Filum

From Wikipedia, the free encyclopedia

Filum berasal dari bahasa Greek; phylum yang bererti cabang. Biasanya istilah ini dipakai dalam ilmu bahasa perbandingan atau dalam ilmu biologi dalam menghuraikan atau mengkelaskan hubungan 'keluarga' antara jenis atau bahasa.

Maklumat lanjut Pengelasan biologi ...
Pengelasan biologi
Domain
Alam
Filum (haiwan)
Divisi (tumbuhan)
Subfilum (haiwan)
Subdivisi (tumbuhan)
Superkelas
Kelas
Subkelas
Order
Suborder
Superkeluarga
Keluarga
Subkeluarga
Genus
Subgenus
Spesies
Subspesies
Tutup

Dalam biologi pengkelasan ini menjadi: subfilum, kelas, order, famili, genus dan spesies.

Dalam ilmu bahasa, hal ini merupakan kelompok bahasa atau rumpun bahasa yang berpisah sekitar 50 sampai 100 abad lampau.

Istilah filum biasanya digunakan untuk haiwan, manakala divisi digunakan untuk tumbuhan.

Jenis filum

Haiwan

Nilai di bawah adalah anggaran; angka adalah berbeza-beza mengikut pengarang, sebilangan angka adalah berdasarkan spesies yang diketahui,[1] dan sebilangan lagi adalah berdasarkan andaian bilangan spesies yang tidak diketahui. Sebagai contoh, kira-kira 25,000–27,000 spesies nematod telah dikenal pasti, dengan nilai yang diterbitkan menetapkan angka termasuk 10,000–20,000; 500,000; 10 juta; dan 100 juta.[2]

