Pelakon wanita Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Sharifah Nurul Sakinah binti Syed Abu Bakar Al-Khaired (lahir 28 Mei 1989; Jawi: شريفه سكينه) ialah pelawak, pelakon dan pengacara televisyen Malaysia, terkenal menerusi lakonannya dalam TV dan filem.[1] Sakinah mendapat perhatian menerusi sitkom Hotel Mania (2010). Sejak itu, beliau membintangi siri komedi seperti Bimbi & Bonnie (2013) dan Yem Rempit (2014), yang mana beliau memenangi Anugerah Lawak Warna 2014 bagi kategori Artis Lawak Wanita Paling Popular.[2]
Sharifah Sakinah | |
---|---|
Kelahiran | Sharifah Nurul Sakinah binti Syed Abu Bakar Al-Khaired 28 Mei 1989 |
Pendidikan | Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) |
Pekerjaan | Pelakon, pelawak, pengacara |
Tahun aktif | 2010–kini |
Ketinggian | 178 cm (5 ka 10 in) |
Pasangan |
|
Anak-anak | 1 |
Saudara |
|
Sakinah juga telah membintangi beberapa filem, termasuk Ular (2013), Kimchi Untuk Awak (2017) dan Rise: Ini Kalilah (2018). Beliau juga telah membintangi sejumlah siri drama TV, termasuk Dendam Sarakit (2012), Benci Vs Cinta (2013), Suamiku Mat Piun (2018) dan Voice Note (2019). Beliau ialah adik kepada pelakon dan pelawak, Sharifah Haslinda dan Sharifah Shahirah.
Beliau memulakan kerjaya lakonan menerusi sitkom muzikal komedi Hotel Mania (2010) di bawah arahan Nizam Zakaria terbitan KRU Studios. Belau kemudian menempa nama dalam beberapa siri komedi pada tahun 2013-2014 iaitu Bimbi & Bonnie, Havoc Warna dan Yem Rempit. Peranan layar lebar hadir apabila Sakinah membintangi filem sulungnya, Ular (2013) arahan Yusry Abdul Halim lakonan bersama Yusry dan Lisa Surihani.
Beliau memenangi Artis Lawak Wanita Popular di Anugerah Lawak Warna ke-2 pada tahun 2014.[3] Pada tahun itu juga, beliau telah membintangi telefilem Racun Menantu arahan Michael Ang yang memberi kesan terhadap penonton. Dalam pada itu beliau juga turut berlakon dalam telefilem Kubur Berdarah pada 2015. Rata-rata memuji lakonan beliau. Beliau sering melakonkan watak-watak mencabar yang lain dalam drama lakonannya. Beliau diterima baik sebagai pelakon membawa watak psiko yang berat, komedi mahupun antagonis.[4]
Pada tahun 2016, beliau membuat penampilan muzik video sulungnya apabila muncul dalam muzik video lagu "Andainya Takdir" nyanyian Anuar Zain. Turut membintangi muzik video itu ialah Puteri Balqis. Beliau kemudian berlakon dalam filem Pekak lakonan bersama Zahiril Adzim dan Sharifah Amani.
Pada tahun 2017, Sakinah berlakon di samping Emma Maembong dan Aiman Hakim Ridza dengan melakonkan watak sebagai Min Ah dalam filem Kimchi Untuk Awak yang diadaptasi dari novel 2015 bertajuk sama karya Suri Ryana. Turut membintangi filem itu ialah Janna Nick dan Natasha Elyzza. Pada masa yang sama, beliau digandingkan bersama Aiman Hakim menerusi telefilem Girlfriend Aku Dari Neraka dan siri TV susulannya, Girlfriend Aku Dari Neraka The Series; beliau memegang watak sebagai Lidya.
Sakinah memegang watak sebagai Nieza dalam drama komedi Suamiku Mat Piun di TV3 dan sebagai Jasmine dalam drama romantik Selafaz Cinta. Sakinah juga melakonkan watak isteri pegawai polis dalam filem drama politik Rise: Ini Kalilah (2018). Setahun berikutnya, iaitu pada 2019, beliau berlakon dalam drama misteri Voice Note sebagai Sara. Selain beliau, pelakon lain termasuk pendatang baru, Shasha Abedul dan Scha Elinnea. Beliau kemudian muncul dalam drama Utusan Cinta Buat Adam dengan melakonkan watak sebagai Liyana. Sakinah juga melakonkan watak sama dalam filem aksi Rise To Power: KLGU (2019).
