From Wikipedia, the free encyclopedia
Perang Yom Kippur, juga dikenali sebagai Perperangan Arab-Israel 1973, Perang Oktober, dan Perang Ramadan, berlaku dari 6 Oktober (hari Yom Kippur) hingga 22/24 Oktober 1973 antara Israel dengan pakatan Mesir dan Syria.
Perang Yom Kippur | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Konflik Arab-Israel | |||||||
Pasukan tentera Mesir menyeberangi Terusan Suez pada 7 Oktober | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
Disokong oleh: Amerika Syarikat |
Mesir Disokong oleh: Kesatuan SovietJerman Timur Korea Utara Pakistan | ||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
Moshe Dayan, David Elazar, Ariel Sharon, Shmuel Gonen, Benjamin Peled, Israel Tal, Rehavam Zeevi, Aharon Yariv, Yitzhak Hofi, Rafael Eitan, Abraham Adan, Yanush Ben Gal |
Saad El Shazly, Ahmad Ismail Ali, Hosni Mubarak, Mohammed Aly Fahmy, Anwar Sadat, Abdel Ghani el-Gammasy, Abdul Munim Wassel, Abd-Al-Minaam Khaleel, Abu Zikry, Mustafa Tlass [1][2] | ||||||
Kekuatan | |||||||
415,000 askar, 1,500 kereta kebal, 3,000 pengangkut berperisai, 945 meriam,[3] 561 kapal terbang, 84 helikopter, 38 kapal tentera laut [4] |
Mesir: 800,000 askar (300,000 diturunkan), 2,400 kereta kebal, 2,400 pengangkut berperisai, 1,120 meriam, [3] 690 kapal terbang, 161 helikopter, 104 kapal tentera laut, Syria: 150,000 askar (60,000 diturunkan), 1,400 kereta kebal, 800–900 pengangkut berperisai, 600 meriam, [3] 350 kapal terbang, 36 helikopter, 21 kapal tentera laut, Iraq: 60,000 askar, 700 kereta kebal, 500 pengangkut berperisai, 200 meriam,[3] 73 kapal terbang, [4] | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
2,656 askar terbunuh 7,250 askar tercedera 400 kereta kebal termusnah 600 kereta kabel termusnah (atau dikembalikan untuk diservis) 102 kapal terbang ditembak jatuh[5] |
8,528* – 15,000** askar terbunuh 19,540* – 35,000** askar tercedera 2,250 kereta kebal termusnah atau tertangkap 432 kapal terbang termusnah [5] | ||||||
|
Presiden Gamal Abdel Nasser dari Mesir meninggal dunia pada bulan September 1970 dan digantikan oleh Anwar Sadat yang dianggap lebih sederhana dan pragmatik berbanding Nasser. Bagaimanapun, bagi mengimbangi ancaman dalaman kepada kuasanya dan memperkukuh imejnya di kalangan dunia Arab, Sadat bertekad untuk melawan Israel dan memenangi kembali kawasan yang hilang pada tahun 1967. Rancangan menyerang Israel bersama dengan Syria dirujuk sebagai Operasi Badr (bahasa Arab: operasi "bulan penuh").
Mesir dan Syria cuba mendapatkan kembali kawasan di bawah penjajahan Israel dengan kekerasan. Tentera mereka bersama-sama melancarkan serangan mengejut pada hari perayaan Yahudi Yom Kippur — tentera Syria menyerang kubu di Dataran Tinggi Golan, manakala tentera Mesir menyerang kubu sekitar Terusan Suez dan Semenanjung Sinai — dan menyebabkan kemusnahan teruk pada tentera Israel. Bagaimanapun, selepas tiga minggu berperang dan selepas dibekalkan persenjataan oleh tentera udara Amerika Syarikat, Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mengundurkan tentera Arab melebihi sempadan asal.
Semasa peperangan, Briged Berperisai Barak memainkan peranan yang penting untuk mempertahankan sempadan Israel daripada serangan Syria di selatan Dataran Tinggi Golan. 112 orang askar terbunuh ketika bertempur di situ. Tentera udara Mesir dan Syria bersama dengan sistem pertahanan udara mereka menembak jatuh 114 buah kapal terbang Israel semasa pertempuran.
