Bahasa Yunani
bahasa yang ditutur di Greece, Cyprus dan Albania Selatan From Wikipedia, the free encyclopedia
Bahasa Yunani (bahasa moden: Ελληνικά, rumi: Elliniká) adalah bahasa Indo-Eropah dengan 3,500 tahun sejarah yang didokumentasikan. Bahasa ini juga dianggap sebagai salah satu bahasa tua yang masih bertahan hingga kini dengan jumlah kosa kata lebih kurang 600.000 kata. Kini, ia dituturkan oleh 15 juta orang di Yunani, Cyprus, bekas Yugoslavia, terutamanya di Makedonia Utara, Bulgaria, Albania, dan Turki. Terdapat juga banyak kaum emigran Yunani di seluruh dunia, seperti yang terdapat di Melbourne, Australia di mana populasi kaum tersebut merupakan kependudukan ketiga terbesar dari keseluruhan bandar-bandar di dunia selepas Athens dan Thessaloniki.
Bahasa Yunani | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Ελληνικά Ellinika | |||||||||
Asli kepada | Yunan, Cyprus baik juga komuniti-komuniti di Amerika Syarikat, Kanada, Australia, Jerman, Turki, Albania, Georgia, Itali dan Mesir. | ||||||||
Penutur bahasa | 15 juta | ||||||||
Indo-Eropah
| |||||||||
Abjad Yunani | |||||||||
Status rasmi | |||||||||
Bahasa rasmi di | Yunani, Cyprus, Kesatuan Eropah dan diakui sebagai bahasa minoriti di Itali dan Albania. | ||||||||
Kod bahasa | |||||||||
ISO 639-1 | el | ||||||||
ISO 639-2 | gre (B) ell (T) | ||||||||
ISO 639-3 | ell | ||||||||
|
Bahasa Yunani ditulis menggunakan abjad khas yang dipanggil abjad Yunani, huruf betul yang pertama, sejak abad ke-9 S.M dan sebelum itu, dalam Linear B dan dalam ejaan sukuan Cypriot.
Pengaruh
Kesusasteraan Yunani mempunyai tradisi yang panjang dan kaya. Pengakaran kata serapan dari bahasa Yunani telah digunakan secara luas selama berabad-abad dan terus digunakan secara luas untuk menciptakan kata-kata baru dalam bahasa lain. Bahasa Yunani dan Latin adalah sumber utama kosakata ilmiah internasional.
Dalam konteks sejarah bahasa Melayu, unsur bahasa Yunani mula diserap dalam beberapa fasa. Fasa pertama melalui dunia Islam yang bertembung dengan persuratan tamadun Yunani terutamanya bahasa Arab: seawal pembukuan ayat-ayat al-Quran oleh Uthman bin Affan yang merakam bahasa tuturan masyarakat Arab Mekah dan Madinah sezaman Nabi Muhammad didedahkan kepada bahasa kerajaan Byzantium yang memerintah rantau Syam[1] sampailah kepada pengungkapan ilmu terjemahan cendekiawan Yunani dilakukan dalam Baitul Hikmah diarahkan Khalifah Muawiyah I zaman Umaiyah[2][3] menerus kepada zaman kerajaan Abbasiyah,[4][5] kata-kata serap inilah yang kemudiannya diterapkan ke dalam perbendaharaan kata Melayu melalui persuratan ilmu pedagang Arab dan banyak lain dari dunia Islam. Fasa kedua menerapkan kata Yunani melalui kata pinjaman Latin yang dibawa melalui pendidikan Barat menggunakan bahasa-bahasa Inggeris dan Belanda semasa pendudukan penjajah Belanda dan British di rantau Nusantara.[6]
Lihat juga
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.