Protostom Bilateria Nephrozoa
Deuterostom
Basal/dipertikai Bukan Bilateria
Vendobionta
Parazoa
Lain-lain
Maklumat lanjut Maksud, Nama lazim ...
FilumMaksudNama lazimCiri-ciriTakson
Annelida Cincin kecil[3]:306 Ulat bersegmen Segmen membulat berbilang &&&&&&&&&&022000.&&&&&022,000+ masih hidup
Agmata Berserpihan Agmat Cangkerang kon berkapur 5 spesies, pupus
Archaeocyatha Cawan purba Takson pupus pembina terumbu tahap span yang tinggal di perairan tropika dan subtropika suam ketika Kambria Awal. 3 kelas diketahui; pupus
Arthropoda Kaki bersendi Artropod Badan bersegmen dengan anggota bersendi, dengan rangka luar kitin &&&&&&&&01250000.&&&&&01,250,000+ masih hidup;[1] 20,000+ pupus
Brachiopoda Kaki berlengan[3]:336 Lopofor dan pedikel &&&&&&&&&&&&0300.&&&&&0300–500 masih hidup; 12,000+ pupus
Bryozoa (Ectoprocta) Haiwan lumut Haiwan lumut Lopofor, tiada pedikel, sesungut bersilia, dubur di luar gelang silia &&&&&&&&&&&06000.&&&&&06,000 masih hidup[1]
Chaetognatha Rahang rambut panjang Tunjang berkitin di belah muka, sirip &&&&&&&&&&&&0100.&&&&&0100 masih hidup
Chordata Dengan perentas Perentas saraf dorsal berlubang, notokord, celah farinks, endostil, ekor pascadubur &&&&&&&&&&055000.&&&&&055,000+[1]
Cnidaria Netel penyengat Nematosista (sel penyengat) &&&&&&&&&&016000.&&&&&016,000[1]
Ctenophora Pembawa sikat Ampai bulat Lapan silium terlakur "jalur sikat" &&&&&&&&&&&&0100.&&&&&0100–150 masih hidup
Cycliophora Pembawa roda Symbion Mulut bulat dikelilingi badan seperti kantung bersilia kecil &&&&&&&&&&&&&&03.&&&&&03+
Echinodermata Kulit berduri Ekinoderma Simetri radial ganda lima dalam spesies masih hidup, duri berkalsium mesoderma &&&&&&&&&&&07500.&&&&&07,500 masih hidup;[1] anggaran 13,000 pupus
Entoprocta Dubur dalam[3]:292 Dubur di dalam gelang silia &&&&&&&&&&&&0150.&&&&&0150
Gastrotricha Perut berambut[3]:288 Dua tiub hujung berpelekat &&&&&&&&&&&&0690.&&&&&0690
Gnathostomulida Bukaan rahang Cacing kecil berkait dengan rotifer tanpa rongga badan &&&&&&&&&&&&0100.&&&&&0100
Hemichordata Perentas separuh[3]:344 Stomokord di kolar, celah farinks &&&&&&&&&&&&0130.&&&&&0130 masih hidup
Kinorhyncha Muncung bergerak 11 segmen dengan setiap satu memiliki plat dorsal &&&&&&&&&&&&0150.&&&&&0150
Loricifera Pembawa perisai Sisik seperti payung di setiap hujung &&&&&&&&&&&&0122.&&&&&0122
Micrognathozoa Haiwan rahang kecil Limnognathia Toraks boleh dibesarkan seperti akordion &&&&&&&&&&&&&&01.&&&&&01
Mollusca Lembut[3]:320 Moluska Kaki berotot dan cangkerang bulat mantel &&&&&&&&&&085000.&&&&&085,000+ masih hidup;[1] 80,000+ pupus[4]
Nematoda Seperti benang Cacing gelang, nematod Keratan rentas bulat, kutikel keratin &&&&&&&&&&025000.&&&&&025,000[1]
Nematomorpha Bentuk benang[3]:276 Cacing Gordia[3]:276 Cacing parasit panjang dan nipis serupa dengan nematod &&&&&&&&&&&&0320.&&&&&0320
Nemertea Nimfa laut[3]:270 Ulat tak bersegmen dengan proboskis terletak di dalam rongga terbitan selom (rinkosel) &&&&&&&&&&&01200.&&&&&01,200
Onychophora Pembawa kuku Haiwan seperti cacing dengan kaki berkuku kitin &&&&&&&&&&&&0200.&&&&&0200 masih hidup
Petalonamae Berbentuk daun Filum pupus dari zaman Ediakara. Berkedudukan bawahan dan tidak bergerak, berbentuk seperti daun, ada pelepah atau gelendong 3 kelas, pupus
Phoronida Pecinta Zeus Perut berbentuk U &&&&&&&&&&&&&011.&&&&&011
Placozoa Haiwan berpapan Permukaan atas dan bawah dibezakan; dua lapisan sel bersilium dengan sel gentian ameboid di antara kedua-duanya &&&&&&&&&&&&&&04.&&&&&04+
Platyhelminthes Cacing leper[3]:262 Cacing pipih[3]:262 Cacing bentuk leper tanpa rongga badan. Kebanyakannya parasit. &&&&&&&&&&029500.&&&&&029,500[1]
Porifera Pembawa liang Span[3]:246 Dinding dalaman berliang, jenis haiwan teringkas &&&&&&&&&&010800.&&&&&010,800 masih hidup[1]
Priapulida Priapus kecil Cacing berbentuk zakar &&&&&&&&&&&&&020.&&&&&020
Proarticulata Sebelum artikulat Kelas organisma telah pupus seperti tilam dengan "simetri gelangsar". Wujud semasa Ediakara. 3 kelas, pupus
Rhombozoa (Dicyemida) Haiwan lozeng Endoparasit dengan sel paksi anteroposterior tunggal dikelilingi sel bersilium &&&&&&&&&&&&0100.&&&&&0100+
Rotifera Pembawa roda Rotifer[3]:282 Silium mahkota anterior &&&&&&&&&&&02000.&&&&&02,000[1]
Saccorhytida Saccus : "poket" dan "kedut" Saccorhytus Saccorhytus bersaiz hanya dalam 1 mm, dan dicirikan dengan badan sfera atau separa sfera dengan mulut ketara. Badannya dilitupi kutikel yang tebal tetapi fleksibel. Satu nodus wujud di atas mulut. Di sekitar badannya, terdapat 8 bukaan dalam suatu kon terpenggal dengan lipatan jejari. Ia dianggap sebagai deuterostom[5] atau bentuk Ecdysozoa awal.[6] 1 spesies, pupus
Tardigrada Penginjak perlahan Beruang air Saudara mikroskopik artropod, dengan kepala dan badan empat segmen &&&&&&&&&&&01000.&&&&&01,000
Trilobozoa Haiwan tiga lobus Takson organisma kebanyakannya diskoid, dengan simetri ganda tiga tengah. Semuanya zaman Ediakara. 18 genus, pupus
Vetulicolia Penghuni purba Mungkin merupakan subfilum kordat. Badannya memiliki dua bahagian: bahagian hadapan panjang yang dilitupi "mulut" besar, dan kira-kira seratus objek bulat di setiap sisi yang dianggap sebagai insang atau bukaan berdekatan farinks. Farinks posterior memiliki 7 segmen. 15 spesies, pupus
Xenacoelomorpha Bentuk berongga aneh Subphylum Acoelomorpha Haiwan kecil dan ringkas. Bilateria, tetapi tanpa struktur Bilateria lazim seperti rongga perut, dubur dan sistem peredaran[7] &&&&&&&&&&&&0400.&&&&&0400+
Jumlah: 40 1,525,000[1]
Tutup

