Filem aksi dan patriotik Malaysia 1982 arahan Jins Shamsuddin From Wikipedia, the free encyclopedia
Bukit Kepong merupakan sebuah filem aksi perang Malaysia 1981 yang diarahkan oleh Jins Shamsuddin dan dibintangi oleh dirinya sendiri, A. Rahim dan Hussein Abu Hassan. Filem ini berdasarkan kisah sebenar Serangan komunis di Bukit Kepong. Filem ini memenangi lapan anugerah dalam Festival Filem Malaysia ke-3, temasuk Filem Terbaik.[1] Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 29 April 1981. Filem ini merupakan filem termahal dalam dekad 80-an dengan kos pembuatan sebanyak RM1.3 juta.[2]
Bukit Kepong | |
---|---|
Pengarah | Jins Shamsuddin |
Penulis |
|
Lakon layar | Jins Shamsuddin |
Cerita oleh | PPP Ismail Johari |
Berdasarkan | Peristiwa Bukit Kepong |
Dihasilkan oleh | Jins Shamsuddin |
Dibintangi |
|
Sinematografi | S. Mohan |
Disunting oleh | Johari Ibrahim |
Syarikat penerbitan | |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 110 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bajet | RM 1.3 Juta |
Pecah panggung | RM 1.7 Juta |
Filem ini kemudiannya telah disunting semula oleh United Studios (syarikat pengedar dan pemasaran di bawah KRU International), yang melabur dalam pemulihan dan peningkatan HD dengan kos berjumlah RM100,000. Kerja teknikal sebenar dilakukan oleh Prodigital Lab (milik KRU Malaysia).[3]
Cerita perjuangan pasukan polis dan masyarakat tempatan di Bukit Kepong, Johor melawan komunis pada tahun 1950. Kemuncak pertempuran berlaku pada 23 Februari di Balai Polis Bukit Kepong yang mempunyai 18 orang anggota. Filem ini menggambarkan semangat waja yang ditunjukkan oleh pasukan polis, walaupun mereka diserang oleh 180 orang pengganas komunis, tetapi mereka tetap berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir untuk mempertahankan negara.[4]
Anggota PDRM telah diberikan tanggungjawab melakonkan watak masing-masing dalam filem ini:
Pengarah, penerbit dan pelakon utama filem ini, Jins Shamsuddin menjelaskan bahawa filem ini dilakukan berdasarkan fakta sejarah dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia dan Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar. Dia turut menemu bual pengganas komunis yang menyerah diri selepas insiden serangan di balai polis berkenaan serta penduduk kampung Bukit Kepong. Sebelum pembikinan filem itu, keluarga Mohamad Indera ada berjumpanya dan meminta supaya tidak terlalu menonjolkan kejahatan anggota PKM itu.[5]
Anugerah | Kategori | Penerima | Hasil |
---|---|---|---|
Festival Filem Malaysia ke-3, 1982 | Filem Terbaik | Jins Shamsuddin | Menang |
Pengarah Terbaik | Menang | ||
Pelakon Lelaki Terbaik | Tercalon | ||
Anugerah Khas Juri | Menang | ||
Lakonlayar Terbaik | Aimi Jarr, Yusof Ariffin, Ismail Johari | Tercalon | |
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik | A. Rahim | Tercalon | |
Hussein Abu Hassan | Tercalon | ||
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik | Jamaliah Arshad | Tercalon | |
Jurukamera Terbaik | S. Mohan | Menang | |
Penataan Seni Terbaik | Yusoff Ariffin | Menang | |
Penataan Bunyi Terbaik | Peter Lim & Zulkifli Salleh | Menang | |
Bintang Harapan | Suhaina Yahya | Menang | |
Dali Abdullah | Tercalon |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.