Jeddah

From Wikipedia, the free encyclopedia

Jeddahmap

Jeddah (juga dieja Jedda, Jiddah, Jidda, atau Juddah; جدّة Ǧiddah), adalah sebuah bandar raya Arab Saudi yang terletak di pinggir Laut Merah denagn koordinat (21.50° U 39.1667° T). Bandar ini adalah sebuah bandar utama di Arab Saudi dan merupakan bandar paling besar di Provinsi Mekah. Bandar Jeddah adalah bandar kedua terbesar di Arab Saudi, selepas bandar raya Riyadh. Bilangan penduduk Jeddah kini berjumlah 3.4 juta orang. Jeddah dianggap sebagai pusat komersil Arab Saudi dan bandar raya paling makmur dan mewah di Timur Tengah. Jeddah juga adalah pintu masuk utama ke Makkah Al-Mukaramah, bandar paling suci dalam fahaman agama Islam dan adalah pintu masuk kepada kebanyakaan jemaah haji yang datang dengan kapal terbang ataupun dengan kapal laut.

Fakta Segera جِدَّة‎, Negara ...
Jeddah
جِدَّة
Thumb
Jeddah Corniche
Thumb
Seni bina tradisional di Jeddah Bersejarah
Thumb
Pusat Bandar Jeddah yang bersejarah
Thumb
Masjid Al-Mimar
Thumb
Rumah Nasseef
Nama panggilan: Pengantin Laut Merah
Cogan kata: Jeddah Berbeza
Thumb
Jeddah
Location of Jeddah within Saudi Arabia
Koordinat: 21°32′36″N 39°10′22″E
Negara Arab Saudi
KawasanMakkah
Ditubuhkanabad ke-6 SM
Pentadbiran
  Datuk Bandar GabenorSaleh Al-Turki[1]
Keluasan
  Bandar1,600 km2 (600 batu persegi)
  Bandar
1,793 km2 (692 batu persegi)
  Metro
2,485 km2 (959 batu persegi)
Aras
12 m (39 ft)
Penduduk
 (2022)[2]
  Bandar3,751,722
  Kepadatan2,300/km2 (6,100/batu persegi)
KDNK (PPP)
  Tahun2023
  Jumlah$235.6 bilion[3]
  Per kapita$48,500
Zon waktuUTC+3 (Waktu Piawai Arab)
Poskod
5 digit kod bermula dengan 21 (cth. 21577)
Kod kawasan+966 12
HDI (2021)0.871[4]sangat tinggi
Laman sesawangjeddah.gov.sa
Jeddah
Nama asliجدة
Nama rasmiJeddah Bersejarah, Gerbang ke Makkah
Inskripsi2014 (sesi ke-38)
Zon penampan113.58 ha
Thumb
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Tutup

Ejaan dan asal nama

Terdapat dua hikayat mengenai nama “Jeddah”. Yang pertama meriwayatkan nama “Jeddah” sebagai bermakna “tepi pantai” kerana Jeddah terletak di pantai Laut Merah yang kemudiannya menjadi pelabuhan terpenting di Arab Saudi. Hikayat yang lagi satu (yang lebih lazim dan popular) menceritakan nama Jeddah berasal daripada perkataan "jaddah”, perkataan Arab yang bermaksud “nenek”. Mengikut cerita rakyat orang-orang Arab, makam Hawa, isteri Nabi Adam a.s. terdapat di Jeddah di koordinat (21.492° N 39.19° E). Oleh kerana Hawa adalah leluhur semua manusia, tempatnya dinamakan “Jeddah” sempena nama beliau. (Makam yang dikatakan makan Hawa ini telah ditutup oleh kerajaan Arab Saudi yang tidak membenarkan penziarah yang mendirikan solat dan berdoa di makam tersebut, kerana ini ditakrifkan sebagai menyimpang daripada pegangan Wahabi yang diamalkan di Arab Saudi).

Dalam dokumen rasmi kerajaan Arab Saudi dan di dalam peta-peta, bandar raya ini dilabelkan sebagai “Jeddah”, tetapi pejabat Hal Ehwal Luar Dan Komanwel British memanggil bandar ini “Jedda” walaupun lain-lain jabatan dan pejabat rasmi British menggunakan Jeddah.

Lokasi

Thumb
Pelabuhan Jeddah

Kota Lama Al-Balad mempunyai bangunan rumah dan pejabat komersial yang bertingkat-tingkat dan dibina mengikut binaan tradisional kini sudah ditenggelami pembangunan moden yang memeningkan pengaruh seni reka barat. Tetapi kebelakangan ini, terdapat pergerakan yang kembali mementingkan seni reka tradisional dan terdapat usaha-usaha serius untuk mengekal dan memulih hara bangunan-bangunan tradisional.