Menurut perangkaan Israel, 2,688 orang petugas Israel terbunuh dalam pertempuran tersebut dan ribuan lagi (dianggarkan antara 5,000 - 10,000) tercedera. 295 orang askar Israel menyerah atau ditawan oleh tentera Arab (231 oleh Mesir, 62 oleh Syria, dan 2 di Lebanon) manakala 8,783 orang askar Arab ditawan oleh tentera Israel (8,372 oleh Mesir, 392 oleh Syria, 13 di Iraq, dan 6 di Maghribi). Kedua-dua pihak itu bertukar-tukar orang tawanan pada pertengahan tahun 1974.
Pada 22 Oktober 1974, perjanjian damai diisytiharkan, akan tetapi kepercayaan orang awam Israel telah tergugat kerana Israel jelas tidak tersedia untuk serangan mengejut dan gagal mematahkannya dengan pantas. Ketidaksediaan negara disalahkan pada Menteri Pertahanan Moshe Dayan, dengan orang awam yang marah menuntut beliau meletakkan jawatan. Presiden Mahkamah Agung menubuhkan sebuah suruhanjaya untuk menyiasat prestasi jeneralnya semasa berperang, dengan suruhanjaya tersebut kemudian mencadangkan peletakan jawatan Ketua Turus, tetapi tidak membuat sebarang ulasan tentang Moshe Dayan. Walaupun demikian, akhbar dan orang awam masih menyalahkannya. Setelah menghadiri upacara pengebumian askar-askar yang terkorban dan menghadapi keluarga-keluarga yang berkabung yang menggelarnya pembunuh anak mereka, Moshe Dayan menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Golda Meir pada tahun yang akhir tahun 1974.
Di Mesir dan Syria, Perang Yom Kippur dilihatkan sebagai separuh menang. Garis Bar Lev yang "tidak dapat ditawan" telah ditempuh, pasukan tentera udara Israel mengalami kerugian teruk, dan mitos keunggulan tentera Israel telah dihancurkan di Sinai dan Dataran Tinggi Golan. Akibat campur tangan Henry Kissinger, Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Israel terpaksa melepaskan sebahagian takluknya kepada Syria dan Mesir melalui beberapa perjanjian "pengunduran", walaupun keamanan menyeluruh yang dibayangkan oleh gabungan Soviet-Amerika yang menganjurkan Persidangan Keamanan Timur Tengah tidak berlaku.
Perang Yom Kippur merupakan sebahagian konflik Arab-Israel yang merangkumi banyak pertempuran dan peperangan sejak dari tahun 1948. Dalam Perang Enam Hari pada bulan Jun 1967, Israel telah menduduki Dataran Tinggi Golan di utara serta Semenanjung Sinai di selatan sehingga ke Terusan Suez.
Pada tahun-tahun yang menyusul Perang Enam Hari, Israel mendirikan barisan pertahanan di kedua-dua Sinai dan Dataran Tinggi Golan. Kemudian pada tahun 1971, ia membelanjakan AS$500 juta untuk mengukuhkan kedudukannya di Terusan Suez dengan serangkaian kubu dan kerja tanah raksasa yang dinamainya Garis Bar Lev sempena nama jeneral Israel, Haim Bar Lev. Selepas serangan mengejut yang mengalahkan tentera-tentera Mesir dan Syria pada tahun 1967 dan kemenangannya dalam Perang Pelumpuhan dengan Mesir di selatan yang berlangsung selama tiga tahun bersama-sama beberapa kejadian perbatasan di utara dengan Syria, pimpinan Israel menjadi agak lalai. Bangga dengan rasa keunggulan tentera sendiri, Israel gagal menyedari usaha agresif yang dilakukan oleh musuh-musuhnya, terutamanya Mesir, dalam mempersenjatai dan menyusun semula tentera masing-masing menjadi angkatan-angkatan tentera yang jauh lebih berdisplin yang dapat mencabar angkatan tenteranya (IDF).
Pada tahun 1971, Anwar Sadat mengumumkan bahawa sekiranya Israel melakukan pengunduran satu pihak dari semua kawasan yang ditawannya semasa perang tahun 1967, Mesir akan menimbangkan gencatan senjata atau kedamaian sementara yang menyeluruh. Israel keberatan berundur dari sedemikian banyak jajahannya tanpa sebarang jaminan perjanjian damai daripada Mesir dan tanpa peluang untuk mencapai sebarang perjanjian damai dengan jiran-jiran Arabnya ketika itu.
