Jaguh bina badan Asia, pelakon dan pengacara Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Dato' Haji Abdul Malek Mohamed Noor (lahir 9 November 1954)[1] atau lebih dikenali sebagai Malek Noor ialah seorang bekas jaguh bina badan, pelakon dan pengacara Malaysia. Beliau berasal dari Batu Pahat, Johor, Malaysia.
Yang Hormat Dato' Haji Malek Noor DIMP (Pahang) | |
---|---|
Kelahiran | Abdul Malek Mohamed Noor 9 November 1954 |
Pekerjaan | Jaguh bina badan, pelakon, pengacara, penerbit |
Tahun aktif | 1983–kini |
Pasangan | Datin Dr. Wan Asma Wan Ismail (k. 2012) |
Malek Noor pernah menyertai pertandingan bina badan Asia peringkat heavyweight sebanyak 6 kali dan juga membintangi beberapa filem seperti Ujang pada 1980-an.
Antara pingat yang diraih oleh Datuk Malek Noor ialah :
Antara pertandingan yang disertainya ialah :
Tubuh sasa beliau membolehkan beliau dijemput berlakon dalam beberapa filem di Malaysia . Watak yang dipegangnya sesuai tubuh badannya. Filem yang dilakonkannya ialah Ujang (1988), Juara (1991), Bayangan Maut (1991), Kelisa (1992), Rimba Malam (1992), Sahabat (1992), XX Ray (1992) dan Pemburu Bayang (1993).
Malek juga pernah menghasilkan sebuah album pada 1990-an. Dalam teledrama Damak, beliau memegang watak tok guru yang handal bersilat. Drama ini diarahkan oleh Dato' Zulkifli M. Osman.
Beliau menjalankan perniagaan membekal barangan fitness di bawah syarikatnya Sportec’s Divemate Sdn. Bhd. Beliau juga pengarah eksekutif Universal Fitness and Leisure (UFL) . Menerusi perniagaan ini beliau telah merantau seluruh Amerika Syarikat dan Hong Kong selama lebih 30 tahun. Kini beliau menjual syer dalam syarikat KK Design kerana tidak berhajat menetap di Hong Kong. Semasa di Denver, Amerika Syarikat Malek melihat pelbagai bentuk kepercayaan.
Berkat perniagaan yang diceburinya membolehkan beliau menderma kepada pelakon Allahyarham Yusni Jaafar, bekas pemain bola sepak kebangsaan, Datuk Santokh Singh dan bekas atlet olahraga kebangsaan, Ishtiaq Mubarak dan lain-lain.
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1988 | Ujang | Ujang | Filem pertama |
Keys to Freedom | Samseng Otot | ||
1989 | Pendekar Mata Satu | Gulandra | Filem usahasama Malaysia-Indonesia |
1991 | Juara | Malek | |
Bayangan Maut | Bouncer Kelab Malam | Penampilan khas | |
1992 | Kelisa | ||
Rimba Malam | Bani | ||
Sahabat | Kamil @ Badak | ||
XX Ray | Pembeli Topi Keledar | Penampilan khas | |
1993 | Pemburu Bayang | Razif | |
1999 | Hasrat | — | Sebagai penerbit bersama |
2020 | Tyickoouns | Orang Jahat 2 | Penampilan khas |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1997 | Pi Mai Pi Mai Tang Tu (Musim 17) | TV3 | Episod: "Don Juan" | |
2022 | Ex Aku Pontianak | Uncle Fuad | Astro Ria | |
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1997 | Sukan Dan Anda | Pengacara | TV1 | |
2017 | Temasya Sukan Ke Laut | Astro Warna | Bersama Abam Bocey | |
Sepahtu Reunion Live | Kameo | Episod: "Boxer Rabak" | ||
2020 | Sepahtu Reunion Al-Puasa | Episod: "Kemaafan Yang Terindah" | ||
2023 | The Masked Singer Malaysia (musim 3) | Peserta | Sebagai Abang Burger | |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.