Beliau melakonkan watak sebagai Laila dalam siri drama separa-seram Aku Yang Kau Gelar Isteri arahan Shuhaimi Lua Abdullah yang bersiaran di TV3.[5] Ia turut dibintangi oleh Lana Nordin dan Nadia Brian.[6]
Dua kakaknya terlebih dahulu bergelar pelakon pada era 90-an iaitu dramatis Sharifah Haslinda dan pelawak terkenal Sharifah Shahirah.[7] Beliau pernah menjalinkan hubungan dengan anak sulung pengarah Badaruddin Azmi dan Erma Fatima iaitu Ahmad Albab namun terputus di pertengahan jalan.
Pada Oktober 2014, Sakinah mengikat tali pertunangan dengan usahawan Alif Adha Jamil.[8] Pada 28 Mac 2015, beliau dan pasangannya diijabkabul dengan sekali lafaz dalam satu majlis perkahwinan berkonsepkan dalam taman di kawasan taman Hotel Shangri-La, Putrajaya. Pasangan sama padan, sama cantik itu dinikahkan oleh bapa Sakinah sendiri iaitu Syed Abu Bakar Syed Abdul Rahman dengan disaksikan Imam Masjid Wilayah Putra Jaya, Ustaz Fairuz Suhari. Sakinah menerima tujuh dulang hantaran dan membalas kembali sembilan dulang kepada Aliff.[9][10][11]
Sakinah selamat melahirkan bayi perempuan di pusat perubatan di Kuala Lumpur pukul 9 pagi, pada 24 Mei 2017.[12] Bayi seberat 3.1 kilogram yang dilahirkan menerusi pembedahan itu diberi nama Anais Adha.[13][14] Beliau sebelum ini pernah mengalami keguguran pada awal tahun 2016.[15][16] Perkahwinan Sakinah dan Alif Adha hanya bertahan selama 5 tahun apabila pasangan itu mengesahkan perceraian mereka pada Mei 2020.[17][18]
Sakinah mendedahkan dalam satu temubual bersama Utusan Malaysia pada November 2017 bahawa beliau tidak pernah menggunakan sebarang produk penjagaan kulit, sebaliknya melakukan senaman sebagai cara untuk menjaga kesihatan.[19] Bapanya meninggal dunia pada 11 Januari 2018 akibat jangkitan kuman pada paru-paru.[20]
Beliau mendedahkan telah menghidap penyakit Sindrom Kurang Daya Tahan dan Hiperaktif (ADHD) yang mana beliau telah didiagnosis pada 2018.[21][22][23]
Beliau berkahwin kali kedua bersama Michael Hansen yang berasal dari Sweden, bagaimanapun tarikh perkahwinan mereka dirahsiakan. Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 5 Mac 2021.[24][25][26] Bagaimanapun, pasangan ini mengumumkan perpisahan mereka pada Oktober 2022.
