Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Wahabi (Arab: Al-Wahhābīyya الوهابية) atau Wahhabisme merupakan sebuah gerakan Islah dalam aliran Ahli Sunah Waljamaah mazhab Athariah berdasarkan fahaman Muhammad bin Abdul Wahab, seorang ulama' yang bermazhab Hanbali. [1] Fahaman ini merupakan penerusan daripada apa-apa yang dibawa oleh Ibn Taymiyyah. Pengikut fahaman ini juga mendakwa bahawa fahaman ini merupakan penerusan kepada apa yang diperjuangkan Imam Ahmad ibn Hanbal. [2]
Gerakan ini diterima lagi oleh keluarga diraja Bani Saud pada tahun 1744 yang kini memerintah negara Arab Saudi. Wahabi bukanlah suatu mazhab akidah ataupun mazhab fikah.
Fahaman Wahabi dengan tegasnya mengemukakan dua prinsip yang penting, iaitu tauhid bersih daripada syirik dan menyerang segala perkara yang dianggap baharu atau bidaah.[2] Fahaman Wahabi diajar luas di Arab Saudi, Kuwait, Qatar, Somalia, Algeria, dan Mauritania.
Aliran Wahabi telah diiktiraf oleh pelbagai Ulama' Dunia seperti Sheikh Yusuf Al Qaradawi dan Sheikh Ahmad El Tayeb [3] dan juga Ulama' Tempatan seperti Haji Abdul Malik Karim Amrullah (HAMKA) [4] dan Haji Abdul Hadi Awang [2].
Namun begitu beberapa negeri telah mengeluarkan fatwa kesesatan aliran Wahhabiyah ini seperti Sabah[5] Perak[6] Negeri Sembilan[7] Pahang[8] dan Johor[9]
Muhammad bin Abdul Wahab (1701 - 1793) lahir di 'Uyaynah, Arabia (Kini Arabi Saudi). Beliau berasal dari kabilah Bani Tamim. [10] Gelaran Wahabi memberi maksud kepada pengikut beliau. Wahabi merupakan nama eksonim; ianya tidak digunakan oleh beliau sendiri atau pengikutnya. [1]
Kemungkinan besar nama Wahabi ini berasal daripada abang beliau sendiri, Sulayman bin Abdul Wahab. [11] Terma "Wahabi" tidak patut dikeliru dengan terma Wahbi, iaitu sebuah aliran Aqidah yang dominan dalam Aliran Ibadi.
Antara sebab perkataan Wahabi menjadi kontroversi adalah kerana mereka memberontak melawan pemerintahan Empayar Uthamaniyyah di Semenanjung Tanah Arab yang mereka anggap penjajah. Maka diterbitkanlah berpuluh-puluh buku mengharamkan Wahabi kerana dilihat sebagai Khawarij. [4]
Selepas penguasaan Arab Saudi di tanah Arab, kebencian kepada puak ini semakin parah apabila mereka merobohkan perkuburan Al Baqi' di Madinah yang membuat segelintir pihak tidak berpuas hati. [12]
Beberapa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan di Malaysia telah menyatakan bahawa ajaran Wahabi tidak sesuai diamalkan di Malaysia berdasarkan Muzakarah yang berikut:
Turut dibincang dalam Panel Kajian Aqidah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia kali ke-14 tahun 2000 dan kali ke-20 pada tahun 2002 serta kali ke-23 pada 2003. [13]
Deklarasi Ipoh yang mengandungi hasil Muzakarah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menetapkan bahawa fahaman Wahabi merupakan antara fahaman bidaah yang terkeluar daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah.[14]
Berikut adalah senarai fatwa mengenai kesesatan fahaman ini mengikut negeri:
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.