Mesir
negara di Afrika Utara dan Asia Barat From Wikipedia, the free encyclopedia
Republik Arab Mesir atau nama ringkasnya Mesir (Arab: مصر, rumi: Miṣr) merupakan sebuah negara di rantau Afrika Utara. Republik Arab Mesir bersempadan dengan Libya, Sudan, Semenanjung Gaza milik Palestin, Israel, Laut Mediterranean serta Laut Merah. Walaupun Mesir mempunyai keluasan tanah yang besar (1 juta km²), kebanyakan penduduknya mendiami kawasan-kawasan sepanjang tebing Sungai Nil, terutamanya bandar-bandar Kaherah dan Iskandariah.
Republik Arab Mesir ريڤوبليك عرب مصر جمهورية مصر العربية Jumhūriyyat Miṣr al-ʿArabiyyah | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Lagu kebangsaan: بلادى ,بلادى ,بلادى (Biladi, Biladi, Biladi) | |||||
Ibu negara dan bandar terbesar | Kaherah | ||||
Bahasa rasmi | Bahasa Arab | ||||
Pemerintahan | |||||
• Presiden | Abdel Fattah al-Sisi | ||||
Moustafa Madbouly | |||||
Penubuhan | |||||
kira-kira 3150 SM | |||||
• Kemerdekaan daripada United Kingdom | 28 Februari 1922 | ||||
• Pengisytiharan republik | 18 Jun 1953 | ||||
25 Januari 2011 | |||||
0.632 | |||||
Populasi | |||||
110,000,000 (15th) | |||||
94,798,827 | |||||
103.56/km2 (268.2/sq mi) (ke-118) | |||||
KDNK (PPP) | 2023 | ||||
• Jumlah | ▲ USD1.809 trilion[4] (ke-18) | ||||
▲ USD17,123[4] (ke-93) | |||||
KDNK (nominal) | 2023 | ||||
• Jumlah | ▼ USD398.397 bilion[4] (ke-38) | ||||
▼ USD3,770[4] (ke-127) | |||||
Gini (2017) | 31.5[5] sederhana | ||||
HDI (2021) | ▬ 0.731[6] tinggi · 97th | ||||
Mata wang | Paun Mesir ( EGP ) | ||||
Zon waktu | () | ||||
Arah memandu | kanan | ||||
Kod panggilan | +20 | ||||
DPT internet | .eg, مصر. | ||||
Laman sesawang rasmi egypt.gov.eg |
Kawasan Mesir merupakan tapak tamadun awal Mesir Purba. Monumen-monumen Mesir Purba seperti Piramid Giza, Sphinx, Kuil Luxor dan sebagainya menjadi tarikan berjuta-juta pelancong luar negeri setiap tahun. Kini, Mesir merupakan antara negara Arab terpenting di Timur Tengah.
Penamaan
Nama Mesir berasal dari istilah Arab: مِصر, rumi: Miṣr (lah. Fusha IPA: [mi̠sˤr], lah. Mesir [mesˤɾ]) yang merupakan perkataan Bahasa Arab Klasik al-Quran dan menjadi nama rasmi Mesir, sementara Maṣr (IPA: [mɑsˤɾ]; Arab Mesir: مَصر) ialah sebutan mengikut lahjah Mesir. Nama ini berasal dari bahasa Semitik, secara langsung terkait dengan nama Mesir dalam bahasa Semitik lainnya, seperti Ibrani מִצְרַיִם (Mitzráyim). Catatan tertua yang merujuk kepada nama Mesir tercatat dalam Bahasa Akkadia 𒆳 𒈪 𒄑 𒊒 KUR mi-iṣ-ru > miṣru,[7][8] yang berkait dengan istilah miṣru/miṣirru/miṣaru yang bermakna "perbatasan" atau "daerah pinggiran".[9]
Sejarah
Lembah Nil sudah menjadi kawasan petempatan kekal manusia sejak Zaman Paleolitik. Penduduk awal bertanam cucuk, memburu, serta memancing untuk menyara hidup. Menjelang 6000 S.M., kehidupan penduduk menjadi lebih berorganisasi. Firaun Menes telah menyatukan wilayah-wilayah di lembah Nil dan menubuhkan kerajaan Mesir yang pertama pada 3200 S.M. Dengan ini, pemerintahan Mesir secara dinasti bermula.
Zaman Mesir Purba
- Zaman Protodinastik (3200 - 3000 S.M.)
- Zaman Dinasti Awal (~3000 - 2575 S.M.)
- Dinasti Pertama (~3000 - 2890 S.M.)
- Dinasti Kedua (2890 - 2575 S.M.)
- Kerajaan Lama (~2630 - ~2150 S.M.)
- Zaman Pertengahan Pertama (~2150 - 2055 S.M.)
- Kerajaan Tengah (~2030 - 1640 S.M.)
- Zaman Pertengahan Kedua (~1640 - ~1549 S.M.)
- Kerajaan Baru (1550 - 1077 S.M.) - pemerintahan Tutankhamun
- Zaman Pertengahan Ketiga (1070 - 644 S.M.)
- Zaman Lewat (672 - 330 S.M.)
- Empayar Achaemenid (penaklukan Parsi pada 525 S.M.)
- Zaman Graeco-Rom
- Dinasti Ptolemaic (305 - 30 S.M.)
Di bawah firaun Ptolemaic Cleopatra, Mesir ditewaskan dan ditakluk oleh Empayar Rom selepas Perang Actium. Selepas pemisahan Empayar Rom, Mesir diletakkan di bawah Empayar Rom Timur, iaitu Empayar Byzantine yang beragama Kristian. Pada 639 M., Mesir dikuasai oleh kerajaan Arab yang dipimpin oleh Khalifah. Pada zaman inilah penduduk Mesir mula memeluk agama Islam. Mesir kemudiannya dijajah oleh kerajaan Turki Uthmaniyyah.

