grafem dalam sistem abjad tulisan From Wikipedia, the free encyclopedia
Huruf (Jawi: حروف) ialah unsur dalam sesebuah sistem tulisan abjad. Setiap huruf dalam bahasa bertulis lazimnya dikaitkan dengan satu fonem (bunyi) dalam bahasa lisan yang bersamaan. Aksara-aksara dalam tulisan awal lebih baik dipanggil silabogram (yang melambangkan suku kata) atau logogram (yang melambangkan perkataan atau ungkapan). Beginilah konsep penulisan mampu menjadi antara ciptaan terhebat dalam sejarah peradaban manusia (Robinson 2003), dan demikianlah kesan huruf dan abjad terhadap masyarakat. Huruf membolehkan manusia saling berhubung melalui surat-menyurat di merata dunia.
Ciptaan huruf-haruf ini dimulakan oleh tulisan Semitik Barat yang muncul di rantau Kanaan sekitar 1000 SM.
Abjad-abjad dan huruf-huruf individu berikutnya dibincangkan dalam rencana masing-masing:
Abjad Arab: (kanan ke kiri) ﺍ, ﺏ, ﺕ, ﺙ, ﺝ, ﺡ, ﺥ, ﺩ, ﺫ, ﺭ, ﺯ, ﺱ, ﺵ, ﺹ, ﺽ, ﻁ, ﻅ, ﻉ, ﻍ, ﻑ, ﻕ, ﻙ, ﻝ, ﻡ, ﻥ, هـ, ﻭ, ﻱ.
Abjad Cyril: А, Б, В, Г, Ґ, Д, Е, Є, Ж, З, И, І, Ї, Й, К, Л, М, Н, О, П, Р, С, Т, У, Ф, Х, Ц, Ч, Ш, Щ, Ю, Я, Ъ, Ь, Ђ, Љ, Њ, Ћ, Џ.
Abjad Yunani: Α, Β, Γ, Δ, Ε, Ζ, Η, Θ, Ι, Κ, Λ, Μ, Ν, Ξ, Ο, Π, Ρ, Σ, Τ, Υ, Φ, Χ, Ψ, Ω.
Abjad Ibrani: (kanan ke kiri) א, ב, ג, ד, ה, ו, ז, ח, ט, י, כ, ל, מ, נ, ס, ע, פ, צ, ק, ר, ש, ת.
Abjad Rumi: A, B, C, D, E, F, G, H, I, J, K, L, M, N, O, P, Q, R, S, T, U, V, W, X, Y, Z.
Sesetengah sistem penulisan memiliki dua bentuk utama bagi setiap huruf: bentuk huruf besar (juga dikenali sebagai capital atau majuscule) dan bentuk huruf kecil. Bentuk huruf besar dan kecil mewakili bunyi yang sama, tetapi memainkan funsi berlainan dalam penulisan. Huruf besar paling biasa digunakan pada permulaan ayat, sebagai huruf pertama, dan sebagai huruf pertama bagi nama sempurna, atau dalam inskripsi atau judul. Ia mungkin juga memainkan peranan fungsi lain, seperti dalam bahasa Jerman di mana kesemua kata nama bermula dengan huruf besar. Sistem penulisan Jawi pula tidak membezakan antara keduanya.
Satu huruf boleh dicetak dalam sejumlah saiz yang berbeza atau bentuk, bergantung pada jenis rupa huruf. Satu rupa huruf merupakan set bentuk stail tetap tunggal bagi huruf (atau glif). Rupa huruf tertentu mungkin menukar bentuk piwaian huruf, mungkin memberikannya gaya optik berlainan, atau mungkin condong atau menghiasi bentuk mereka. Sesuatu fon adalah lebih khusus berbanding rupa huruf, kerana ia turut menetapkan saiz huruf selain bentuknya.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.