rumpun kura-kura dan penyu From Wikipedia, the free encyclopedia
Testudines atau Cheloni[3] merupakan sebuah order reptilia yang bercirikan sebuah kulit keras buatan tulang atau rawan yang berkembang daripada rusuk dan berfungsi sebagai perisai.[4] Antara ahli-ahli yang tergolong dalam order ini ialah penyu, kura-kura, tuntung dan labi-labi.
Kura-kura dan penyu | |
---|---|
Kura-Kura Kotak Florida (Terrapene carolina) | |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Animalia |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Reptilia |
Klad: | Testudinata |
Order: | Testudines Batsch, 1788 [2] |
Subkumpulan[1] | |
Cryptodira | |
Diversiti | |
14 keluarga ekstan dengan kk. 300 spesies | |
biru: penyu, hitam: kura-kura dsb. |
Order Testudines merangkumi spesies yang wujud dan pupus. Ahli-ahli terawal terdapat sekitar 157 juta tahun dahulu,[1] maka inilah antara kelompok reptilia tertua malah lebih lama daripada rumpun ular mahupun buaya. Daripada 327 spesies yang diketahui wujud kini, sesetengahnya amat terancam.[5][6]
Testudines adalah ektoterma, iaitu haiwan yang umum dipanggil berdarah sejuk, maknanya suhu dalaman berbagai-bagai mengikut persekitaran. Akan tetapi disebabkan kadar metabolisme lebih tinggi, penyu belimbing mempunyai suhu badan yang ternyata lebih tinggi daripada air sekitarnya.
Testudines tergolong sebagai amniot, di samping reptilia lain, burung dan mamalia. Seperti amniot lain, Testudines bernafas udara dan tidak bertelur dalam air, biarpun banyak spesiesnya hidup dalam air.
Ilmu kaji kura-kura dan penyu dipanggil keloniologi, sempena perkataan Yunani bagi haiwan berkenaan. Juga digelar testudinologi, sempena nama Latin bagi haiwan yang sama.
Penyu secara umumnya merujuk kepada superkeluarga Chelonioidea yang menjadikan laut sebagai habitat kekal mereka.
Labi-labi ialah superkeluarga Trionychia yang biasanya memiliki ciri-ciri fizikal seperti karapas (cangkerang belakang) yang lebih lembut, serta menjadikan kawasan air tawar sebagai habitat semulajadi.
Umumnya, kura-kura ialah selain daripada superkeluarga Chelonioidea dan Trionychia. Mereka mempunyai jaringan keluarga yang lebih luas, memiliki tempurung karapas yang lebih keras, mendiami hampir kesemua kawasan darat dan berair seperti air tawar dan air payau di muka bumi. Manakala, baning, juku-juku, tuntung dan sebagainya ialah istilah tempatan yang juga merujuk kepada kura-kura atau sebahagian daripada haiwan ini.
Filogeni ahli-ahli Testudines yang berikut berasaskan hasil kerja Crawford et. al. (2015)[7] serta Guillon et. al. (2012).[8]
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Order Testudinata Klein 1760[9]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.