Zaman moden
Terusan Suez dibina pada 1869 dan menjadikan Mesir sebagai pusat perhubungan dan pengangkutan sedunia. Pertikaian antara kerajaan Uthmaniyah dan British mendorong kepada pengambilan kawasan Mesir oleh pihak British pada 1914. British melantik Husayn Kamil sebagai Sultan Mesir.

Akibat gerakan nasionalisme yang hebat, British mengiytiharkan kemerdekaan Mesir pada 22 Februari 1922. Kerajaan baru ditubuhkan dan bersifat raja berperlembagaan. Pada 1948, Mesir terlibat dalam serangan oleh negara-negara Arab terhadap Israel tetapi kalah dalam perang tersebut. Golongan nasionalis yang tidak puas hati telah menggulingkan institusi monarki pada 1952 dalam Revolusi Mesir dan mengisytiharkan Republik Arab Mesir pada 1953.
Gamal Abdul Nasser menjadi Presiden Republik pada 1954 dan mengisytiharkan kemerdekaan penuh daripada United Kingdom. Tindakan Abdel Nasser memiliknegarakan Terusan Suez pada 1956 mambangkitkan kemarahan United Kingdom dan Perancis, dan mengakibatkan konflik tentera, iaitu Krisis Suez. Dalam Perang Enam Hari 1967, wilayah Mesir, iaitu Semenanjung Sinai dan Genting Gaza ditakluk oleh Israel.

Abdel Nasser meninggal dunia pada 1970 dan digantikan oleh Anwar Sadat. Pada 1973, Mesir dan Syria melancarkan Perang Yom Kippur bagi mendapat balik wilayah Semenanjung Sinai dan Bukit Golan. Campur tangan pihak Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet berjaya memulakan gencatan senjata. Pada 1977, Sadat menandatangani perjanjian damai dengan Israel untuk mendapatkan balik Semenanjung Sinai. Tindakannya mencetuskan kemarahan dalam kalangan penduduk Arab di dalam dan luar Mesir. Pada 1981, Sadat telah dibunuh. Sadat digantikan oleh Hosni Mubarak yang merupakan Presiden Mesir sehingga digulingkan pada tahun 2011.
Geografi

