From Wikipedia, the free encyclopedia
Vijayachelys silvatica juga dikenali sebagai Kura-kura Hutan Kavalai, Kura-kura Hutan Cane atau hanya Kura-kura Cane, ialah kura-kura langka dari barat Ghats di India. Disahkan penemuannya pada tahun 1912, kura-kura ini berasal dari Kavalai, hutan tebal di Cochin, yang berketinggian 1500 dari paras laut.[2] Hanya dua spesimen yang dijumpai pada masa itu, dan tiada lagi saintis menemukannya selepas 70 tahun. Namun, selepas tahun 1982, spesies ini ditemui semula dan kajian lanjutan dilakukan mengenai asal-usul, ciri-ciri dan habitat haiwan ini.[3]
Vijayachelys silvatica | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Suborder: | |
Superkeluarga: | |
Keluarga: | |
Subkeluarga: | |
Genus: | Vijayachelys Praschag, Schmidt, Fritzsch, Müller, Gemel and Fritz, 2006 |
Spesies: | V. silvatica |
Nama binomial | |
Vijayachelys silvatica (Henderson, 1912) | |
Sinonim[1] | |
|
Kura-kura ini dikelaskan sebagai subkeluarga Geoemydinae dari keluarga Geoemydidae. Pernah diletakkan di bawah genus Geoemyda kemudian berpindah kepada Heosemys. Namun, kura-kura ini mempunyai hubungan rapat dengan genus Melanochelys. Bagaimanapun, kajian terkini mengesahkan ia adalah genus monotipikal, yang dinamakan sebagai Vijayachelys sebagai penghormatan kepada pakar herpetologi India, Jaganath Vijaya (1959–1987) yang menjumpai semula spesies ini pada tahun 1982.[4] Kajian Osteologi mengenai Vijayachelys telah diterbitkan pada tahun 2006.[3]
Karapasnya agak rata, dengan jungkir tengah yang menonjol..[5] plastronnya pula pelbagai saiz,[5] Manakala kepalanya juga agak besar.[5]
Spesimen pertama yang dibela bergantung dietnya pada tumbuh-tumbuhan, namun kajian terkini mendapati ia juga bersifat maserba.[6] Kura-kura ini dikelaskan sebagai haiwan terancam (EN B1+2c v2.3) oleh IUCN, dan tidak dijual di mana-mana kedai haiwan.[7]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.