J

huruf kesepuluh abjad Rumi From Wikipedia, the free encyclopedia

J ialah huruf kesepuluh dalam abjad Rumi, dan huruf terakhir yang ditambah dalam kalangan 26 huruf sepanjang sejarah pembangunan abjad tersebut.

Fakta Segera Abjad Rumi dasar ...
Tutup

Ia melambangkan bunyi konsonan letusan lelangit-gusi bersuara /dʒ/ diaturkan dalam sistem Ejaan yang Disempurnakan yang disetujui dua-dua pihak Malaysia dan Indonesia untuk bahasa-bahasa baku mereka pada tahun 1972. Sebelum itu, huruf ini digunakan dalam sistem-sistem ejaan Republik dan van Ophuijsen di Indonesia melambangkan malaran tak geser lelangit /j/ yang digantikan seragam menggunakan huruf Y.[1] Penutur di Malaysia cenderung menyebut huruf ini sebagai jei mengikut bahasa Inggeris (disebut /dʒeɪ/)[2][3] manakala penutur di Indonesia cenderung menyebut huruf ini sebagai "je"[4] (, /dʒe/).

Sejarah

J asalnya merupakan bentuk lain huruf I. Bentuk huruf kecil j digunakan pada Zaman Pertengahan untuk mengakhiri angka Rumi menggantikan i. Penggunaan secara mandiri mula menjadi-jadi dalam bahasa Jerman Pertengahan Tinggi.[5] Petrus Ramus (m. 1572) menjadi orang pertama yang terang-terang membezakan I dan J sebagai perlambangan dua bunyi yang berbeza. Asalnya, kedua-dua huruf I dan J melambangkan /i/, /iː/, dan /j/; tetapi bahasa-bahasa Romawi mengembangkan bunyi-bunyi baru (dari /j/ dan /g/) yang menjadi bunyi-bunyi lambangan I dan J; oleh itu, J bahasa Inggeris (dari J bahasa Perancis, dan maka itu J bahasa Melayu) agak berbeza bunyinya dari /j/.

Kesemua bahasa-bahasa Jermanik termasuk bahasa Belanda –kecuali bahasa Inggeris, Scots dan Luxembourg– menggunakan J untuk malaran tak geser lelangit /j/;[1] begitu juga untuk bahasa Albania, dan bahasa-bahasa Ural dan Slavik yang memakai abjad Rumi, seperti bahasa Hungary, Finland, Estonia, Poland, Czech, dan Slovak. Sesetengah bahasa dalam famili-famili ini, seperti bahasa Serbia, turut menyerap J ke dalam huruf Cyril untuk tujuan yang sama. Oleh itulah, huruf kecilnya dipilih sebagai lambang fonetik IPA bagi /j/ (seperti "y" dalam "ya").

Dalam bahasa Sepanyol, J melambangkan /x ~ h/ (yang berkembang dari afrikat /dʒ/), serupa dengan bunyi "h" atau "kh" Melayu.

Dalam bahasa Perancis, Portugis dan Romania, huruf J asalnya berbunyi /dʒ/ tetapi kini berubah menjadi /ʒ/ (seperti dalam perkataan measure bahasa Inggeris).

Dalam bahasa Turki, Azerbaijan dan Tatar, huruf J sentiasa melambangkan /ʒ/.

"J" ialah satu-satunya huruf yang tiada dalam Jadual Berkala (namun Jl pernah digunakan untuk mewakili joliotium, dan J sendiri pernah dipakai untuk iodin[6]).

Kod pengkomputeran

Perwakilan alternatif J
fonetik NATO Kod Morse
Juliet ·–––
Thumb Thumb Thumb
Bendera isyarat Semafora Panduan ASL Braille
Maklumat lanjut Titik kod, Huruf besar ...
Titik kod Huruf besar
J
Huruf kecil
j
Unikod U+004A U+006A
ASCII Perpuluhan 74 106
Perduaan 01001010 01101010
EBCDIC 209 145
Tutup

Rujukan

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.