From Wikipedia, the free encyclopedia
Labi-labi Hidung Babi atau nama saintifiknya Carettochelys insculpta adalah sejenis labi-labi yang terdapat di Asia Tenggara, termasuk juga di Malaysia.
Labi-labi Hidung Babi | |
---|---|
Individual muda dalam kurungan di Slovakia. | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Subfilum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Suborder: | |
Superkeluarga: | |
Keluarga: | Carettochelyidae |
Genus: | Carettochelys |
Spesies: | C. insculpta |
Nama binomial | |
Carettochelys insculpta Ramsay, 1886[1] | |
Sinonim[2] | |
|
Carettochelys insculpta adalah satu-satunya genus Carettochelys, iaitu subkeluarga Carettochelyinae dan keluarga Carettochelyidae. Sesetengah kajian menyatakan terdapat dua subspesies, namun penemuan terkini telah membatalkan dakwaan tersebut.[3]
Labi-labi Hidung Babi memiliki kaki yang berselaput renang seperti penyu. Mereka digelar "Hidung Babi" kerana memiliki hidung seperti babi, iaitu lubang hidung yang besar dan agak menonjol. Karapas (Cangkerang belakang) berwarna kelabu atau berwarna zaitun, manakala plastron (cangkerang bawah) berwarna krim. Labi-labi jantan memiliki ekor yang lebih panjang dan halus berbanding betina. Mereka boleh membesar sehingga 70 cm (28 in) panjang dengan berat melebihi 20 kg (44 lb).
Tidak seperti labi-labi dari keluarga Trionychidae, Labi-labi Hidung Babi mempunyai tulang berbentuk kubah disebalik karapasnya yang dilindungi oleh lapisan kulit nipis. Malah, plastronnya dihubungkan dengan karapas oleh tulang yang keras.[4]
Mereka tidaklah bersifat akuatik spenuhnya. Masih sedikit yang diketahui mengenai labi-labi ini, walaupun pelbagai kajian mengenainya masih dilakukan. Tindakan agresif mereka[5] terutamanya labi-labi yang dibela mungkin disebabkan mereka memiliki sifat pemilikan wilayah (territorial) berbanding kura-kura.
C. insculpta bersifat maserba, diet mereka adalah pelbagai merangkumi buah-buahan, daun serta krustasia, moluska dan serangga.
Labi-labi betina mencapai kematangan seksual pada umur 18 tahun atau lebih, dan jantan sekitar 16 tahun. Mereka bertelur akhir musim kemarau di tebing-tebing berpasir. Apabila anak labi-labi hampir menetas, mereka tetap berada di dalam telurnya untuk berhibernasi hibernation sehinggalah keadaan sesuai untuk mereka keluar. Proses penetasan mungkin terganggu disebabkan banjir atau paras air meningkat.
Di Malaysia, ia merupakan sejenis haiwan yang dilindungi di bawah UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 686 AKTA PERDAGANGAN ANTARABANGSA MENGENAI SPESIES TERANCAM 2808.[6]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.