Rencana ini mengenai Kura-kura Katup Asia dari genus
Cuora .
Untuk spesies kura-kura katup dari genus Terrapene, sila lihat
Kura-kura Katup Amerika .
Kura-kura Katup Asia adalah kura-kura genus Cuora dari keluarga Geoemydidae . Terdapat 12 spesies .[1] Genus Cuora ini menyebar dari China hingga Indonesia dan Filipina , sepanjang Asia Tenggara hinggalah utara India dan Bhutan .[1]
Fakta Segera Pengelasan saintifik, Spesies ...
Tutup
Spesies Cuora seperti Cuora pani mempunyai tempurung yang rendah, manakala spesies Cuora picturata pula lebih tinggi. Semua spesies Cuora biasanya mempunyai tiga lunas pada karapasnya . Sama ada berwarna merah , kekuningan , coklat , kelabu , dan/atau hitam . Sesetengah spesies mempunyai warna kuning cerah, hitam , oren , atau putih sepanjang lunas-lunas mereka. Warna badan mereka pelbagai dan pekat. Kebanyakan spesies mempunyai garisan berwarna pada kepalanya yang biasanya bertemu di bahagian hidung.
Kura-kura Katup Asia bersifat akuatik dan semi-akuatik, kebanyakannya mendiami kawasan air cetek, sungai atau tasik yang penuh dengan tumbuh -tumbuhan. Mereka juga adalah haiwan maserba
Potret kepala pelbagai spesies, subspesies Cuora (dari kiri ke kanan/atas ke bawah):Cuora amboinensis amboinensis (Sulawesi ), Cuora amboinensis kamaroma (Thailand), Cuora amboinensis ssp. (tidak diketahui), Cuora amboinensis ssp. (Philippines ); Cuora trifasciata (Guangdong , China ), Cuora aurocapitata (Anhui , China ), Cuora pani pani (Shaanxi , China ), Cuora yunnanensis (Yunnan , China ); Cuora cyclornata cyclornata (Annam, tengah Vietnam ), Cuora cyclornata meieri (utara Vietnam ), Cuora mccordi (Guangxi , China ), Cuora zhoui (tidak diketahui); Cuora flavomarginata sinensis (Sichuan , China ), Cuora flavomarginata evelynae (Pulau Ryukyu , Japan ), Cuora flavomarginata flavomarginata (Taiwan ), Cuora picturata (selatan Annam, selatan Vietnam );
Cuora galbinifrons galbinifrons (north Vietnam ), Cuora galbinifrons galbinifrons (Hainan , China ); Cuora bourreti (Annam, tengah Vietnam ), Cuora bourreti (Laos ); Cuora cyclornata cyclornata × Cuora amboinensis kamaroma kacukan, Cuora cyclornata × Pyxidea mouhotii , Cuora trifasciata × Pyxidea mouhotii , Cuora galbinifrons × Pyxidea mouhotii = "Cuora serrata "
Senarai berdasarkan nama binomial.[2] .
C. amboinensis (Suckow , 1798) — Kura-kura Padi (empat subspesies)
C. a. amboinensis – Kura-kura Katup Ambon
C. a. couro – Kura-kura Katup Jawa
C. a. kamaroma – Kura-kura Katup Melayu
C. a. lineata – Kura-kura Katup Lineata,
Cuora aurocapitata (Luo & Zong , 1988) — Kura-kura Katup Kepala Kuning
Cuora bourreti (Obst & Reimann , 1994) — Kura-kura Katup Bourret
Cuora cyclornata — Kura-kura Katup Tiga Belang Vietnam (dua subspesies)
Cuora flavomarginata (Gray , 1863) — Kura-kura Katup Cina
Cuora galbinifrons (Bourret , 1939) — Kura-kura Katup Indochina
Cuora mccordi (Ernst , 1988) — Kura-kura Katup McCord
Cuora mouhotii (Gray , 1862) — Kura-kura Katup Berlunas
C. m. mouhotii
C. m. obsti
Cuora pani (Song , 1987) = "C. chriskarannarum " — Kura-kura Katup Pan
Cuora picturata (Lehr , Fritz & Obst , 1998) — Kura-kura Katup Selatan Vietnam
Cuora trifasciata (Bell , 1825) — Three-banded Box Turtle
Cuora yunnanensis (Boulenger , 1906) — Kura-kura Katup Yunnan
Cuora zhou (Zhao , 1990) = "C. pallidicephala — Kura-kura Katup Zhou