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2013 | Ular | Lynn | Filem pertama |
2016 | Pekak | Melur | |
2017 | Kimchi Untuk Awak | Min Ah @ Minah | |
2018 | Rise: Ini Kalilah | Isteri Polis | |
2019 | Rise to Power: KLGU | Liyanna | |
2020 | Bikin Filem | Yasmin Gamat | |
2023 | Jemputan Ke Neraka | Rania | |
2024 | Ngesot | Lisa | |
Housekeeping | |||
TBA | Baran | Sally | Pos-produksi |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2010 | Hotel Mania | TV3 | ||
Dottie | Astro Ria | |||
2011 | Kelaaas Kau Maria | |||
Mata Ayer | Syidah | TV3 | ||
Ana lu'lu | Sophie | |||
2012 | Dendam Sarakit | Dina | ||
Ameera | Suzy | Pelakon undangan | ||
Senario | Pelakon Undangan | |||
Dalam Hati Ada Taman | Tasha | Astro Ria | ||
2012–2013 | Terlanjur Cinta | Balkis | TV9 | |
2013 | Tanah Kubur (Musim 6) | Yana | Astro Oasis | Episod: "Sumbang Mahram" |
Benci Vs Cinta | Astro Ria | |||
2014 | Bunga Merah Punya | Bunga | TV9 | |
Yem Rempit | Astro Warna | |||
2015 | Jangan Lafazkan Janji | TV1 | ||
2016 | Isteri vs Tunang | Amira Irdina | Astro Ria | |
Tanah Kubur (Musim 15) | Nora | Astro Oasis | Episod: "Janji Syurga" | |
2017 | Perang Otai Andam | Dila | TV3 | |
Girlfriend Aku Dari Neraka The Series | Lidya | Astro Warna | ||
My Coffee Prince | Teman wanita Raykal | Astro Ria | Penampilan khas | |
2018 | Suamiku Mat Piun | Nieza | TV3 | |
Bimbi & Bonni Misi 007 | Bimbi | Astro Warna | ||
Amira Rose | TV3 | |||
Selafaz Cinta | Jasmine | Astro Prima | ||
2019 | Voice Note | Sara | TV3 | |
3 Dara Pingitan | Awa | Astro Warna | ||
Utusan Cinta Buat Adam | Liyana | TV3 | ||
2020 | Isteri Misteri | Yattie | TV3 | |
KL Gangster: Underworld 2 | Liyanna | Iflix | ||
2021 | Aku Yang Kau Gelar Isteri | Laila | TV3 | |
2022 | Hantu Raya Pergi Perang | Manisah | Sooka | |
Kampung People 3 | Ejen Syukrinah | TV3 | Penampilan khas | |
Gila Viral | Miss Vivy | Astro Warna | ||
2023 | Jangan Ambil Kerja Tuhan | TV2 | ||
Pendamping | Nora | Tonton | ||
2024 | Terlanjur Cinta | Ayuni | Viu | Pelakon undangan |
Dr. Pontianak | Edna | Astro Warna |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2012 | Ombak Rania | Rozita / Rozie | Astro Ria |
2013 | Bimbi & Bonnie | Bimbi | |
Opah Gangstaq | TV1 | ||
2014 | Pekerja Terbaik | Ella | TV9 |
Racun Menantu | Astro Box Office | ||
2015 | Chak Ke Chak Boom Boom | Astro Prima | |
Kubur Berdarah | Sakinah | Astro Ria | |
Suamiku Encik Beruang | |||
2016 | Dua | ||
Kulit | Astro Citra | ||
Wau Kasih | |||
Isteri vs Tunang Raya | Amira Irdina | Astro Ria | |
Lara Cinta Qaseh | Qaseh | TV2 | |
Redhaku Untukmu | Eli | TV1 | |
2017 | Otot-Otot | Fauziah | |
Mek Minyak | TV2 | ||
Fatonah Azali | Sarina | TV3 | |
2018 | Rumah No. 10 | Astro Citra | |
Hantu Rumah Sakit Jiwa | Rita Ora | Astro First Eksklusif | |
Renyai Takbir Raya | Summayyah | Astro Ria | |
Bini Aku Dari... | Lidya | Astro Warna | |
2019 | Asam Pedas Cendol Sejoli | Kinah | Astro Citra |
Cubit-Cubit Cinta | Katarina | ||
Kecundang Sebelum Menjanda | Nora | ||
Alamak Boss!! | TV Okey | ||
2021 | Kopi & Latte | Nisha | TV2 |
Epilog: Aku Yang Gelar Isteri | Laila | TV3 | |
2022 | Debunk | Edna | Astro Citra |
2023 | Cucu Wan | Intan | TV3 |
Debunk Beraya | Edna | Astro Citra | |
Sumpahan Peti Ais | June | Astro Ria | |
Tahun | Tajuk lagu | Penyanyi |
---|---|---|
2014 | "Di Pintumu" | Firman AF4 |
2016 | "Andainya Takdir" | Anuar Zain |
2017 | "Cinta Takkan Berakhir" | |
2018 | "Belahan Hati" | |
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2014 | #havocwarna | Pengacara | Astro Warna | bersama AC Mizal, Atu Zero, Along Cham dan Rahim R2 |
2015 | Ini Malam Kita Punya | Artis jemputan | ||
Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2014 | Anugerah Lawak Warna ke–2 | Artis Lawak Wanita Paling Popular | Dirinya sendiri | Menang |
2018 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31 | Pelakon TV Wanita Popular | Tercalon | |
Artis Komedi Popular | Tercalon | |||
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.