Tumbuhan

Alam tumbuhan (Plantae) ditakrifkan dalam pelbagai cara berdasarkan ahli biologi. Semua pengelasan termasuk embrofit hidup (tumbuhan darat), yang juga boleh termasuk dua divisi alga hijau, Chlorophyta dan Charophyta, dalam klad Viridiplantae. Jadual di bawah menunjukkan sistem Cavalier-Smith yang terkenal (tetapi juga diperdebatkan) dalam penyamaan "Plantae" dengan Archaeplastida,[8] kumpulan Viridiplantae dengan divisi alga Rhodophyta dan Glaucophyta.

Takrifan dan pengelasan tumbuhan di bahagian divisi juga pelbagai berdasarkan sumber, dan telah berubah sejak kebelakangan ini. Oleh itu, sesetengah sumber meletakkan paku ekor kuda dalam divisi Arthrophyta dan paku-pakis pula dalam Monilophyta,[9] sementara sumber berlainan meletakkan kedua-duanya di bawah Monilophyta seperti di bawah. Divisi Pinophyta mungkin digunakan bagi semua gimnosperma (yakni termasuk sikad, ginkgo dan gnetofit),[10] atau bagi konifer semata-mata seperti di bawah.

Sejak penerbitan pertama sistem APG pada 1998 yang mengusulkan pengelasan angiosperma hingga tahap order, banyak sumber cenderung untuk menetapkan taraf melebihi order sebagai klad tak formal. Divisi tradisional di bawah telah diturunkan ke darjat yang jauh lebih rendah di mana taraf-taraf formal telah diberikan, cth. subkelas.[11]