Bandar raya Jeddah mempunyai beberapa pantai persendirian, termasuk Durrat Al-Arus, Crystal Resort, FAL, Al Remal, Shums, Bait Albahar, Salhia, Sheraton Abhur dan Al Nakheel Village. Kesemua resort ini mempunyai tarikan hidupan laut dan kehidupan terumbu Laut Merah.

Sejarah

Thumb
Armada Lopo Soares de Albergaria di pesisir Jeddah

Jeddah diasaskan sebagai perkampungan nelayan lebih daripada 2,500 tahun yang lalu. Namun demikian, perkampungan ini hanya mendapat perhatian dalam tahun 647 S.M. apabila Khalifah Uthman ibn Affan menggunakan pelabuhan di Jeddah sebagai pelabuhan singgah untuk jemaah haji yang hendak menunaikan haji ke Mekah. Selepas zaman Khulafa al-Rasyidin, Jeddah menjadi bandar utama daerah Hijaz (ataupun Hejaz) dan terus berkembang menjadi pelabuhan utama untuk jemaah-jemaah Haji yang membuat perjalanan menggunakan jalan laut.

Pada penghujung abad ke-17, Kerajaan Uthmaniah menakluki Hijaz termasuk bandar suci Makkah dan juga pelabuhan Jeddah. Kerajaan Uthmaniah telah membina tembok kota Jeddah berikutan kemenangan mereka mengalahkan armada Lopo Soares de Albergaria Portugis dalam pertempuran di Laut Merah.

Semasa Perang Dunia I, Sharif Mekah yang menjadi wakil kepada kerajaan Uthmaniah di tanah Arab memberontak menentang kerajaan Uthmaniah dan menuntut satu kebebasan untuk negara Arab yang bersatu yang merentasi Aleppo di Syria hingga ke Aden di Yemen.

Selepas Perang Dunia I, Putera Ibn Sa’ud yang berasal daripada wilayah Najd menawan Makkah dalam tahun 1924, dan bandar-bandar Madinah dan pelabuhan Jeddah dan menggulingkan Sharif Makkah Hussein Bin 'Ali Al Hashem. Hussein melarikan diri ke Cyprus sebelum berhijrah dan menetap di Amman, Jordan di mana warisnya mengasaskan keluarga diraja Hashimiyah Jordan yang menjadi Raja Jordan. Dalam tahun 1926, Raja Ibn Sa'ud mengambil gelaran Sultan Hijaz di samping gelaran Sultan Najd.

Ketika ini, Jeddah sudah kehilangan kepentingannya dalam politik Semenanjung Arab. Hijaz pula dipecahkan menjadi wilayah-wilayah kecil dan Jeddah kini diletakkan di dalam Provinsi Makkah dengan bandar Makkah sebagai bandar provinsinya.

Pengangkutan

Thumb
Terminal dikhususkan untuk kegunaan semasa musim Haji, dan boleh dikenali kerana mempunyai seni reka seperti khemah kaum Badwi

Pengangkutan udara dikendalikan oleh Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz. salah sebuah terminal dikhususkan untuk kegunaan semasa musim Haji, dan boleh dikenali kerana mempunyai seni reka seperti khemah kaum Badawi. Terminal ini direka untuk mengendalikan lebih daripada 2 juta jemaah Haji yang menggunakan terminal ini semasa musim Haji.

Pelabuhan Jeddah pula adalah pelabuhan ke-30 paling sibuk dalam kategori kendalian kontena dan mengendalikan sebahagian besar kendalian laut komersial Arab Saudi.


Fail:Space Jeddah.jpg
Imej satelit

Kemudahan diplomatik

Amerika Syarikat menempatkan salah satu daripada 3 buah pejabat konsulatnya di Jeddah, bersama-sama 67 buah negara lain termasuk Malaysia, United Kingdom, Perancis, Jerman, Itali, Russia dan China berserta Negara-Negara Persidangan Islam (OIC) dan Liga Arab. Pada 6 Disember 2004 pihak pelampau menyerang kawasan konsulat Amerika Syarikat di Jeddah, mengakibatkan kematian 5 orang petugas konsulat dan pasukan keselamatan Arab Saudi pula dapat membunuh 4 orang pelampau.