Sebagai balasan pada tahun 1972, Anwar Sadat dengan lantang menyatakan bahawa Mesir akan berperang dengan Israel, malahan mereka bersedia untuk mengorbankan sejuta orang askarnya. Sejak dari akhir tahun 1972, Mesir memulakan usaha yang bersungguh-sungguh untuk mengukuhkan angkatan tenteranya dan menerima MiG-23, SAM6, RPG-7, khususnya peluru berpandu anti-kereta kebal 'Sagger', daripada Kesatuan Soviet serta memperbaik taktik-taktik tenteranya.
Pada tahun 1972 dan 1973, Sadat secara terang-terangan mengisytiharkan sekali lagi bahawa Mesir akan berperang dengan Israel kecuali ia berundur sepenuhnya dari kesemua jajahan yang ditaklukkannya pada tahun 1967. Sadat mengambil langkah diplomatik pada tahun 1973 untuk meyakinkan negara-negara Afrika, Eropah dan Kesatuan Soviet supaya menyokongnya dalam peperangan dengan Israel. Oleh sebab Kesatuan Soviet sedang cuba memperbaiki hubungannya dengan Amerika Syarikat melalui pengenduran ketegangan, ia enggan menyetujui permintaan Mesir untuk memperoleh lebih banyak senjata dan sokongan umum terhadap perangnya dengan Israel. Sebagai balasan, Sadat menyingkirkan sekitar 20,000 orang penasihat Soviet dari Mesir.
Kuasa-kuasa terbesar juga memainkan peranan yang utama dalam keputusan kedua-dua perang, dengan dasar Kesatuan Soviet merupakan salah satu punca kelemahan tentera Mesir. Sedangkan Amerika Syarikat tidak terbatas membekalkan Israel dengan senjata-senjata serangan yang paling terkini, Rusia hanya membekalkan Mesir dengan persenjataan pertahanan dan walaupun demikian, juga hanya dengan banyak keberatan. Sebenarnya, Gamel Abdel Nasser hanya dapat memperoleh bahan untuk barisan pertahanan peluru anti-pesawatnya selepas beliau melawat Moscow dan mengugut pimpinan Kremlin bahawa beliau akan pulang ke Mesir untuk memberitahu orang Mesir bahawa Moscow telah meninggalkan mereka dan kemudian akan meletakkan jawatannya supaya penggantinya akan dapat berbaik-baik dengan Amerika Syarikat yang akan mendapat kuasa di wilayah itu.
Salah satu matlamat Perang Pelumpuhan yang tidak diisytiharkan adalah untuk memaksa Kesatuan Soviet supaya membekalkan Mesir dengan senjata dan bahan perang yang lebih maju. Mesir berasa bahawa cara yang tunggal untuk meyakinkan para pemimpin Soviet tentang kekurangan kebanyakan pesawat dan persenjataan pertahanan udara yang dibekalkan selepas tahun 1967 adalah untuk mengujinya terhadap persenjataan maju yang dibekalkan oleh Amerika Syarikat kepada Israel.
Dasar Nasser selepas kekalahan tahun 1967 bertentangan dengan dasar Kesatuan Soviet. Sedangkan Nasser bertindak mengikut kepercayaanya bahawa apa yang dirampas melalui kuasa harus dituntut balik dengan kuasa, pihak Soviet cuba mendorong Mesir ke arah penyelesaian aman terhadap pertikaian Arab-Israel. Dengan apa cara sekalipun, Kesatuan Soviet hendak mengelakkan sebarang pertempuran yang baru antara pihak Arab dengan Israel agar tidak berkonfrontasi dengan Amerika Syarikat.
Keadaan menjadi amat nyata kepada Mesir apabila kuasa-kuasa besar bertemu di Oslo dan bersetuju mengekalkan status quo di kawasan ini, tanpa mengira pendudukan wilayah-wilayah Arab oleh Israel yang berterusan.
Ini jelas tidak dapat diterima. Apabila para pemimpin Mesir mendapat bukti jelas tentang persediaan mereka untuk menyeberang Terusan Suez telah dibocorkan, kesemua orang Rusia terpaksa diusir keluar dari Mesir agar dapat mengekalkan unsur kejutan. Langkah ini juga membantu memastikan kemenangan pada bulan Oktober merupakan sebuah kemenangan Arab pada keseluruhannya.