Tumbuhan darat Viridiplantae
Alga hijau
Alga lain (Biliphyta)[8]
Maklumat lanjut Divisi, Takrifan ...
DivisiTakrifanNama lazimCiri-ciriSpesies
Anthocerotophyta[12] Tumbuhan seperti Anthoceros Sporofit berbentuk tanduk, tiada sistem vaskular &&&&&&&&&&&&0100.&&&&&0100-300+
Bryophyta[12] Tumbuhan seperti Bryum, tumbuhan lumut Lumut Sporofit tak bercabang berterusan, tiada sistem vaskular &&&&&&&&&&012000.&&&&&012,000
Charophyta Tumbuhan seperti Chara &&&&&&&&&&&01000.&&&&&01,000
Chlorophyta Tumbuhan hijau (kekuningan)[3]:200 &&&&&&&&&&&07000.&&&&&07,000
Cycadophyta[13] Tumbuhan seperti Cycas, palm Bijian, mahkota dedaun majmuk &&&&&&&&&&&&0100.&&&&&0100-200
Ginkgophyta[14] Tumbuhan seperti Ginkgo Ginkgo Biji tidak dilindungi buah (satu spesies tunggal hidup) &&&&&&&&&&&&&&01.&&&&&01 masih hidup; 50+ pupus
Glaucophyta Tumbuhan biru-hijau &&&&&&&&&&&&&015.&&&&&015
Gnetophyta[15] Tumbuhan seperti Gnetum Biji dan sistem vaskular berkayu berbekas &&&&&&&&&&&&&070.&&&&&070
Lycopodiophyta,[10]

Lycophyta[16]

Tumbuhan seperti Lycopodium, tumbuhan serigala Dedaun mikrofil, sistem vaskular &&&&&&&&&&&01290.&&&&&01,290 masih hidup
Magnoliophyta Tumbuhan seperti Magnolia Angiosperma, tumbuhan berbunga Bunga dan buah, sistem vaskular berbekas &&&&&&&&&0300000.&&&&&0300,000
Marchantiophyta,[17]

Hepatophyta[12]

Tumbuhan seperti Marchantia, tumbuhan hati Sporofit tak bercabang sementara, tiada sistem vaskular &&&&&&&&&&&09000.&&&&&09,000
Polypodiophyta,

Monilophyta

Tumbuhan seperti Polypodium Paku-pakis Dedaun megafil, sistem vaskular &&&&&&&&&&010560.&&&&&010,560
Pinophyta,[10]

Coniferophyta[18]

Tumbuhan seperti Pinus, tumbuhan pembawa kon Konifer Kon dengan biji, kayu terdiri daripada trakeid &&&&&&&&&&&&0629.&&&&&0629 masih hidup
Rhodophyta Tumbuhan mawar Alga merah Fikobiliprotein sebagai pigmen aksesori &&&&&&&&&&&07000.&&&&&07,000
Jumlah: 14
Tutup

Fungi

Filum Microsporidia lazimnya disertakan dalam alam kulat, tetapi perkaitannya masih kurang jelas,[19] dan disangka sebagai protozoa oleh Persatuan Ahli Protistologi Antrabangsa[20] (lihat Protista di bawah). Analisis molekul Zygomycota mendapati bahawa ia adalah polifiletik (ahli-ahlinya tidak berkongsi satu leluhur sepunya),[21] suatu ciri yang kurang diingini dalam biologi. Dengan itu, ada usul untuk memansuhkan Zygomycota. Ahli-ahlinya akan dibahagikan antara Glomeromycota dengan empat subfilum baharu yang bersifat incertae sedis (gaya peletakan belum pasti): Entomophthoromycotina, Kickxellomycotina, Mucoromycotina dan Zoopagomycotina.[19]

