Hantu Kuat Ketawa

From Wikipedia, the free encyclopedia

Hantu Kuat Ketawa ialah sebuah filem komedi seram Malaysia 2022 arahan dan skrip oleh Mawi. Filem ini ditayangkan pada 27 Januari 2022 di Astro First.[1]

Fakta Segera Pengarah, Penulis ...
Hantu Kuat Ketawa
PengarahMawi
PenulisMawi
Dihasilkan oleh
  • Mawi
  • Zunaidah Idris
  • Ekin Rahmat
  • Mohd Azhar Ariffin (eksekutif)
  • Aenn Rahmat (eksekutif)
Dibintangi
Sinematografi
  • Che Mie
  • Ruddy Armizal Othman
Disunting olehAdam Ghazalli
Muzik olehDaninas Huza Daud
Syarikat
penerbitan
Mawi World Entertainment
Tarikh tayangan
27 Januari 2022 (Malaysia)
Masa tayangan
90 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM500,000
Tutup

Sinopsis

Mengisahkan tentang sekumpulan ‘scammer’ yang dikenali sebagai Engkau Scam amat dikehendaki oleh pihak berkuasa. Mereka cuba melarikan diri dan bersembunyi di dalam sebuah hutan. Dalam tempoh persembunyian, mereka sering diganggu oleh entiti misteri dan suara ketawa yang tidak henti-henti sehinggakan mereka sendiri seakan-akan dirasuk oleh hantu ketawa. Akibatnya, mereka akan ketawa tanpa henti tanpa sebab.

Pelakon

Penerbitan

Hantu Kuat Ketawa diarahkan oleh Mawi dan filem kedua arahannya selepas Tiada Tajuk (2019). Untuk filem ini, Mawi berkata, beliau lebih mementingkan aspek komersial kerana sasaran penonton di Astro First amat berbeza berbanding di pawagam. Menurutnya, tajuk asal filem ini ialah The Scammer Ghost, namun ditukar kepada Hantu Kuat Ketawa kerana disifatkan "lebih mesra kanak-kanak".[2]

Keluaran

Hantu Kuat Ketawa dikeluarkan pada 27 Januari 2022 di Astro First tanpa ditayangkan di pawagam.[3] Filem ini berjaya menduduki carta 5 teratas Astro First.[4][5]

Namun, tidak lama selepas ia dikeluarkan, salinan filem ini telah menjadi mangsa rompakan digital.[6]

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.