Dalam sebuah wawancara yang diterbitkan di dalam majalah Newsweek pada 9 April 1973, Sadat sekali lagi mengugut bahawa Mesir akan berperang dengan Israel. Bagaimanapun, ugutan ini telah diulang berulang-kali sejak dari tahun 1971, dengan para pemimpin awam Israel serta bahagian perisikan tenteranya kini tidak lagi mengambil berat terhadapnya, khususnya selepas dibutai dengan kejayaan semasa Perang Enam Hari. Banyak kali pada tahun 1973, tentera-tentera Arab telah mengadakan latihan-latihan berskala besar yang mengakibatkan Pasukan Pertahanan Israel (IDF) berjaga-jaga, hanya untuk ditamatkan beberapa hari kemudian. Pimpinan Israel juga mempercayai bahawa jika berlakunya sebarang serangan, Tentera Udara Israel akan dapat menangkisnya dengan mudah, dengan mereka kini semakin yakin bahawa serangan tidak akan berlaku.
Kebanyakan analisis tentang Mesir dalam perang menganggap bahawa niatnya membabitkan penaklukkan semula semua atau hampir semua kawasan Sinai yang sebenarnya merupakan matlamat yang diumumkan. Bagaimanapun, sesetengah penulis Mesir kemudian menegaskan bahawa arahan-arahan Sadat kepada jeneral-jeneralnya adalah hanya untuk menawan sejalur tanah yang lebarnya beberapa kilometer di sebelah timur Terusan Suez. Apabila dokumen-dokumen arkib tentera Israel serta dokumen-dokumen Mesir yang dirampas oleh Israel semasa perang dibebaskan, sebilangan ahli sejarah Barat mula menyokong versi kedua ini. Umpamanya, ini adalah pendapat Dani Asher yang bukunya diterbitkan oleh Kementerian Pertahanan Israel pada tahun 2003. Bagaimanapun, kepastian mutlak harus menunggu sehingga arkib Mesir dibuka.
Negera-negara Arab lain juga menyertai peperangan ini dengan menyediakan bekalan tambahan persenjataan dan kewangan. Jumlah tepat nilai sokongan ini tidak dapat dipastikan. Berdasarkan pada beberapa sumber, Iraq telah menghantar satu skuadron jet Hunter ke Mesir. Semasa perang berlangsung, Iraq telah menghantar satu divisyen seramai 18,000 tentera dan beberapa ratus kereta kebal, yang mana telah diatur gerak ke tengah Golan; pasukan-pasukan ini termasuk beberapa pesawat pejuang MiG milik Iraq telah memainkan peranan dalam peperangan ini. Arab Saudi dan Kuwait memberi bantuan kewangan dan menghantar pasukan tentera bagi bertempur. Arab Saudi menghantar sejumlah kecil trup ke Syria dan sepasukan unit berperisai Jordan bertempur dengan tentera Israel bagi mengekang kemaraan Israel di Bukit Golan.
Antara tahun 1971 hingga 1973, Qadhafi dari Libya telah menghantar pesawat pejuang Mirage ke Mesir, dan memberi bantuan kewangan kepada Mesir sebanyak $1 bilion bagi memlengkapi Mesir dengan senjata. Algeria menghantar beberapa skuadron pesawat pejuang dan pengebom, briged berperisai, dan beberapada dozen kereta kebal. Tunisia menghantar lebih 1,000 tentera, yang berkhidmat dengan pasukan pertahanan Mesir di Delta Nil. Sudan menghantar 3,500 tentera; Maghribi menghantar tiga briged ke perbatasan hadapan.
Di Bukit Golan, Syiria menyerang pertahanan Israel yang terdiri daripada dua briged dan sebelas bateri artileri dngan lima divisyen dan 188 bateri artileri. Kesemua kereta kebal Israel yang ditempatkan di Bukit Golan terkena tembakan dan 250 buah darinya berjaya ditumpaskan, 150 buah darinya berjaya dibaiki. Kereta kebal milik Syria memiliki peralatan penglihatan malam sementara kereta kebal milik Israel tidak memiliki kelengkapan ini. Komando Syria yang digugurkan melalui helikopter berjaya merampas kubu kuat penting Israel di Jabal al Shaikh (Gunung Hermon) yang mana memiliki pelbagai jenis peralatan pengawasan.
Bagi berdepan dengan tiga divisyen infantri Syria (setiap satunya diperkuatkan dengan sebuah briged berperisai) dan 2 divisyen berperisai, pihak Israel hanya berjaya mengumpulkan sebuah briged berperisai, 2 batalion infantri dan disokong oleh empat bateri artileri gerak sendiri.
Asalnya, pasukan tentera Syria tidak dipintas oleh sebarang pesawat Tentera Udara Israel di sebabkan oleh kehadiran hampir 200 buah pelancar peluru berpandu permukaan ke udara SA-6 yang membentuk payung pertahanan.
