B

huruf kedua abjad Rumi From Wikipedia, the free encyclopedia

Huruf 'B' ialah huruf kedua dalam abjad Rumi. Namanya dalam Bahasa Melayu ialah bee /biː/.

Fakta Segera Abjad Rumi dasar ...
Tutup

Sejarah

Huruf B berkemungkinan bermula sebagai sebuah piktogram untuk sebuah pelan rumah dalam Hiroglaf Mesir atau Abjad Proto-semitik.

Maklumat lanjut Kotej Hiroglif Mesir, Rumah Proto-Semitic ...
Kotej Hiroglif Mesir Rumah Proto-Semitic "beth" Phoenicia Yunani Etruscan B Romawi
Kotej Hiroglif Mesir Thumb Thumb Thumb Thumb Thumb
Tutup

Menjelang 1500 SM, huruf-huruf dalam Abjad Phoenicia mempunyai bentuk tegak yang berfungsi sebagai sebuah "beth".

Tipografi

Huruf moden b datang daripada huruf Romawi.

Thumb Thumb
B jenis huruf patah B jenis huruf unkia
Thumb Thumb Thumb
B jenis Rumi moden B jenis italik/condong moden B jenis terangkai moden

Huruf B tidak seharusnya dikelirukan dengan huruf Bahasa Jerman, ß.

Penggunaan

Dalam kebanyakan bahasa yang memakai huruf Rumi, huruf B menandakan plosif bilabial bersuara (sebutan bahasa Inggeris: /b/). Dalam bahasa-bahasa Estonia dan Iceland serta juga perumian bahasa Cina, B tidak bersuara, tetapi masih dibezakan dari huruf P, yang dipanjangkan menjadi /pp/ dalam bahasa Estonia, dan disedut pula menjadi /pʰ/ dalam bahasa Cina dan iceland. Dalam bahasa Fiji, B diprasengaukan menjadi /mb/, sementara dalam bahasa Zulu dan bahasa Xhosa pula menjadi konsonan implosif /ɓ/, berbanding dwihuruf Bh yang melambangkan /b/.

Bahasa Finland hanya memakai huruf b untuk kata pinjaman.

Dalam huruf IPA dan X-SAMPA, huruf /b/ menandakan plosif bilabial bersuara. Adanya bentuk kelainan huruf b yang menandakan konsonan bilabial berkaitan, seperti implosif bilabial bersuara dan getaran bilabial. Dalam X-SAMPA, huruf besar B menandakan frikatif bilabial bersuara.

Huruf B juga digunakan sebagai not muzik.

Kod-kod pengkomputeran

Perwakilan alternatif B
fonetik NATO Kod Morse
Bravo –···
Thumb Thumb Thumb
Bendera isyarat Semafora Panduan ASL Braille
Maklumat lanjut Titik kod, Huruf besar ...
Titik kod Huruf besar
B
Huruf kecil
b
Unikod U+0042 U+0062
ASCII Perpuluhan 66 98
Perduaan 01000010 01100010
EBCDIC 194 130
Tutup

Lihat juga

  • В : Ve (Cyrillic)
  • Ɓ

Pautan luar


Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.