Maklumat lanjut Divisi, Takrifan ...
DivisiTakrifanCiri-ciriSpesies
Ascomycota Kulat pundi[3]:396 Memiliki badan berbuah (askokarp).[22] Berfilamen, menghasilkan hifa dipisahkan septum. Dapat membiak secara aseksual.[23] 30,000
Basidiomycota Kulat asas kecil[3]:402 Hubungan seks.[24] 31,515
Blastocladiomycota Kulat cabang mencapah[25] Kurang 200
Chytridiomycota Kulat bekas masak kecil[26] Kebanyakannya saprotrof atau parasit akuatik. Memiliki flagelum posterior. Biasanya sel tunggal tetapi boleh juga berbilang sel.[27][28][29] 1000+
Glomeromycota Kulat bebola benang[3]:394 Biasanya ada mikoriza arbuskel, lazim di daratan dengan jumlah kecil di tanah lembap. Pembiakan aseksual tetapi memerlukan akar tumbuhan.[24] 284
Microsporidia Bijian kecil[30] 1400
Neocallimastigomycota Kulat cemeti cantik baharu[31] Lazimnya terletak di saluran pencernaan haiwan herbivor. Anaerob, wujud di daratan dan akuatik.[32] Kira-kira 20 [33]
Zygomycota Kulat berpasangan[3]:392 Kebanyakannya saprob (menetap di organisma mereput) dan dapat membiat secara seksual serta aseksual.[32] Kira-kira 1060
Jumlah: 8
Tutup

Protista

Alam Protista (atau Protoctista) disertakan dalam model lima/enam alam biologi tradisional, dan ditakrifkan sebagai apa-apa eukariot yang bukan tumbuhan, haiwan atau kulat.[3]:120 Protista ialah sebuah takson parafiletik,[34] dan kini kurang diterima dalam biologi. Ada beberapa usul untuk membahagikannya kepada beberapa alam baharu seperti Protozoa dan Chromista dalam sistem Cavalier-Smith.[35]

Taksonomi protista sejak sekian lama adalah tak stabil,[36] dengan pelbagai gaya pendekatan dan takrifan menyebabkan banyak pengelasan yang bercanggahan. Filum yang tersenarai di sini digunakan bagi Chromista and Protozoa oleh Catalogue of Life,[37] dan diperoleh daripada sistem Persatuan Ahli Protistologi Antarabangsa (ISP),[20] dengan kemas kini terbitan terkini (2022) Cavalier-Smith.[38] Sebilangan huraian di sini adalah berdasarkan kemas kini SIP pada 2019.[39]

Harosa Chromista
Hacrobia
Sarcomastigota Protozoa
Natozoa
Malawimonada
Maklumat lanjut Maksud, Nama lazim ...
FilumMaksudNama lazimCiri-ciriContohSpesiesImej
Amoebozoa Haiwan amorf Ameba, amoebozoa Kehadiran pseudopodia bagi gerakan ameboid, krista bertiub. Amoeba 2400 Thumb
Apusozoa (P) Dwisiliat luncuran dengan dua tiga penyambung di antara sentriol Podomonas 32 Thumb
Bigyra Dua cincin Stramenofil dengan heliks ganda dua di zon peralihan silium Aplanochytrium Thumb
Cercozoa Haiwan berflagelum Kumpulan dengan morfologi pelbagai yang disatukan hanya melalui filogeni Euglypha Thumb
Choanozoa (P) Haiwan corong Pseudopod filosa; sebilangan dengan kolar mikrovilus mengelilingi flagelum Desmarella 125 Thumb
Ciliophora Pembawa silium Siliat Kehadiran berbilang silium dan sitostom Paramecium 4,500 Thumb
Cryptista Tersembunyi Kumpulan dengan morfologi pelbagai yang disatukan hanya melalui filogeni Rhodomonas Thumb
Eolouka (P) Alur awal[40] Dwisiliat dengan alur penyuapan ventral Stygiella Thumb
Euglenozoa Haiwan mata benar Satu daripada dua silium dimasukkan dalam suatu poket bersilium apikal atau subapikal Euglena 800 Thumb
Gyrista Cincin Sistem heliks tunggal atau ganda dua di zon peralihan silium; memiliki okrofit dan pseudofungi Diatoms 1,500+ Thumb
Haptista Haptonema atau aksopodia berdasarkan mikrotubul nipis bagi penyuapan, sisik mineral kompleks Coccolithus Thumb
Malawimonada Dwisiliat bebas kecil dengan dua kinetosom, satu atau dua bilah di silium posterior Malawimonas Thumb
Metamonada Monad pertengahan Anaerob atau mikroaerofil, sebilangan tanpa mitokondrion; empat kinetosom per kinetid Giardia Thumb
Miozoa Haiwan penyedut Meiosis satu langkah,[41] rerambut silium tidak bertubul, biasanya haploid Dinoflagellates 1,555+ Thumb
Opisthosporidia
(kini sebahagian fungi)
Spora Opisthokont[42] Parasit dengan spora berkitin dan radas serangan hos terobosan Microsporidia Thumb
Percolozoa Kitaran hidup kompleks dengan ameba, flagelat dan sista Naegleria Thumb
Retaria Retikulopodia atau aksopodia, dan biasanya memiliki pelbagai jenis rangka Foraminifera 10,000 (50,000 pupus) Thumb
Telonemia Organisma heterotrof mikroskop Telonema 7 Thumb
Jumlah: 17
Tutup

