huruf kelima abjad Rumi From Wikipedia, the free encyclopedia
E ialah huruf Rumi yang kelima. Namanya disebt /iː/.
Cari E dalam Wikikamus bahasa Melayu, kamus bebas. |
Huruf ini mempunyai dua sebutan dalam bahasa Melayu (seiringan aturan Ejaan yang Disempurnakan disetujui pihak Indonesia dan Malaysia tahun 1972):[1] vokal tak bundar depan separuh sempit atau "e taling" dan vokal pusat tengah atau "e pepet", kedua-dua sebutan ini dibezakan dengan penandaan tertentu dalam kamus-kamus digunakan kedua-dua negara ini. Huruf E paling banyak digunakan sekali dalam bahasa Inggeris.[2]
E diperoleh daripada huruf Greek epsilon yang lebih kurang sama rupa (Ε, ε) dan fungsinya. Menurut etimologi, huruf hê Semitik barangkali melambangkan bentuk manusia yang bersembahyang atau berteriak (hillul "kegembiraan"), dan juga mungkin berasaskan satu hieroglif Mesir yang serupa bentuknya tetapi berbeza bunyi dan kegunaannya. Dalam abjad Semitik, huruf ini mewakili bunyi /h/ (dan /e/ dalam perkataan bahasa asing), dalam bahasa Greek hê menjadi Εψιλον (Epsilon) yang mewakili bunyi /e/. Orang-orang Etruscan dan Rom Purba turut menggunakan huruf ini sedemikian, maka timbulnya huruf Rumi "E". Oleh sebab Peralihan Vokal Besar-besaran, kegunaannya dalam bahasa Inggeris agak berbeza, iaitu /iː/ (yang berpunca daripada /eː/ dalam "me" atau "bee") sementara perkataan-perkataan lain seperti "bed" lebih hampir dengan sebutan bahasa Latin dan bahasa-bahasa lain.
Huruf E sering digunakan untuk melambangkan tenaga (energy), terutamanya dalam rumusan "E=mc2."
fonetik NATO | Kod Morse | ||
Echo | |||
Bendera isyarat | Semafora | Panduan ASL | Braille |
Titik kod | Huruf besar E | Huruf kecil e | |
---|---|---|---|
Unikod | U+0045 | U+0065 | |
ASCII | Perpuluhan | 69 | 101 |
Perduaan | 01000101 | 01100101 | |
EBCDIC | 197 | 133 |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.