From Wikipedia, the free encyclopedia
Kordat (Jawi: كوردت) ialah sekumpulan haiwan yang tergolong dalam filum Chordata, merangkumi haiwan vertebrat (bertulang belakang), dengan beberapa invertebrat (tidak bertulang belakang) yang berkait rapat. Ia disatukan dengan memiliki notochord, utas saraf dorsal berongga, liang pharyngeal, endostyle, dan ekor melepasi dubur (post-anal tail) , pada satu peringkat dalam kitaran hayat mereka. Sesetengah pakar sains menegaskan bahawa ia adalah kantung Branchial/pharyngeal dan bukannya liang.[perlu rujukan]
Chordata | |
---|---|
Ikan keli Glass (Kryptopterus vitreolus) ialah salah satu kordata yang mempunyai tulang belakang yang boleh dilihat dari luar. Saraf tunjangnya berada di dalam tulang belakangnya. | |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Animalia |
Klad: | ParaHoxozoa |
Klad: | Bilateria |
Klad: | Nefrozoa |
Superfilum: | Deuterostomia |
Filum: | Chordata Haeckel, 1874[1][2], Bateson, 1885 |
Kelas | |
Lihat di bawah |
Filum Kordata dipecahkan kepada tiga subfilum: Urochordata, Cephalochordata, dan vertebrat. Sesetengah saintis menganggap Hemichordata sebagai subfilum kordata keempat, tetapi biasanya ia dianggap filum berbeza. Larva urochordate memiliki notochord dan untaian saraf tetapi ia hilang apabila dewasa. Cephalochordate memiliki notochord dan untaian saraf tetapi bukan vertebrat. Dalam kesemua vertebrat kecuali bagi Hagfish, untaian saraf beronggal dorsal telah diselitupi dengan rawan (cartilaginous) atau vertebrat bertulang dan notochord mengecut dengan banyaknya.
Kordata dan tiga saudara phyla, hemichordate, echinoderm dan xenoturbellida, membentuk deuterostomes, iaitu superfilum. Kordata adalah filum terbesar dikalangan deuterostomes.
Kaitan antara kumpulan luas kordata ditunjukkan dalam gambarajah pokok filogenetik di bawah. Kebanyakan taksonomi(kiatgolong) disenaraikan tidak padan dengan kelas traditional disebabkan beberapa kelas tersebut adalah paraphyletik. Cubaan berbeza bagi menyelaras kepelbagaian clade kordata kepada kumpulan lebih kecil, sesetengahnya dengan dan sesetengahnya tanpa taksa paraphyletik, telah meletakkan pengelasan vertebrat dalam keadaan huru-hara (state of flux). Juga, kaitan sesetengah kumpulan kordata tidak difahami dengan baik.
Skema berikut dari edisi ketiga Vertebrate Palaeontology.[3] Sungguhpun ia berstruktur bagi menunjukkan kaitan evolusi (sama seperti cladistics), ia turut mengekalkan peringkat tradisi yang digunakan dalam taksonomi Linnaean.
Chordata |
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Nota:
Asal kordata pada masa ini tidak diketahui. Kordata yang jelas dapat dikenal pasti adalah ikan mudah (reduced fish)- atau spesimen seperti lancelet dari Kambria. Kebanyakan spekulasi mengenai asal mereka jatuh kedalam salah satu kategori berikut:
Notochord menjadi kaku dalam kebanyakan kordata mungkin telah berubah bagi mebantu keberkesanan pengucupan otot berselang bagi berenang (dalam pergerakan bentuk S). dalam kata lain, bagi melenturkan tubuh, otot memerlukan struktur kaku bagi manariknya, dan notochord (sekurang-kurangnya sebelum tulang belakang) adalah struktur asas bagi memberikan pengukuhan ini. Ketiadaan bahagian badan kaku mungkin menyebabkan haiwan menjadi pendek semasa pengucupan otot dan bukannya peregrakan lentur yang diperlukan bagi berenang.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.