Ektoterma (dari perkataan Yunani εκτός (ektós) "luar" dan θερμός (thermós) "panas") merupakan organisme yang mana punca fisiologi dalaman untuk menghasilkan haba agak kecil atau tidak begitu penting dalam mengawal suhu badan.[1] Hidupan-hidupan sedemikian (misalnya, katak) bergantung pada punca haba persekitaran[2] yang membolehkannya untuk hidup pada kadar metabolisme yang cukup cekap.[3] Sesetengah haiwan sedemikian hidup dalam persekitaran di mana suhunya agak malar, seperti di kawasan lautan abis. Sebaliknya, di mana suhunya banyak berubah sehingga menyusahkan aktiviti fisiologi jenis ektoterma yang lain, kebanyakan spesies biasanya mencari punca atau perlindungan dari haba; misalnya, kebanyakan reptilia mengawal suhu badan dengan berjemur di bawah matahari, atau mencari tempat berteduh apabila perlu. Berbanding dengan ektoterma, endoterma amat bergantung pada proses metabolisme dalaman.
Rujukan
Wikiwand in your browser!
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.