Wilayah Mekah (Arab: مِنْطَقَة مَكَّة, rumi: Minṭaqat Makka[a]), secara rasminya Wilayah Makkah,[2] merupakan salah satu daripada 13 wilayah di Arab Saudi. Ia merupakan wilayah ketiga terbesar mengikut kawasan seluas 153,128 km2 (59,123 bt2) dan paling ramai penduduk dengan populasi 8,557,766 pada 2017, di mana 4,041,189 adalah warga asing dan 4,516,577 adalah orang Arab Saudi.[3] Ia terletak di kawasan Hijaz yang bersejarah, dan mempunyai garis pantai yang panjang di Laut Merah. Ibu kotanya ialah Makkah, bandar paling suci dalam Islam, dan bandar terbesarnya ialah Jeddah, iaitu bandar pelabuhan utama Arab Saudi. Wilayah ini menyumbang 26.29% daripada penduduk Arab Saudi[3] dan dinamakan sempena kota suci Islam Mekah.
Wilayah Makkah
منطقة مكة | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Koordinat: 21°30′N 41°0′E | |||||||
Negara | Arab Saudi | ||||||
Ibu kota | Makkah | ||||||
Bandar terbesar | Jeddah | ||||||
Kegabenoran | Senarai
| ||||||
Pentadbiran | |||||||
• Gabenor | Khalid bin Faisal Al Saud | ||||||
• Timbalan Gabenor | Badr bin Sultan bin Abdulaziz | ||||||
Keluasan | |||||||
• Jumlah | 153,148 km2 (59,131 batu persegi) | ||||||
Penduduk (bancian 2022) | |||||||
• Jumlah | 7,769,994 | ||||||
• Kepadatan | 51/km2 (130/batu persegi) | ||||||
KDNK | |||||||
• Jumlah | AS$ 144.1 bilion (2022)[1] | ||||||
Kod ISO 3166 | SA-02 | ||||||
Laman sesawang | www |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.