Deen Maidin
Pelakon lelaki Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Shamsuddin Maidin atau lebih dikenali sebagai Deen Maidin ialah seorang pelakon lelaki Malaysia . Beliau terkenal dengan watak lakonannya sebagai Detektif Lingam dalam drama kepolisan Gerak Khas yang disiarkan di TV2, di mana beliau juga merupakan salah seorang daripada tujuh pelakon asal drama itu sejak diperkenalkan pada 1999.[1][2]
Deen Maidin | |
---|---|
Kelahiran | Shamsuddin bin Maidin 1965 (umur 59–60) |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 1996—kini |
Terkenal kerana | Detektif Lingam dalam Gerak Khas |
Pasangan | Haslina Laili |
Anak-anak | 3 |
Kehidupan awal
Deen Maidin dilahirkan di Kuala Lumpur. Bapanya berasal dari Kerala, India. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Ulu Kelang.[3]
Kehidupan peribadi
Deen Maidin berkahwin dengan Haslina Laili dan dikurniakan tiga anak–Umar Farouq, Umeir Fazeel dan Umairah Fairuz. Beliau dan isteri turut dikurniakan seorang cucu, Luthfia Nur Medina. Deen juga ialah pemilik gerai makan Dapur Gerak Khas (dinamakan sempena drama lakonannya) yang mula beroperasi di Medan Selera Taman Kosas, Ampang, Selangor pada 19 September 2020.[4]
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1996 | Maria Mariana | Penjahat 1 | Filem pertama |
1997 | Gemilang | Kaki Penjudi II | |
1998 | Maria Mariana II | Mat Motor | |
1999 | Bara | Maniam | |
Entrapment | Pengawal Keselamatan | Filem pertama Hollywood sebagai pelakon tambahan | |
2001 | Gerak Khas The Movie | Detektif Lingam | |
2002 | Gerak Khas The Movie II | ||
2005 | Gangster | Mapley Loco | |
GK3 The Movie | Detektif Lingam | ||
2013 | KL Gangster 2 | Ketua Gangster 2 India | |
2019 | Banglasia | Bapa Laboni | |
Tiada Tajuk | Pak Mat Besi | ||
2022 | Hantu Kuat Ketawa | Mangsa Scammer | Penampilan khas |
Abang Long Fadil 3 | |||
2023 | Budak Flat | Ketua Kumar | |
2024 | HRD Corp Raya 2024: Masa | Pengawal keselamatan | Filem pendek |
Housekeeping | Chief |
Drama
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1995 | Antara Maruah dan Pengorbanan | TV1 | Drama pertama | |
1998–1999 | Roda-Roda Kuala Lumpur | L/Kpl Maniam | ||
1999–2011, 2014–2021 | Gerak Khas | S.M. Detektif Lingam | TV1, TV2, TV3 | |
2013 | Metro Skuad (Musim 2) | Tango | TV2 | Episod: "Jejak Di Beijing" |
Muthu | Episod: "Kes Cina Buta" | |||
2022 | Kudeta | Tuan Zaki | Astro Ria | |
Telefilem
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2014 | Rock Sangkut | Pak Mat Besi | Astro Prima |
2021 | Pelangi Petang | TV2 | |
2022 | Appa | Appa | TV Okey |
Televisyen
Tahun | Tajuk | Penaran | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2013 | Betul ke Bohong? (Musim 4) | Artis Jemputan | Astro Warna | Episod 10 |
2014 | Betul ke Bohong? (Musim 5) | Episod 5 | ||
2015 | Betul ke Bohong Sayang? (Musim 8) | Kumpulan Pasangan | Episod 4 | |
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.