Selama tiga hari pertempuran, briged ke-7 Israel di utara (di bawah perintah Yanush Ben-Gal) berjaya mempertahanankan garisan bukit berbatu yang mempertahankan sisi utara ibu pejabat mereka di Nafah. Walau bagaimanapun arah ke selatan, briged "Barak" , yang ketiadaan sebarang pertahanan semulajadi, telah dikalahkan dengan teruk, dengan komandernya Kolonel Shoham terbunuh semasa kemaraan tentera Syria ke arah Laut Galilee.
Pada satu ketika, satu-satunya halangan di antara serangan Syria dan Nafah adalah sebuah kereta kebal (yang dikenali pasukan Zvika). Walau bagaimanapun keadaan di utara kemudian berubah ekoran ketibaan pasukan simpanan Israel yang berjaya mengekangan serangan Syria. Bukit Golan terlalu kecil bagi bertindak sebagai penampan wilayah yang berkesan, tidak seperti Semenanjung Sinai di selatan, dan Israel memberi lebih keutamaan pada perbatasan utara untuk pergerakkan pasukan simpanan mereka. Menjelang 11 Oktober, tentera Syria diundurkan kembali jauh daripada perbatasan pada tahun 1967.
Pada hari-hari berikutnya, pasukan Israel mara ke dalam wilayah Syria. Dari sini mereka berjaya mengebom pinggir Damsyik, hanya 40 km jauhnya dengan menggunakan artileri berat. Satu gencatan senjata telah dirundingkan pada 22 Oktober, dengan mengembalikan wilayah seperti sempadan sebelum perang meletus.
Sebagai tindak balas ke atas kejayaan Israel dan sokongan Amerika Syarikat ke atas Israel, pada 17 Oktober negara-negara Arab mengistiharkan sekatan minyak ke atas Barat.
Semasa Pertempuran Latakia, satu pertempuran laut telah meletus di antara Syria dan Israel. Ia berlaku pada 7 Oktober, hari kedua perang, menghasilkan kejayaan bagi Israel dan membuktikan kejayaan penggunaan bot peluru berpandu kecil dan laju yang dipasang dengan peralatan pakej tindak balas melawan elektronik yang maju. Pertempuran ini juga menjadi asas penubuhan Tentera Laut Israel.
Komuniti perisik A.S. - yang termasuk CIA - gagal membuat ramalan terlebih dahulu mengenai serangan Mesir-Syria ke atas Israel. Laporan perisikan A.S. pada 4 Oktober masih menyatakan bahawa "Kami terus mempercayai bahawa wabak permusuhan Arab-Israel yang besar tetap tidak mungkin berlaku dalam masa terdekat".[6] Namun, salah satu sumber pemerintah AS yang dapat meramalkan perang mendekat adalah Roger Merrick, seorang penganalisis yang bekerja untuk INR (Biro Perisikan dan Penyelidikan), tetapi kesimpulannya tidak diendahkan pada waktu itu, dan laporan yang dia miliki ditulis untuk itu hanya ditemui semula oleh pegawai arkib kerajaan AS pada tahun 2013.[7]
Artikel Utama:Operasi Nickel Grass
Berdasarkan perkiraan perisikan pada permulaan permusuhan, para pemimpin Amerika menjangkakan gelombang perang akan cepat berubah memihak kepada Israel, dan bahawa tentera Arab akan dikalahkan sepenuhnya dalam 72 hingga 96 jam.[8] Pada 6 Oktober, Setiausaha Negara Kissinger memanggil kumpulan pengurusan krisis rasmi Majlis Keselamatan Negara Amerika Syarikat, Kumpulan Tindakan Khas Washington, yang membahaskan sama ada A.S. harus membekalkan senjata tambahan kepada Israel. Wakil-wakil tinggi Jabatan Pertahanan dan Negara menentang langkah tersebut. Kissinger adalah satu-satunya penentang; dia mengatakan bahawa jika A.S. menolak bantuan, Israel akan mempunyai sedikit insentif untuk mematuhi pandangan Amerika dalam diplomasi pascaperang. Kissinger berpendapat penghantaran bantuan A.S. boleh menyebabkan Israel menyederhanakan tuntutan wilayahnya, tetapi tesis ini menimbulkan perdebatan yang berlarutan sama ada bantuan A.S. mungkin menjadikannya lebih akomodatif atau lebih tidak peduli terhadap dunia Arab.[9]
