof mempunyai beberapa pelakon yang berlakon di dalam lebih daripada satu filem arahannya. A. Galak dan Erra Fazira ialah pelakon yang kerap berkerjasama dengan beliau, muncul dalam 9 filem.
Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan |
Tahun | Tajuk | Dikreditkan sebagai | Watak | Catatan | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Pelakon | Pengarah | Penulis | Penerbit | ||||
1972 | Laksamana Do Re Mi | Penonton perlawanan | Filem pertama, pelakon tambahan | ||||
1975 | Permintaan Terakhir | Idham | |||||
Jiwa Remaja | Yusof | ||||||
1976 | Loceng Maut | Tok Penghulu | |||||
Sayang Anakku Sayang | Pengurus Jabatan Kebajikan Masyarakat | ||||||
Cinta dan Lagu | Malek | ||||||
1979 | Tiada Esok Bagimu | Amir | |||||
1980 | Detik 12 Malam | Remie | |||||
1981 | Ribut Barat | Adnan | |||||
Jejak Bertapak | |||||||
Bukit Kepong | MM Jaafar Hassan | ||||||
1982 | Sikit Punya Gila | Abang Yusof | Pelakon undangan | ||||
Senja Merah | Anuar | ||||||
Penentuan | Hafsham | ||||||
1983 | Mekanik | Ketua Mafia Jahat | |||||
1984 | Di Ambang Kasih | Rusdi | |||||
Melati Putih | Hisham | ||||||
Jauh Di Sudut Hati | |||||||
1987 | Rahsia | Dato' Karim | |||||
Wira Angkasa | Leftenan Ridzuan | ||||||
1990 | Driving School | Dato' Zahlol | |||||
1991 | Juara | Joe Martino | |||||
Bayangan Maut | ASP Razlan | Filem arahan pertama | |||||
Harry Boy | |||||||
Shakila | Zahari | Pelakon undangan | |||||
1993 | Pemburu Bayang | Ramon | |||||
Balada | Sunny | ||||||
1994 | Sembilu | — | |||||
1995 | Sembilu II | — | |||||
1996 | Maria Mariana | — | |||||
Tragedi Oktober | — | ||||||
1997 | Gemilang | Cerita | — | ||||
1998 | Maria Mariana II | — | |||||
1999 | Bara | — | |||||
2000 | Pasrah | — | |||||
2001 | Gerak Khas The Movie | DSP Helmi | |||||
2002 | Gerak Khas The Movie II | SUPT Helmi | |||||
Mr. Cinderella | — | ||||||
2003 | Gila-Gila Pengantin | — | |||||
Janji Diana | — | ||||||
Mr. Cinderella 2 | — | ||||||
2004 | Gila-Gila Pengantin Remaja | — | |||||
2005 | GK3 The Movie | SUPT Helmi | |||||
Gila-Gila Pengantin Popular | Juri ujibakat | Penampilan khas | |||||
Sembilu 2005 | — | Filem arahan terakhir | |||||
2008 | Evolusi KL Drift | — | |||||
2009 | Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam | — | |||||
2010 | Evolusi KL Drift 2 | — | |||||
2011 | Khurafat: Perjanjian Syaitan | — | |||||
KL Gangster | — | ||||||
Aku Bukan Tomboy | Cerita | — | |||||
2012 | Jalan Kembali: Bohsia 2 | — | |||||
SAM: Saya Amat Mencintaimu | — | ||||||
2013 | Gangster Celop | — | |||||
KL Gangster 2 | — | ||||||
2014 | Abang Long Fadil | — | |||||
2015 | Villa Nabila | — | Penerbit bersekutu | ||||
2016 | Mat Moto | — | |||||
Munafik | — | ||||||
Desolasi | — | ||||||
2017 | Abang Long Fadil 2 | Dirinya sendiri | Penampilan khas | ||||
KL Wangan | Ketua Polis | ||||||
2018 | KL Special Force | — | |||||
Munafik 2 | — | ||||||
Tangisan Akinabalu | DSP Ranau | Penampilan khas | |||||
Operasi X | SAC Dato' Mokhtar | ||||||
