Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Status pemuliharaan sekumpulan organisma (sebagai contoh, spesies), merupakan penanda sama ada kumpulan tersebut masih hidup dan kebarangkaliannya masih akan terus berkekalan untuk masa yang akan datang. Pelbagai faktor diteliti untuk menilai status pemuliharaan: bukan sekadar bilangan hidupan yang masih wujud, tetapi mengambil kira segala peningkatan atau penurunan populasi sepanjang masa, kadar pembiakan dan sebarang ancaman.tpop
Senarai Merah Spesies Terancam IUCN ialah sistem penyenaraian dan pemeringkatan status pemuliharaan yang paling terkenal di dunia. Sistem ini membahagikan spesies-spesies yang terancam kepada tiga kategori, iaitu Critically Endangered (CR, terancam genting), Endangered (EN, terancam), dan Vulnerable (VU, rentan). Juga tersenarai ialah catatan kepupusan yang berlaku sejak 1500 AD dan takson-takson yang sudah pupus di alam luar. Takson-takson yang kurang teranam juga dibahagi kepada kategori.
Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Flora dan Fauna Liar Terancam (CITES) bertujuan memastikan bahawa perdagangan spesimen hidupan luar di peringkat antarabangsa tidak mengancam kemandirian spesies-spesies terbabit.
Panduan pengguna untuk makanan laut, seperti Seafood Watch, secara amnya membahagikan ikan dan hidupan laut yang lain kepada tiga kategori, seiras dengan kategori status pemuliharaan:
Kategori-kategori tersebut bukan sekadar mencerminkan ancaman yang dialami hidupan-hidupan berkenaan, malah mengambil kira kesan kaedah dan tempat pemerolehan hasil laut kepada alam sekitar, seperti melalui tangkapan sampingan atau pukat tunda. Selalunya setiap hasil laut dinilai mengikut kelompok spesies, bukan spesies individu (e.g. ikan tuna atau sotong).
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.