Menjelang 8 Oktober, Israel telah menghadapi masalah ketenteraan di kedua-dua bidang tersebut. Di Sinai, usaha Israel untuk menerobos garis mesir dengan perisai telah digagalkan, dan sementara Israel telah menahan dan mulai membalikkan kemaraan Syria, pasukan Syria masih menghadap ke Sungai Jordan dan sistem pertahanan udara mereka menimbulkan korban yang tinggi.[10][11][12] Pesawat Israel Menjadi jelas pada 9 Oktober bahawa tidak akan berlaku pembalikan cepat yang memihak kepada Israel dan kerugian IDF tidak dijangka tinggi.[13]
Mulai 9 Oktober, Kesatuan Soviet mula membekalkan Mesir dan Syria melalui udara dan laut. Soviet mengangkut 12,500–15,000 tan bekalan. 6,000 tan pergi ke Mesir, 3,750 tan ke Syria dan 575 tan ke Iraq. Jeneral Shazly, bekas ketua kakitangan Mesir, mendakwa bahawa lebih daripada separuh perkakasan Soviet yang diangkut udara benar-benar pergi ke Syria. Menurut Ze'ev Schiff, kerugian Arab begitu tinggi dan kadar geseran begitu besar sehingga peralatan dibawa terus dari kedai Soviet dan Warsaw Pact untuk pengangkutan udara.[14] Pesawat Antonov An-12 dan Antonov An-22 terbang lebih dari 900 misi semasa penerbangan.[15]
Rundingan damai pada akhir perang ini merupakan pertembungan secara rasmi kali pertama pihak Arab dan Israel sejak bermulanya perang pada 1948.
Berikutan perang ini memberi kesan mengejut kepada populasi Israel. Ini membuatkan mereka berasa berpuas hati atas kemenangan dalam Perang Enam Hari. Kejutan dialami semasa permulaan kempen perang ini menyebabkan tamparan psikologi yang dasyat kepada pihak tentera Israel, yang tidak mengalami sebarang kesukaran semasa perang yang lalu.
Satu protes terhadap kerajaan Israel dilakukan empat bulan selepas perang ini tamat. Protes ini diketuai oleh Motti Ashkenazi, komander di Budapest, kawasan paling utara di kubu Bar-Lev, dan satu-satunya tempat yang tidak ditawan semasa perang oleh pihak tentera Mesir. Kemarahan rakyat semakin memuncak kepada kerajaan Israel (dan Dayan secara tak langsung). Ini menyebabkan Ketua Mahkamah Agung di Israel, Shimon Agranat, untuk mengetuai sebuah inkuiri iaitu Suruhanjaya Agranat, untuk menyiasat perkara yang membawa kepada peperangan dan halangan-halangan pada awal-awal peperangan.
Suruhanjaya Agranat mengeluarkan beberapa penemuan awal pada 2 April 1974. Enam orang disyaki bertanggungjawab atas kegagalan Israel dalam kempen ini:
Laporan itu turut memberi kesan kepada masyarkat. Laporan itu telah menekankan bahawa "ia merupakan kehakiman kepada kegagalan tanggungjawab keselamatan yang harus dilakukan oleh menteri-menteri, bukan tanggungjawab parlimen, yang berada diluar mandat". Walaupun perkara ini telah melepaskan Meir dan Dayan daripada pertuduhan, rakyat menyeru peletakan jawatan mereka (teutamanya Dayan) dipercepatkan.
Pada 11 April 1974, Golda Meir meletak jawatan. Jemaah kabinet mengikutinya, teutamanya Dayan, yang sudah dua kali menghantar surat peletakan jawatan, tetapi ditolak Meir. Yitzhak Rabin, yang menghabiskan masa menjadi pemerhati perang kepada Elazar dalam kapasiti tidak rasmi, mengetuai kerajaan baru yang dibentuk pada bulan Jun.
Pada 1999, isu ini dikemukakan semula oleh pemimpin-pemimpin politik Israel untuk mencegah kelemahan yang sama daripada berulang. Majlis Keselamatan Kebangsaan Israel ditubuhkan untuk memperbaiki penyelarasan antara badan keselamatan dan pihak risikan, dan bahagian politik kerajaan.