2019 | Misteri Dilaila | — | |||||
Rise to Power: KLGU | — | Juga sebagai penerbit eksekutif | |||||
Banglo No. 99 | Tengku Izzuddin Shah | ||||||
2020 | Bulan dan Pria Terhebat | — | Penerbit bersekutu | ||||
2021 | Penunggang Agama | — | |||||
Mat Bond Malaya | Ejen 1 | Penampilan khas | |||||
Penunggang Agama 2 | — | ||||||
Siapa Tutup Lampu? | Dr. Ali | Penampilan khas | |||||
Tarantula X | Dr. Yusof Enstein | ||||||
2022 | Abang Long Fadil 3 | Pengarah filem | |||||
2023 | Harum Malam | — | Penerbit eksekutif | ||||
Polis EVO 3 | — | ||||||
Budak Flat | — | ||||||
2024 | Sheriff: Narko Integriti | Cerita | — | ||||
Padu | — | Penerbit bersekutu | |||||
Housekeeping | — | Penerbit eksekutif | |||||
Telekinesis | — | ||||||
Don Dukun | Pak Samad | ||||||
2025 | Game Of Life | — | Penerbit eksekutif; Pra-produksi | ||||
Blood Brothers | — | ||||||
TBA | Munafik 3 | — | Pos-produksi | ||||
Tahun | Tajuk | Dikreditkan sebagai | Watak | Saluran TV | Catatan | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Pelakon | Pengarah | Pencipta | Penerbit | |||||
1983–1984 | PJ Holdings | Jamil | TV1 | Drama pertama | ||||
1985/86 (Musim 1 & 2 ) | Remang-Remang Kota Raya | ASP Alif | Drama arahan pertama | |||||
1987/88 (Musim 1 & 2) | Harimau Rimba | Leftenan Jantan | ||||||
1988 | Disebalik Ombak | Inspektor | ||||||
1989/90/91 (Musim 1,2 & 3) | Debu-Debu Kotaraya | ASP Jefri | ||||||
1991 | Metro Skuad | ACP Osman Salleh | ||||||
1992 | Detik Metropolitan | ASP ketua Unit Operasi | ||||||
1993 | Roda Roda Kotaraya (Musim 1) | ASP Anuar | ||||||
1994 | Skuad Khas | DSP Unit Khas | ||||||
1995 | Roda Roda Kotaraya (Musim 2) | DSP Anuar | ||||||
1998, 2008–2013 | Roda-Roda Kuala Lumpur | — | TV1, TV2 | |||||
1999–2011, 2014–2021 | Gerak Khas | DCP Datuk Helmi | TV1, TV2, TV3 | Penerbit bersama | ||||
2000 | Maria Mariana The Series | — | TV3 | |||||
2003 | Sembilu | — | TV2 | |||||
2005 | Meniti Bara | — | ||||||
2006 | Janji Diana | — | TV2, Astro Prima | |||||
2005–2007 | Sembilu Kasih | — | TV3 | |||||
2007 | Airmata Maria | — | ||||||
2008 | Farah Syakira | — | TV2 | |||||
2009–2011 | Si Capik | — | ||||||
2011 | Serapah Darah Bulan Madu | — | Astro Prima | |||||
Khurafat The Series | — | Astro Ria | ||||||
2012–2013 | Metro Skuad | — | TV2 | |||||
2012–2013 | Evolusi KL Drift: The Series | — | ||||||
2013 | Sopi Sekuriti | — | Astro Warna | |||||
2014 | Jalan Kembali | — | TV2 | Adaptasi dari filem Jalan Kembali: Bohsia 2. Lakonan pertama Hafiz Hamidun. | ||||
Siri Bercakap Dengan Jin (Musim 1) | — | Astro Mustika HD | ||||||
Tanah Kubur (Musim 9) | Pak Kamil | Astro Oasis | Episod: "Qasaf" | |||||
Tanah Kubur (Musim 13) | Johan | Episod: "Jangan Ceraikan Kamu, Kamu, Kamu" | ||||||
2015 | Siri Bercakap Dengan Jin (Musim 2) | — | Astro Prima | |||||
2015–2016 | Cinta Dari Marikh | — | TV2 | |||||
2017 | Dia Bidadariku | — | Astro Ria | |||||
My Darling, Inspektor Daniel | — | |||||||
2018 | Sejadah Untuk Dia | — | Astro Oasis | |||||