Pendidikan

Pusat-pusat pendidikan yang terdapat di Jeddah termasuklah :

  • Univeristi Raja Abdul Aziz.
  • Kolej Dar Al-Hekma .
  • Universiti Terbuka Arab.
  • Kolej Effat.
  • Kolej CBA.
  • Maktab Perguruan.
  • Akademi penerbangan Putera Sultan.
  • Kolej teknologi Jeddah
  • Institut Pertuturan dan pendengaran Jeddah
  • Institut Kejururawatan Jerman-Saudi
  • Sekolah Antarabangsa British
  • Akademi Fiqh Islam

Hotel

Fail:Jeddah-hilton-3463432.JPG
Jeddah Hilton


Antara hotel termasyhur di Jeddah adalah :

Maklumat lanjut Nama Hotel, Taraf ...
Nama HotelTaraf Nama HotelTaraf
The Westin Jeddah5 Bintang Hilton Hotel Jeddah5 Bintang
Crowne Plaza Hotel5 Bintang Durrah Beach5 Bintang
Sheraton Tower and Villas5 Bintang Le Méridien Jeddah5 Bintang
Sands Hotel5 Bintang Mövenpick Hotel5 Bintang
Marriott Hotel5 Bintang Radisson SAS Royal Suites5 Bintang
Radisson SAS Hotel5 Bintang InterContinental Hotel5 Bintang
La Fontaine Resorts5 Bintang Sheraton Beach5 Bintang
Jeddah Orchid Hotel5 Bintang Al Attas Hotel5 Bintang
Al Bilad Hotel5 Bintang Chorniche Rosewood5 Bintang
Ramada Hotel5 Bintang Rotana Royal Suites4 Bintang
Al Sultan Palace4 Bintang Holiday Inn Jeddah4 Bintang
al Hamra Sofitel Hôtel4 Bintang Red Sea Palace Hotel4 Bintang
Al Sofaraa Suites4 Bintang Al Bustan Mercure Hotel4 Bintang
Holiday Inn Resorts4 Bintang Al-Banawi Resorts4 Bintang
Jeddah Trident Hotel4 Bintang Casablanca Hotel4 Bintang
Kaki Hotel4 Bintang Ramada Royal Villas4 Bintang
Habitat Hotel4 Bintang Khaldiyah Palace3 Bintang
Al Azhar Hotel3 Bintang Rihana Plaza Hotel3 Bintang
Mövenpick Resort3 Bintang Sunset Hotel3 Bintang
Madina Palace3 Bintang F.K.S Suites3 Bintang
Al Baia Hotel3 Bintang Al Burj Hotel3 Bintang
Kandara Palace3 Bintang Al Riyadh Hotel2 Bintang
Safari Hotel2 Bintang 
Tutup

Membeli belah

Fail:Oasis--mall-3.jpg
Oasis Mall
Thumb
Tahlia Street
Maklumat lanjut Nama Kompleks ...
Nama Kompleks Nama Kompleks
Sawari Landmark Mall Sultan Mall
Iceland Ceneter Heraa Plaza
Serafi Mega Mall Roshan Mall
Roshanah Mall University Plaza
City Plaza Mahmoud Saieed Center
Oasis Mall Nojood Center
Badr Center Roba'eyat Center
Bin Homraan Tower La Promenade 1
La Promenade 2 Al Badreya Towers
Le Mall Al Tahlia Shopping Center
Jeddah Mall Al Haddab Tahlia Center
Heraa Avenue University Mall
Queen Tower Jamjoom Mall
Sawari Mall Al Musadeyya Center
Al Mahmal Mall Jeddah Int'l Mall
Al Hamraa Mall Al Basateen Center
Heraa Mall Suliemaniya Mall
Dania Center Al Baroom Tower
Al Hefnee Mall Al Khayyat Center
Al Madinah Center Corniche Center
South Mall Al Kaiyal Center
Najjar Mall Hejaz Mall
Al Suhaili Plaza Aiya Mall
Salama Mall Shati Market
Tutup

Cuaca dan iklim

Tidak seperti lain-lain bandar di Saudi Arabia, Jeddah mengekalkan cuaca panasnya walaupun semasa musim sejuk. Keadaan ini disebabkan oleh pengaruh Laut merah ke atas iklim Jeddah. Semasa musim sejuk, suhu di sekitar 15 C (59F) pada tengah malam dan menjangkau suhu 25C di waktu tengah hari.
Suhu pada musim panas amat terik, kadang kala menjangkau 40C (104F) pada waktu tengahari dan 30C (86F) pada waktu malam. Hujan jarang turun di Jeddah, dan hanya turun dalam bulan Disember.
Jeddah juga telah mengalami banjir yang dashyat pada tahun 2009 hingga 2011.

Bandar raya kembar

Jeddah mempunyai 24 bandar raya kembar :

Galeri

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.