Bagi pihak negara-negara Arab (terutamanya Mesir dalam hal-hal tertentu), kejayaan pihak Arab dalam kempen perang ini mengubati luka psikologi mereka dalam kekalahan Perang Enam Hari. dan membawa mereka kepada rundingan damai bersama Israel. Akibat kesan Perang Enam Hari (dimana Israel berjaya memperoleh sebahagian tanah di Afrika dan lebih wilayah di kawasan Syria), ramai percaya perang kali ini membantu memulih kepercayaan dunia Arab bahawa Israel tidak mudah untuk ditewaskan secara kuasa ketenteraan. Oleh itu, perkara ini dapat mengukuhkan pergerakan keamanan dan menamatkan misi memusnahkan Israel secara kekerasan.
Jeneral Shazly menimbulkan kemarahan Sadat untuk menyokong pengunduran tentera Mesir dari Sinai untuk memenuhi serangan Israel keatas Terusan Tebing Barat. Enam minggu selepas perang, beliau digugurkan daripada dan dikeluarkan daripada tentera. Beliau akhirnya memilih untuk berpolitik secara buangan. Semasa beliau kembali ke Mesir, beliau diletakan dalam tahanan rumah. Selepas bebas, beliau menyokong pembentukan "Jawatankuasa Tinggi Agung" yang diambil daripada Suruhanjaya Agranat di Israel, untuk “menyiasat, menganalisi dan menguji” prestasi tentera Mesir dan arahan yang dikeluarkan semasa perang.
Ketua Tentera Kedua dan Ketiga, Jeneral Khalil dan Wael, dikeluarkan daripada tentera. Komander Tentera Kedua Mesir semasa permulaan perang, Jeneral Mamaun, mengalami serangan jantung selepas tewas semasa 14 Oktober dimana berlakunya perang kereta kebal di Sinai, dan digantikan dengan Jeneral Khalil.
Di Syria, Komander Brigade Infantri yang tewas semasa penyerang tentera Israel dari puak Druze, Colonel Rafik Halawi, dijatuhi hukuman sebelum perang tamat. Dia diberikan pendengaran yang cepat dan dijatuhi hukuman bunuh. Perlaksanaan hukuman dilakukan secara serta-merta. Pengkaji sejarah ketenteraan, Zeev Schiff, menyatakan bahawa beliau dijadikan "kambing korban" oleh kerajaan Syria. Pihak Sria menafikan sekeras-kerasnya yang Halawi dijatuh hukum dan berusaha dengan jitu untuk menangkis segala dakwaan. Kerajaan Syria menyatakan bahawa beliau meninggal dunia semasa peperangan dengan Israel dan mengancam pendakwaan bagi mereka yang memberi berita palsu tntang kematian beliau. Pihak Syria membuat begitu bagi menguatkan kesetiaan puak Druze kepada rejim Assad dan mengelakkan puak Druze berpaling tadah kepada Israel. Pada 7 Julai 1974, jenazah Halawi dipindahkan dari Hospital Tentera Syria dan dikebumikan di Damsyik, iaitu di "Perkuburan Wira Perang Oktober" yang turut dihadiri oleh ramai kenamaan Syria. Suatu analisis menyatakan kehadiranterlalu ramai pegawai tertinggi merupakan suatu perkara yang luar biasa dan kehadiran beliau merupakan suatu cara untuk mengaburi orang ramai tentang pembunuhan itu.
Perang Yom Kippur mengubah secara langsung status quo di Timur Tengah, dan perang ini berperanan secara langsung ke arah Rundingan Damai Kem David 1979.
Kerajaan Rabin dibebani dengan pelbagai skandal, dan beliau terpaksa meletak jawatan pada tahun 1977. Sayap kanan parti Likud, di bawah kepimpinan Perdana Menteri Menachem Begin, menang pilihan raya yang berikutnya. Ini menandakan perubahan bersejarah dalam landskap politik Israel: buat kali pertama sejak penubuhan negara Israel, sebuah kerajaan yang tidak dipimpin oleh Parti Buruh dalam mengetuai kerajaan.
Sadat, yang telah terlibat dalam peperangan ini bertujuan mendapatkan semula Sinai dari Israel, merasa kecewa pada kadar perlahan proses damai. Dalam temu bual pada tahun 1977 dengan CBS News , pengacara Walter Cronkite, Sadat mengakui menerusi soalan yang diajukan bahawa dia berfikiran terbuka kepada dialog yang lebih membina untuk keamanan, termasuk lawatan ke negara-negara. Hal ini kelihatan seperti untuk membuka pagar banjir, kata beliau dalam satu temubual dengan wartawan yang sama, Pemimpin sederhana pro- Israel, Begin - mungkin tidak berhasrat untuk tidak berbaik dengan Sadat kemudian berkata beliau juga akan bersetuju dengan hubungan yang lebih baik dan menawarkan jemputan untuk melawat ke Israel. Oleh itu, pada bulan November tahun itu, Sadat mengambil langkah yang belum pernah dilakukan dengan melawat ke Israel, menjadi pemimpin Arab pertama untuk berbuat demikian, dan secara tersirat diiktiraf oleh Israel.
