From Wikipedia, the free encyclopedia
Banglo No. 99 ialah filem seram ngeri Malaysia 2019 arahan Khir Mohd Noor. Berdasarkan daripada mitos yang mengelilingi 99 Mansion Nibong Tebal, filem ini memfokuskan kepada kediaman Tengku Izzudin Shah, yang tinggal di sana bersama isteri dan anaknya. Malangnya, semua ahli keluarganya meninggal secara misteri.[1] Filem ini ditayangkan pada 12 Disember 2019.[2]
Banglo No. 99 | |
---|---|
Pengarah | Khir Mohd Noor |
Dihasilkan oleh | Roshan Dass |
Dibintangi |
|
Syarikat penerbitan | Xtreme 5 Productions Sdn Bhd |
Tarikh tayangan | 12 Disember 2019 (Malaysia) |
Masa tayangan | 90 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Berdasarkan dari mitos yang mengelilingi 99 Mansion Nibong Tebal, Banglo No. 99 berkisarkan kediaman Tengku Izzudin Shah, yang tinggal di sana bersama isteri dan anaknya. Malangnya, semua ahli keluarganya meninggal secara misteri. Sebelum dia sendiri meninggal dunia, dia meminta rumahnya dijadikan rumah sakit. Namun, rumah itu kini ditinggalkan terbengkalai selama 30 tahun. Hisyam, seorang kontraktor, menawarkan untuk melakukan kerja pemulihan dan tawarannya diterima oleh firma Putera Shah. Bersama-sama, mereka berdua, bersama Rafael dan Camelia, mengunjungi rumah itu dan mendirikan khemah di dekatnya untuk malam itu. Itulah ketika mereka mula mengalami kejadian pelik dan menakutkan di rumah tersebut.
Banglo No. 99 berdasarkan daripada kisah mitos banglo 99 Nibong Tebal. Filem ini ialah filem sulung arahan Khir Mohd Noor.[5]
Filem ini juga menyaksikan pelakon Johan As'ari dan Bkay Nair kembali beraksi di hadapan kamera setelah sekian lama menyepikan diri.[5]
Banglo No. 99 dikeluarkan pada 12 Disember 2019. Teaser treler rasmi filem ini dikeluarkan pada 17 November 2019,[6] manakala treler rasmi filem ini dikeluarkan pada 21 November 2019.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.