Catalogue of Life memasukkan Rhodophyta dalam Glaucophyta dalam golongan tumbuhan,[37] tetapi sistem lain menetapkannya sebagai sebahagian Protista.[43]

Bakteria

Kini, ada 40 filum bakteria (tidak termasuk "Cyanobacteria") yang telah diterbitkan secara sah oleh Kod Bacteriologi[44]

  1. Abditibacteriota
  2. Acidobacteriota, pelbagai daripada segi fenotip, kebanyakannya tidak dikultur
  3. Actinomycetota, spesis positif Gram G+C tinggi
  4. Aquificota, bercabang dalam
  5. Armatimonadota
  6. Atribacterota
  7. Bacillota, spesis positif Gram G+C rendah seperti pembentuk spora Bacilli (aerob) dan Clostridia (anaerob)
  8. Bacteroidota
  9. Balneolota
  10. Bdellovibrionota
  11. Caldisericota, dahulunya divisi calon OP5, Caldisericum exile ialah wakil tunggal
  12. Calditrichota
  13. Campylobacterota
  14. Chlamydiota
  15. Chlorobiota, bakteria sulfur hijau
  16. Chloroflexota, bakteria tidak bersulfur hijau
  17. Chrysiogenota, hanya 3 genus (Chrysiogenes arsenatis, Desulfurispira natronophila, Desulfurispirillum alkaliphilum)
  18. Coprothermobacterota
  19. Deferribacterota
  20. Deinococcota, Deinococcus radiodurans dan Thermus aquaticus merupakan spesies "lazim diketahui" dalam filum ini
  21. Dictyoglomota
  22. Elusimicrobiota, dahulunya divisi calon Thermite Group 1
  23. Fibrobacterota
  24. Fusobacteriota
  25. Gemmatimonadota
  26. Ignavibacteriota
  27. Kiritimatiellota
  28. Lentisphaerota, dahulunya klad VadinBE97
  29. Mycoplasmatota, genus utama: Mycoplasma
  30. Myxococcota
  31. Nitrospinota
  32. Nitrospirota
  33. Planctomycetota
  34. Pseudomonadota, filum paling baik diketaui, spesies termasuk Escherichia coli dan Pseudomonas aeruginosa
  35. Rhodothermota
  36. Spirochaetota, spesies termasuk Borrelia burgdorferi, penyebab penyakit Lyme
  37. Synergistota
  38. Thermodesulfobacteriota
  39. Thermomicrobiota
  40. Thermotogota, bercabang dalam
  41. Verrucomicrobiota

Arkea

Kini, hanya dua filum yang rasmi berdasarkan Kod Bacteriologi.[44]

  1. Nitrososphaerota
  2. Thermoproteota, filum arkea kedua paling lazim

Beberapa filum lagi telah diusulkan, tetapi belum dirasmikan, termasuk:

  1. "Euryarchaeota", filum arkea paling lazim
  2. "Korarchaeota"
  3. "Nanoarchaeota", simbiot ultrakecil, satu spesies tunggal diketahui

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.