From Wikipedia, the free encyclopedia
Peru (disebut [pé.ru], ejaan lama: Piru - Sepanyol: Perú ; bahasa-bahasa Quechua & Aymara: Piruw) atau nama rasminya Republik Peru (Sepanyol: República del Perú , Quechua: Piruw Republika , Templat:Lang-ay) adalah sebuah negara di Amerika Selatan bahagian barat, bersempadan dengan Ecuador dan Colombia di utara, Brazil di timur, Bolivia di timur, tenggara dan selatan, Chile di selatan dan Lautan Pasifik di barat. Peru merupakan negara yang kaya dalam budaya antropologi khususnya sebagai tapak berkembangnya suatu tamadun besar berupa Empayar Inka yang beribu kota di Machu Picchu.
Republik Peru ريڤوبليك ڤيرو | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Cogan kata: "Firme y feliz por la unión" (Sepanyol) "Kukuh dan Sejahtera demi Kesatuan" | |||||
Lagu kebangsaan: "Himno Nacional del Perú" (Sepanyol) "Lagu Kebangsaan Peru"
| |||||
National seal Gran Sello del Estado (Sepanyol) Great Seal of the State | |||||
Ibu negara dan bandar terbesar | Lima 12°2.6′S 77°1.7′W | ||||
Bahasa rasmi | Sepanyol Peru | ||||
Bahasa-bahasa rasmi lain[lower-alpha 1] |
| ||||
Kumpulan etnik (2017) | List of ethnic groups
| ||||
Kerajaan | Republik berpresiden unitari[1][2] | ||||
• Presiden | Dina Boluarte | ||||
Gustavo Adrianzén | |||||
Badan perundangan | Kongres Republik Peru[4] | ||||
Kemerdekaan daripada Kerajaan Sepanyol | |||||
• Pengisytiharaan | 28 Julai 1821 | ||||
• Pertempuran Ayacucho | 9 Disember 1824 | ||||
• Recognized | 14 Ogos 1879 | ||||
Keluasan | |||||
• Jumlah | 1,285,216 km2 (496,225 bt2) (ke-19) | ||||
0.41 | |||||
Populasi | |||||
• Perkiraan 2020 | ▲ 32,824,358 [5] (ke-41) | ||||
• Bancian Penduduk 2017 | 31,237,385 | ||||
23/km2 (59.6/sq mi) (ke-198) | |||||
KDNK (PPP) | 2020 | ||||
• Jumlah | ▲ $505.450 billion[6] (ke-36) | ||||
▲ $15,399[6] (ke-85) | |||||
KDNK (nominal) | 2020 | ||||
• Jumlah | ▲ $240.175 bilion[6] (ke-41) | ||||
▲ $7,317[6] (ke-80) | |||||
Gini (2017) | 43.3[7] sederhana | ||||
HDI (2018) | ▲ 0.759[8] tinggi · ke-82 | ||||
Mata wang | Nuevo Sol ( PEN ) | ||||
Zon waktu | UTC−5 (PET) | ||||
Format tarikh | dd.mm.yyyy | ||||
Arah memandu | kanan | ||||
Kod panggilan | +51 | ||||
Kod ISO 3166 | PE | ||||
DPT internet | .pe |
Wilayah Peru adalah pusat tamadun Norte Chico, salah satu daripada tamadun tertua di dunia, Empayar Inca adalah negara terbesar di zaman Colombia Amerika. Empayar Sepanyol telah menjajah negara ini sejak abad ke-16 dan melaksanakan sistem Wizurai di semua koloni Sepanyol di Amerika Latin. Peru merdeka pada 1821 dan menempuh pelbagai kesukaran dari segi politik dan kegawatan ekonomi.
Peru melaksanakan sistem demokratik perwakilan di mana Peru dibahagi kepada 25 negeri.
Dari segi geografi, Peru menganjur dari pantai Lautan Pasifik hingga ke puncak pergunungan Andes. Hutannya sama seperti Malaysia iaitu hutan tropika terutama di Lembah Amazon. Peru merupakan sebuah negara sedang membangun. Indek Pembangunan Kemanusiaan pada kadar 50 % sahaja. Ekonomi utama ialah pertanian, perikanan, perlombongan, pengeluaran barangan terutama tekstil.
Penduduknya seramai 28 juta dan pelbagai etnik. Ini termasuklah Amerindian, Afrikan dan berketurunan Sepanyol. Mereka bercakap dalam bahasa Sepanyol kerana pernah dijajah selama ratusan tahun oleh Sepanyol. Bahasa lain ialah bahasa Quechua.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.