Mesir terletak di antara latitud 22° dengan 32° U dan longitud 25° dengan 35° T. Dengan luas 1,001,450 kilometer persegi, Mesir ialah negara ke-30 terbesar di dunia. Oleh kerana iklimnya yang ekstrem dan gersang, sebagian besar populasi tertumpu di sepanjang Sungai Nil yang sempit dan delta sungai itu. Sekitar 99% penduduk Mesir menetap di kawasan lembah sungai Nil dan kawasan delta sungai.[10] Puncak tertinggi ialah Gunung Catherine di Semenanjung Sinai dengan ketinggian 2,629 meter.
Mesir bersempadan dengan Libya di sebelah barat, Sudan di selatan, Laut Mediterranean di utara, dan Genting Gaza, Israel dan Laut Merah di timur. Mesir mempunyai lokasi geopolitik yang penting di sempadan Asia-Afrika; Mesir memiliki sebuah jembatan tanah (Tanah Genting Suez) antara Afrika dan Asia, wilayah ini dilalui sebuah terusan yang menghubungkan Laut Mediterranean dengan Lautan Hindi melalui Laut Merah.
Di luar kawasan Sungai Nil, kebanyakan landskap Mesir ialah gurun dengan beberapa oasis yang bertebaran di kawasan itu. Tiupan angin yang kencang menciptakan banyak bukit pasir dengan ketinggian mencecah 30 meter. Mesir termasuk dalam gurun Sahara dan gurun Libya.
Politik
Sistem politik di Mesir adalah berdasarkan republik separa-presiden. Sistem politik terkini adalah berdasarkan Revolusi Mesir 2011 dan pengusiran Hosni Mubarak. Presiden Mesir bertindak sebagai ketua negara yang memegang jawatan selama enam tahun dengan peluang lanjutan jawatan sebanyak sekali. Parlimen Mesir ialah badan perundangan negara serta badan perundangan tertua di Afrika serta Timur Tengah. Sistem parlimen pada kini ialah sistem ekadewan, tetapi sebuah Senat akan ditubuhkan.[11]
Mesir ialah ahli pengasas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Pergerakan Negara-Negara Berkecuali, Liga Arab, Kesatuan Afrika dan Pertubuhan Kerjasama Islam.
Pembahagian pentadbiran
Mesir dibahagikan kepada 27 buah gabenorat (muhafazhat).
Ekonomi
Nilai keluaran dalam negara kasar Mesir ialah AS$3 bilion secara nominal (anggaran 2019) dan AS$ menurut pariti kuasa beli (anggaran 2020).[12][13] Mata wang paun ialah mata wang rasmi negara. Mesir ialah pengeluar kurma terbanyak dunia serta pengeluar buah tin kedua terbesar global.[14] Kapas pada masa dahulu ialah hasil pertanian utama negara, tetapi tidak lagi menjadi eksport utama negara.
Demografi
Jumlah penduduk Mesir ialah kira-kira 95 juta orang setakat 2017, menjadikan Mesir sebagai negara Arab dengan penduduk teramai dan negara ketiga teramai di Afrika.[15] Bahasa rasmi negara ialah bahasa Arab, dengan loghat utama masyarakat Mesir ialah loghat Mesir. Sepanjang sejarah, masyarakat Mesir bertutur dalam bahasa-bahasa Mesir dengan bahasa Mesir terkini ialah bahasa Qibti. Meskipun tidak lagi ditutur, bahasa Qibti masih digunakan dalam upacara keagamaan Gereja Ortodoks Koptik Iskandariah. Islam ialah agama rasmi negara.
Agama
Agama di Mesir mengawal banyak aspek kehidupan sosial dan disahkan oleh undang-undang. Agama negeri Mesir ialah Islam, walaupun anggaran berbeza-beza jika tiada statistik rasmi. Sejak bancian agama 2006 telah dikecualikan, dan oleh itu statistik yang tersedia adalah anggaran yang dibuat oleh agensi agama dan bukan pemerintah. Negara ini adalah majoriti Muslim Sunni (dianggarkan 85-95% daripada populasi), dengan kumpulan agama terbesar seterusnya ialah Kristian Ortodoks Koptik (dengan anggaran antara 5-15%). Angka yang tepat tertakluk kepada kontroversi, dengan penganut Kristian mendakwa bahawa mereka telah kurang dikira secara sistematik dalam banci sedia ada.[16]
Mesir menjadi tuan rumah dua institusi keagamaan utama.[17] Masjid Al-Azhar, yang diasaskan pada 970 CE oleh Fatimiyyah sebagai universiti Islam pertama di Mesir dan Gereja Ortodoks Koptik Iskandariah yang ditubuhkan pada pertengahan abad pertama oleh Saint Mark.
Prasarana
Pendidikan

Pendidikan percuma diberikan kepada penduduk Mesir sejak 1950-an.[18] Kadar celik huruf dalam kalangan dewasa ialah 73.9% setakat Julai 2014.[19] Pendidikan awal adalah wajib kepada setiap penduduk Mesir sejak berusia enam tahun; murid-murid Mesir akan menghadapi enam tahun persekolahan rendah serta dua tahun dalam sekolah persediaan.[20] Selepas itu, murid-murid akan memasuki ke sekolah menengah awam atau teknikal sebelum memasuki alam pengajian tinggi.[20]
Pengangkutan
Pengangkutan di Mesir adalah berpusatkan Kaherah dan petempatan-petempatan di Sungai Nil, dan dikawal oleh Kementerian Pengangkutan. Sistem kereta api negara merangkumi sekitar 5,085 km landasan setakat 2018.[21] Panjang jalan air di Mesir ialah kira-kira 3,500 km; Terusan Suez yang digunakan oleh kapal-kapal adalah berjarak 193.5 km.[21] Lapangan terbang paling utama Mesir ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah, dengan EgyptAir sebagai syarikat penerbangan kebangsaan. Mesir memiliki 15 buah pelabuhan komersial serta 29 buah pelabuhan khas.[22] Namun begitu, nilai kadar kematian akibat kemalangan jalan raya di Mesir ialah salah satu nilai-nilai tertinggi dunia.[23]
Kebudayaan
Mesir dikenali sebagai pelopor budaya moden terhadap dunia Arab. Kedudukan Mesir sebagai salah satu kuasa utama dunia Arab membolehkan budaya Mesir tersebar dengan pesat ke seluruh dunia Arab.[24] Mesir menjadi tempat mula berlakunya pembaharuan budaya dan pencerahan ilmu dunia Arab pada abad ke-19 oleh tokoh-tokoh seperti Rifa'ah at-Tahtawi.[25]
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.