tempoh geologi pertama era Paleozoik. From Wikipedia, the free encyclopedia
Kambria (kadangkala dilambangkan sebagai Ꞓ) merupakan nama untuk tempoh dan sistem geologi yang pertama pada Era Paleozoik yang turut di bawah Eon Fanerozoik.[4] Tempoh Kambria bertahan selama 53.4 juta tahun dari penghujung Tempoh Ediakara yakni 538.8 juta tahun dahulu (jtd) sehingga ke permulaan Tempoh Ordovisi 485.4 jtd.[5] Subbahagiannya, dan pangkalannya, agak berubah-ubah.
Kambria | |
---|---|
Kronologi | |
Templat:Cambrian graphical timeline | |
Etimologi | |
Keformalan nama | Formal |
Maklumat kegunaan | |
Jasad cakerawala | Bumi |
Kegunaan tempatan | Global (ICS) |
Skala masa yang digunakan | Skala Masa ICS |
Takrifan | |
Unit kronologi | Tempoh |
Unit stratigrafi | System |
Pertama kali dicadangkan oleh | Adam Sedgwick, 1835 |
Keformalan jangka masa | Formal |
Takrif sempadan bawah | Kemunculan Iknofosil Treptichnus pedum |
Sempadan bawah GSSP | keratan Fortune Head, Newfoundland, Canada 47.0762°N 55.8310°W |
Tarikh ratifikasi sempadan bawah GSSP | 1992[1] |
Takrif sempadan atas | Datum kewujudan pertama konodonta Iapetognathus fluctivagus. |
Sempadan atas GSSP | Keratan Greenpoint, Green Point, Newfoundland, Canada 49.6829°N 57.9653°W |
Tarikh ratifikasi sempadan atas GSSP | 2000[2] |
Data atmosfera dan iklim | |
Nilai aras laut melebihi zaman kini | Menaik secara beransur dari 4 m ke 90 m[3] |
Tempoh tersebut telah ditetapkan sebagai "siri Kambria" oleh Adam Sedgwick,[4] yang menamakannya sempena Kambria, nama Latin untuk 'Cymru' (Wales), yakni lokasi batuan Kambria yang paling terdedah di Britain.[6][7][8] Sedgwick mengenal pasti lapisan itu sebagai sebahagian daripada tugasnya, bersama Roderick Murchison, untuk membahagikan "Siri Peralihan" yang besar, walaupun kedua-dua ahli geologi itu tidak bersetuju untuk seketika mengenai pengkategorian yang sesuai.[4]
Tempoh Kambria adalah unik dari segi mendapan sendimen lagerstätte yang luar biasa tingginya, tapak yang dipelihara dalam keadaan luar biasa dengan bahagian "lembut" organisma dipelihara serta cengkerangnya yang lebih bertahan lama. Disebabkan itulah, pemahaman saintifik tentang biologi Tempoh Kambria mengatasi beberapa tempoh kemudian.[9]
Tempoh Kambria menandakan perubahan besar dalam kehidupan di Bumi: sebelum Tempoh Kambria, majoriti organisma hidup pada keseluruhannya bersaiz kecil, unisel dan ringkas (Fauna Ediakara dan biota Tonos Huainan terdahulu adalah kekecualian ketara). Organisma multisel yang kompleks secara beransur-ansur menjadi lebih biasa ditemui dalam berjuta-juta tahun sejurus sebelum Tempoh Kambria, tetapi tidak sampai tempoh ini organisma yang dimineralkan - dengan itu mudah terfosil - menjadi biasa ditemukan.[10]
Pengembangan pesat kepelbagaian bentuk hidupan dalam tempoh Kambria, yang dikenali sebagai ledakan Kambrium, menghasilkan wakil pertama bagi kebanyakan filum haiwan moden. Analisis filogenetik telah menyokong pandangan bahawa sebelum percambahan Kambria, dalam tempoh Kriogen[11][12][13] atau Tonos,[14] haiwan (metazoa) berkembang secara monofiletik daripada leluhur organisma tunggal, yakni protista kolonial berflagelat serupa dengan koanoflagelat moden.[15] Walaupun pelbagai bentuk hidupan berkembang pesat di lautan, tetapi di daratan pula keadaannya masih dianggap agak tandus - dengan tidak ada yang lebih kompleks daripada kerak tanah mikrob[16] dan beberapa moluska dan artropod (walaupun bukan daratan) yang muncul untuk mencerna biofilem mikrob tersebut.[17]
Menjelang akhir zaman Kambria, miriapoda,[18][19] araknida,[20] dan heksapoda[21] mula menyesuaikan diri dengan tanah, bersama-sama dengan tumbuhan terawal.[22][23] Kebanyakan benua mungkin kering dan berbatu kerana kekurangan tumbuh-tumbuhan. Laut-lautan yang cetek mengapit pinggir beberapa benua yang dicipta semasa pecahnya benua besar Pannotia. Pada ketika ini suhu lautan juga agak suam, dan ais kutub tidak hadir untuk kebanyakan tempoh itu.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.