Vokal pusat tengah

From Wikipedia, the free encyclopedia

Vokal tengah-tengah ialah sejenis bunyi vokel yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh ə dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA) dan @ dalam X-SAMPA. Aksara yang sama boleh digunakan untuk vokal tengah-tengah yang bundar dan tak bundar.

Maklumat lanjut AFA:, Depan ...
AFA: Vokal
Depan Pusat Belakang
Sempit
Hampir sempit
ɪ
•
ʏ
•
ʊ
Separuh sempit
Tengah
•
ø̞
ɤ̞
•
Separuh luas
Hampir luas
Luas
ä
•

Huruf vokal bersebelahan titik "•" mewakili: vokal tak bundar • vokal bundar

Tutup
Fakta Segera Nombor AFA, Pengekodan ...
Nombor AFA322
Pengekodan
X-SAMPA@
Imej
Sampel audio
noicon
Tutup

Dalam bahasa Melayu, vokal pusat tengah diwakili oleh huruf e pepet, contohnya: enam, berat, liter. Huruf e dalam bahasa Melayu ada dua kegunaannya, iaitu e pepet [ə] dan e taling [e] (vokal tak bundar depan separuh sempit).

Vokal tak bundar pusat tengah

Vokal tak bundar pusat tengah sentiasa dilambangkan oleh aksara [ə], tetapi aksara ini tidak semestinya melambangkan vokal tak bundar, apalagi sering digunakan untuk mana-mana vokal vokal tak tentu yang tidak tertekan. Jika perlunya keperincian, digunakannya aksara vokal tak bundar pusat hampir sempit dengan tanda penurun: [ɘ̞].

Ciri-ciri

Penggunaan

Maklumat lanjut Bahasa, Perkataan ...
BahasaPerkataanIPAErtiCatatan
InggerisRP[1]fur[fɜ̝ː]'bulu'Rujuk fonologi bahasa Inggeris
Jerman[2]bitte[ˈbɪtə]'tolong'Rujuk fonologi bahasa Jerman.
PortugisEropah[3]pagar[pɜ̝ˈɡaɾ]'membayar'Lebih kepada vokal hampir luas [ɐ] dalam bahasa Portugis Brazil.[4] Rujuk fonologi bahasa Portugis
Romaniamăr[mər]'epal'Rujuk fonologi bahasa Romania.
Tutup

Vokal bundar pusat tengah

Sesetengah bahasa ada vokal bundar pusat tengah ([ə] bundar) yang berbeza dari vokal separuh sempit dan separuh luas pusat tengah. Walaupun begitu, memandangkan tiada bahasa yang diketahui membezakan ketiga-tiganya, maka tiadanya aksara IPA yang khusus untuk vokal ini, sebaliknya aksara [ɵ] untuk vokal bundar pusat separuh sempit meminjam tempatnya. Jika perlunya keperincian, maka diakritik penurun boleh digunakan: [ɵ̞].

Ciri-ciri

Penggunaan

Maklumat lanjut Bahasa, Perkataan ...
BahasaPerkataanIPAErtiCatatan
Belandakopen[ˈkopə]'membeli'Rujuk fonologi bahasa Belanda
Perancis[5]je[ʒɵ̞]'saya'Lebih ke depan untuk sebilangan penutur. Rujuk fonologi bahasa Perancis
Rusia[6][7]тётя[ˈtʲɵ̞tʲə]'ibu saudara'Alofon bagi /o/ di keliling konsonan yang dipalatalkan. Rujuk fonologi bahasa Rusia
Swedenenergi[ˌɛnːərˈɧiː]'tenaga'Alofon tak tertekan bagi /ɛ/. Rujuk fonologi bahasa Sweden
Tutup

Rujukan

Bibliografi

Lihat juga

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.