24 Oktober merupakan hari ke-297 (hari ke-298 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 68 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- 1260 - Katedral Chartres di Chartres, Perancis (gambar) ditahbiskan di hadapan Raja Louis IX
- 1260 - Sultan Mamluk Mesir Qutuz dibunuh, dikatakan oleh panglimanya Baibars, yang kemudian menjadi sultan.
- 1648 - Perjanjian kedua Perdamaian Westfalen ditandatangani, menamatkan Perang Tiga Puluh Tahun dan Pemberontakan Belanda, dan secara rasminya mengiktiraf Republik Tujuh Belanda Bersatu dan Gabungan Switzerland.
- 1878 - Maharaja Abu Bakar telah diiktiraf oleh kerajaan British sebagai pemerintah Muar berikutan kemangkatan Sultan Ali Iskandar Shah pada 20 Jun 1877.
- 1929 - Bursa Saham New York mula jatuh pada "Khamis Hitam", menyebabkan rentetan kemuflisan dan mencetuskan kemelesetan ekonomi di seluruh dunia.
- 1930 - Sejarah Brazil: Satu rampasan kuasa tanpa pertumpahan darah menyingkirkan Presiden Washington Luís Pereira de Sousa.
- 1945 - Piagam PBB, perlembagaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (gambar bendera), mula berkuatkuasa.
- 1960 - Satu prototaip peluru berpandu balistik antara benua R-16 Soviet meletup di pelantar pelancar di Kosmodrom Baikonur, RSS Kazakh, membunuh lebih 90 orang.