Perbuatan ini menjadi batu loncatan dalam memulakan proses damai. Presiden Amerika Syarikat, Jimmy Carter, menjemput kedua-dua pemimpin, Sadat dan Begin, di sidang kemuncak di Camp David untuk rundingan damai terakhir. Rundingan berlangsung dari 5-17 September 1978. Akhirnya, rundingan itu berjaya, Israel dan Mesir menandatangani Perjanjian Keamanan Israel-Mesir pada tahun 1979. Israel menarik balik tentera dan peneroka dari Sinai, dalam pertukaran untuk hubungan normal dengan Mesir dan keamanan yang diingini berkekalan.
Rundingan damai yang dimeterai antara Mesir dan Israel menimbulkan kemarahan dunia Arab. Mesir akhirnya dibuang keahlian dalam Liga Arab. Sejak itu, mEsir dibuang dan disisihkan daripada dunia Arab. Ketegangan Mesir dengan jiran-jiran negara lain berakhir dengan Perang Libya-Mesir pada 1977.
Sadat akhirnya dibunuh dua tahun kemudian pada 6 Oktober 1981, semasa menghadiri perarakan sempena ulang tahun kelapan permulaan perang, oleh ahli-ahli tentera Islam yang marah atas tindakan beliau mengadakan rundingan dengan Israel.
Sebagai tindak balas kepada sokongan Amerika Syarikat terhadap Israel, ahli-ahli OPEC, yang diketuai oleh Arab Saudi, bersetuju memutuskan untuk mengurangkan pengeluaran minyak dengan 5% setiap bulan pada 17 Oktober. Pada 19 Oktober, Presiden Nixon yang diberi kuasa peruntukan utama bekalan senjata $ 2.2 bilion dalam Peruntukan untuk Israel. Sebagai tindak balas, Arab Saudi mengisytiharkan sekatan terhadap Amerika Syarikat (AS), tahun kemudiannya diikuti dengan pengeksportan minyak yang lain dan sekatan diperluaskan sehingga ke Belanda dan negeri-negeri lain, menyebabkan krisis tenaga 1973.
6 Oktober adalah hari cuti kebangsaan di Mesir yang dikenali sebagai Hari Angkatan Tentera . Ia adalah hari cuti kebangsaan di Syria juga, dimana ia dikenali sebagai "Tishreen Hari Pembebasan". Sebagai menandakan ulang tahun ke-35 pada tahun 2006, Hosni Mubarak berkata bahawa konflik itu memberi "nafas baru" ke Mesir. Beliau berkata kemenangan awal Mesir dan Syria dalam konflik meredakan kepahitan pihak Arab ke atas kemenangan Israel dalam Perang Enam Hari 1967 dan akhirnya meletakkan kedua-dua negara pada jalan kehidupan yang aman.
Di Mesir, banyak tempat dinamakan selepas 6 Oktober bersamaa tarikh 10 Ramadan , mengikut kalendar Islam. Contohnya tanda peringatan itu menerusi Jambatan Oktober 6 di Kaherah Kota 6 Oktober dan Kota 10 Ramadan.
"Muzium Perang 6 Oktober " telah dibina pada tahun 1989 di Heliopolis, Kaherah. Pusat muzium diduduki oleh bangunan bulat perumahan turut menempatkan lukisan panorama perjuangan antara tentera Mesir dan Israel. Panorama, penciptaan yang disalurkan kepada kumpulan Utara artis arkitek Korea, dilengkapi dengan enjin berputar 360 ° semasa pembentangan 30 minit yang disertai oleh pengolahan dalam pelbagai bahasa. Sebuah muzium yang serupa, yang sama cirinya juga dibina dengan bantuan Korea Utara, iaitu Panorama Perang Oktober beroperasi di Damsyik.
Tentera Arab (kecuali Jordan) dilengkapi dengan senjata buatan Soviet, manakala persenjataan Israel kebanyakkan buatan Barat.[perlu rujukan]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.