Dunia Arab

From Wikipedia, the free encyclopedia

Dunia Arab

Dunia Arab (Arab: العالم العربي, rumi: al-‛ālam al-‛arabī) merangkumi dari Lautan Atlantik hingga ke barat Teluk Parsi yang berada di timur, dan dari Laut Mediterranean yang berada di utara hingga ke Afrika Tengah dan hingga Lautan Hindi yang berada di selatan. Gabungan 23 buah negara dengan gabungan populasi penduduk, yang berjumlah 325 juta orang dan keluasan kepada dua bahagian, dan merupakan unit linguistik bumi yang terbesar di dunia selepas Rusia.

Fakta Segera Kawasan, Penduduk ...
Dunia Arab
Thumb
Kawasan13,132,327 km2 (5,070,420 bt2)[1]
Penduduk436,000,000[2]
Ketumpatan penduduk29.839/km2 (70.37/sq mi)[3]
KDNK (nominal)$2.782 trilion[4]
KDNK per kapita$6,647[5]
Negara
Wilayah tanggunganLiga Arab
Zon masaUTC±00:00 ke UTC+04:00
TLD Internet.africa, .asia
Bandar terbesarBandar-bandar utama
Tutup

Bahasa, Politik dan Agama

Penggunaan bahasa Arab telah menyatukan Dunia Arab. Walaupun terdapat beberapa bahagian yang menggunakan dialek yang berlainan mengikut kawasan masing-masing.

Liga Arab merupakan satu organisasi berunsur politik dan meliputi Dunia Arab. Organisasi ini mentafsirkan orang Arab sebagai

seorang yang berbahasa Arab, yang tinggal di negara Arab yang bercakap Arab, yang bersimpati dengan impian orang Arab yang bertutur dalam bahasa Arab

Matlamat Liga Arab ialah menyatupadukan populasi Arab secara politik. Ibu pejabat tetapnya berpusat di Kaherah, Mesir. Walau bagaimanapun, ia telah dipindahkan sementara ke Tunis, Tunisia semasa tahun 1980-an,selepas Mesir diusir disebabkan Kem David Accords (1978).

Negara Anggota


Geografi

Bentuk muka bumi dunia Arab meliputi seluas 12.9 juta kilometer persegi (5 juta batu persegi) yang merangkumi Afrika Utara dan sebahagian Asia Barat yang juga dikenali sebagai Timur Tengah. Negara-negara Arab di benua Asia dipanggil Mashreq. Manakala, negara Arab di Afrika Utara pula dikenali sebagai Maghreb, ini tidak termasuk negara Mesir dan Sudan.

Lihat juga

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.