KL Gangster: Underworld | — | Iflix | Penerbit eksekutif | |||||
Mata Ketiga | — | Tonton | ||||||
2020–2021 | KL Gangster: Underworld 2 | — | Iflix, WeTV | Penerbit eksekutif | ||||
2021 | Single Terlalu Lama | Datuk | TV3 | Penampilan khas | ||||
Diva Popular | Awesome TV | |||||||
2021–2022 | Gerak Khas Undercover | — | TV3 | |||||
2022 | Kuasa | — | Astro Citra | |||||
2023 | Special Force: Anarchy | — | Disney+ Hotstar | Penerbit eksekutif | ||||
Persepsi | — | Astro Ria | ||||||
2024 | Polis Peronda | — | TV3 |
Tahun | Tajuk | Dikreditkan sebagai | Watak | Saluran TV | Catatan | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Pelakon | Pengarah | Penerbit | |||||
1976 | Madu Beracun | Shamsul | TV1 | Telefilem pertama | |||
1986 | Rumah Maut | ||||||
1998 | Tirai Kasih | — | Astro Ria | ||||
2000 | Sebalik Bayangan | TV3 | |||||
2012 | Asmara Beijing | — | Astro Citra | Telefilem arahan pertama | |||
2017 | Kalut Nak Raya | — | Astro Warna |
Tahun | Tajuk | Sebagai | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2013 | Maharaja Lawak Mega 2013 | Juri | Astro Warna | |
2014 | Hlive: Apa Khabar Malaysia | Tetamu undangan | Astro Ria | |
2015 | Projek Komedi Warna | Juri | Astro Warna | |
2016 | Gegar Vaganza (musim 3) | Juri Jemputan | Astro Ria | |
2017 | Gegar Vaganza (musim 4) | |||
2019 | Sepahtu Reunion Live | Kameo | Astro Warna | Episod: "Lelaki Kiriman" |
Gegar Vaganza (musim 6) | Juri Jemputan | Astro Ria | ||
2022 | Sepahtu Reunion Al-Raya | Kameo | Astro Warna | Episod: "Guntingkan Kesedihanmu" |
Master in the House Malaysia | Master | TV3 | ||
Fit for Action | Ketua juri | |||
2023 | Sepahtu Reunion Live | Kameo | Astro Warna | Episod: "Kerana Aku Manusia Biasa" |
2024 | Kilauan Emas 6 | Juri jemputan | Astro Prima |
Tahun | Tajuk | Sebagai | Saluran/Aplikasi Siniar | Catatan |
---|---|---|---|---|
2022 | Borak Selebriti Sinar | Artis jemputan | Sinar (Malaysia) | bersama Dina Nadzir & Falyq Hikyle |
2023 | Raksasa Manja | Raksasa Manja (Malaysia) | bersama Mr Bop & Mr Bon | |
2024 | Show Dalam Bilik | Ohbulan Official (Malaysia) | bersama Amat Larbsib | |
Apa Cerita? | Apa Cerita? (Malaysia) | bersama Asyraf Khalid & Ishraq Kamarudin | ||
Dols Podcast | Shuib Channel (Malaysia) | bersama Shuib Sepahtu, Shuk Sahar & Fizie Roslan |
Datuk Yusof Haslam dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik pada Festival Filem Malaysia (FFM) 1984 menerusi Mekanik. Sebagai menghargai sumbangan Datuk Yusof dalam industri perfileman negara, beliau dianugerahkan pingat Ahli Mangku Negara (AMN) pada 1993 dan Panglima Jasa Negara (PJN) pada 2001 yang membawa gelaran Datuk. Pada September 2017, beliau dianugerahkan Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman di Festival Filem Malaysia ke-29 atas sumbangannya.
Beliau telah dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah Kehormat Sastera Seni dalam bidang perfileman oleh Universiti Terbuka Malaysia (OUM) pada 22 September 2018.[43]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.