1985 – MuzikalLes Misérables, berdasarkan novel oleh Victor Hugo, mula dipentaskan di Barbican Centre London, kini menjadi muzikal West End paling lama bertahan dalam sejarah.
1998 – Lapangan Terbang Gardermoen, hab domestik dan antarabangsa utama Norway, mula beroperasi sementara Lapangan Terbang Oslo, Fornebu ditutup.
2005 - Satu gempa bumi besar terjadi di Kashmir yang mengorbankan lebih 74,500 nyawa di Pakistan, India dan Afghanistan.
2007 – Atlet wanita Amerika Syarikat Marion Jones dipaksa memulangkan 5 pingat emas Olimpik kerana kesalahan menggunakan steroid.
2008 – Kerajaan British mengumumkan pakej penyelamatan kewangan seminggu selepas Amerika Syarikat meluluskan undang-undang bagi menstabilkan ekonominya akibat krisis gadai janji subprima.